Ahad, April 18, 2021

Menu Sahur - Nasi Goreng Jagung Manis

Salam Ramadan ke - 6.

Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.

Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.

Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis. 


Ini kalau Uncle Roger Youtube tengok ni, mesti bising mulut dia dok haiyaaa haiyaaa! Not Asian Fried Rice katanya. 


Tak mengapa. Ini nasi goreng ringkas orang berat mata untuk sahur. Kita guna apa ada, buat mana yang senang. Yang penting, hasil akhir tidak mengecewakan. Janji kenyang dan perut berlapik.


Resepi Nasi Goreng Jagung Manis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi dingin
  • 2 - 3 biji bawang merah dihiris. Tidak masukkan bawang putih kerana dalam mentega yang saya pakai sudah ada bawang putih 😊
  • 1/4 biji kobis dihiris halus
  • 1 cawan jagung manis
  • sedikit lada sulah (dalam 1/2 ke 1 sudu teh sesuai cita rasa)
  • 2 sudu besar mentega. Biar semerbak aroma nasi goreng. Jika tiada mentega, marjerin pun boleh juga. Saya gunakan lemon garlic herb butter saya yang pernah saya ceritakan di sini.
  • garam secukup rasa

Ringkas sahaja, bukan? Mula-mula, panaskan kuali. Kemudian, masukkan mentega. Setelah mentega cair, saya tumis bawang merah sehingga naik bau dan seterusnya masukkan jagung manis dan kobis. Biarkan seketika sebelum masukkan nasi. Bagi yang suka sayur kobis rangup-rangup, masukkan kemudian ya. Saya kena masuk awal sebab hendak bagi kobis lembut. Orang ada hyperthyroid macam saya kalau nak makan kobis, tidak boleh makan raw

Sesudah itu, perasakan dengan lada sulah dan garam. Siap! Jika hendak hidangan nasi goreng yang lebih aromatik, boleh juga sewaktu hendak mula menumis tu, masukkan beberapa tangkai daun kari.


Selamat mencuba!

28 ulasan:

  1. sedapnya! ni kalo buat ank sy suka ni sbb ade jagung.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Boleh geng dengan your lil’ princess. Suka makan jagung 🤗

      Padam
  2. Hehehe nasi goreng ni makan panas2 letak telo je pun dh sedapp kan

    BalasPadam
  3. Samala saya. Malas macamana pun nak bangun sahur tapi kenangkan diri tu tak larat kalau tak makan makanan berat, gagahkan jugakla diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... akak kagum dengan yang boleh minum air dan makan kurma je utk sahur tu. Dapat kat akak...baru pukul sepuluh dah lemah longlai!

      Padam
    2. Kan. Mana diorang simpan tenaga. I is cannot

      Padam
    3. Akak pun. Orang lain boleh aktif buat macam-macam, akak dah macam siput gondang habis tenaga. 🤣

      Padam
  4. Tambah telur goreng lagiiii best hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul! Patut ada telur goreng kan....

      Padam
  5. Alhamdulillah. Antara menu yang membuka selera.

    BalasPadam
  6. Sedap ni nasi goreng untuk sahur. Panas-panas lagi tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas-panas tu terbuka lah sikit mata dan selera untuk makan 😊

      Padam
  7. Rajin pula masak waktu sahur. Kalau saya makan lauk lebihan berbuka. Kalau malas minum air mineral.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak simple-simple je, NA. Kadang-kadang tu lauk berbuka tak sempat bawa ke sahur 😂

      Padam
  8. Dah pernah cuba resepi ni. memang sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jagung lawan dengan butter memang dap dap dap!

      Padam
  9. Bujang dulu Sha memang bangun, minum air lepas tu tidur balik sementara tunggu subuh.. Tapi sekarang ini pukul 4 dah bangun masak nasi.. Kalau sahur tak makan nasi belum pukul 12 dah melepek.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Sha. Zaman muda-muda dulu sahur setakat teguk air je boleh maintain tenaga sampai buka. Sekarang ni memang jangan bercita-cita tinggi sangatlah nak buat macam tu 😂

      Padam
  10. ok. bolehlah buat utk sahur esok. semua barang ada kecuali jagung. blk opis bleh singgah kejap bazar ramadan cari jagung ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bila makan ingat kat kita tau (saya dan Yuri)😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.