Isnin, Mac 22, 2021

Lemon Garlic Herb Butter Nisa Bakri

Bulan lepas adik ipar saya beri mentega bawang putih  lemon dan herba Nisa Bakri. First impression saya dah teruja sebab tengok cara pembungkusan produk ini yang comel. Bertambah-tambah teruja apabila memikirkan adanya garlic butter produk Puan Sri Nisa Bakri ini, macam-macam yang boleh saya buat.

Comel kan mentega dibungkus begini .... 😄

Sebenarnya, sudah lama saya tidak menggunakan garlic spread atau garlic butter di dalam masakan. Dahulu, semasa rajin buat roti bawang putih, adalah juga simpan stok mentega bawang putih. Alhamdulillah, dapat setongkol mentega begini (betul ke penggunaan 'setongkol' di sini? 🤔) memang gembira bukan kepalanglah. Jom tengok isi dalamnya. 


Nampak rich dan meriah dengan herba. Tergoda tak?

Hidangan pertama yang saya buat menggunakan lemon garlic  herb butter Nisa Bakri ini ialah lemony garlic sticks.  Kebetulan saya ada lebihan doh kulit karipap yang tidak habis digunakan. Saya canai doh hingga nipis, sapu sedikit mentega bawang putih ini di atas permukaan doh sehingga rata.


Kemudian, potong memanjang dan bakar di dalam air fryer. Bau garlic sticks ini apabila selesai dibakar memang menggoda!


Dari segi rasa, bagi saya ini antara mentega bawang putih yang sedap. Cukup semuanya. Rasa bawang putih, lemak mentega, tangy lemon dan herbanya serasi bergabung lazat menepati selera. Tak adalah mana-mana rasa lemon atau herb overpowering rasa yang lain.

Setakat ini saya dah guna untuk buat roti bawang putih, spageti bawang putih (ini memang betul-betul sedap!) dan roti canai frozen. Semasa menguli roti, saya sapukan sedikit sapuan mentega ini. Bayangkanlah roti canai yang gurih flaky dengan rasa bawang putih, herba dan lemon. Makan begitu sahaja dah sedap! Tak cukup sekeping 😂

Terima kasih my dear SIL kerana selalu ingat Along dan beri benda-benda best ni 😘 Along sangat sangat hargainya!


Pstt! Maaf minggu lepas sibuk sangat. Tak sempat nak blogwalking dan balas komen. Insya-Allah, minggu ni perlahan-lahan saya datang jengah kalian ya.

30 ulasan:

  1. Nampak dari gambar menyelerakan, tapi tak pernah rasa lagi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak memang sedap, Najihah sebab akak suka ada hint of lemon pada butter tu 😊

      Padam
  2. Lama takde stok garlic spread jugak. Thanks share. Boleh bau gambar garlic stick tu. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boleh bau ye? Terpancing selera tak tu? 😂

      Padam
    2. Maunya tak. Terbayang makan dengan mushroom soup

      Padam
  3. baikkknyaaa SIL kan , i got this kind of SIL too :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, something we should be grateful for.

      Padam
  4. wah... ok senang rupanya ye nak buat hehee..
    slalu order je garlic stick dari dominos hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, kak. Nak versi lembut gebu boleh, versi rangup boleh ... google je. Bahan yang diperlukan tak banyak pun.

      Padam
  5. Tergoda!
    Memang selalu ada stok mentega bawang putih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kerja ada mentega bawang putih ni kan...
      Saya pun lepas ni rasanya memang nak pastikan ada stok dalam peti sejuk. Lagi2 nak masuk bulan puasa ni.

      Padam
  6. Oh selalu buat sendiri mentega campur bawang putih.
    Seronok dapat hadiah daripada orang.
    Saya pun minta maaf minggu lepas tidak melawat blog ini pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, NA. Bertambah-tambah seronok apabila apa yang diberi tu boleh diguna/dimanfaatkan.

      Padam
  7. Wahh bestnya sgt myelerakn..lg2 cara hidangan tu haaa :p

    FamF jemput join ya GA shida sedang berlangsung :)

    BalasPadam
  8. menarik..selalu perisa bwg putih je, blm pernah jumpa yg ada lemon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak. Yang best tu rasa lemonnya just nice. Tidaklah terlalu tajam.

      Padam
  9. wahhh menarik ni boleh laa cari 1 ;-)

    BalasPadam
  10. nice.
    kalau aida pun, akan sebut 'setongkol', farrah :) ha ha ha...
    aida buat garlic spread sendiri aje.
    pernah beli yg da siap, hmmm merugikan diri sendiri, tak berbuat!
    so, anak2 request, tumbuk garlic sendiri and sapu kat roti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe setongkol tu macam sesuai kan... sebenarnya buat sendiri lagi jimat dan puas hati, kan? Kita dapat adjust rasa bawang putih ikut selera.

      Padam
  11. Hidangan yang menarik. Janji kreatif nak pelbagaikan lemon garlic herb butter tu. Unik cara packaging dia. Bagus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unik kan packagingnya... excited akak tengok.

      Padam
  12. Aduh.. sedapnya raoti bawang putih.. Makan pula dengan mushroom sup.. pergh!!
    Teringin nak rasa spageti bawang putih kak farah.. hahaha.. bilalah boleh rentas negeri ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti bawang putih lawan dengan sup cendawan memang kombinasi terbaik!

      Orait, insya-Allah nanti lepas boleh rentas negeri kita berspageti bersama ye.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.