Mi, Bihun dan Kuetiau

Selasa, Mac 23, 2021

Mi atau mee? Mihun atau bihun? Bagaimana pula dengan kuetiau? Kuetiau, kuetiaw atau kwayteow? 

Kita memang tidak akan dapat lari dari masalah kekeliruan ejaan sebegini. Saya sendiri kadangkala, setiap kali hendak menulis, pasti kena semak kamus kerana berbelah bahagi, tidak pasti mana satu ejaan yang betul. 

Maklumlah, kita sudah terbiasa dengan bahasa pertuturan harian yang lebih kepada bahasa pasar dan dialek setempat. Jadi, kita cenderung untuk mengeja sesuatu perkataan sebagaimana kita menyebut perkataan itu. 

Baru-baru ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui hebahan di media sosial berkongsi ejaan sebenar bagi perkataan mi dan kuetiau. Bagi saya, dua makanan inilah antara makanan yang kerap disalah eja. 


 

Ejaan kuetiau menjadi satu isu perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang bertanggapan ejaan tersebut tidak asli, tidak menggambarkan identiti sebenar makanan ini, tidak menggambarkan perkataan bahasa Melayu dan macam-macam lagilah.

Sebenarnya ejaan kuetiau memang sudah lama begini. Perkataan ini dimasukkan ke dalam Kamus Dewan sejak 1984 lagi (semasa cetakan kedua). Cuma kita yang kurang peka dan tidak ambil pusing. Kita selesa dengan kebiasaan kita. Apabila pihak DBP kongsi ejaan sebenar, barulah isu ini kecoh, menjadi perbualan hangat hanya kerana kita tidak biasa. Sampaikan pihak DBP kena keluarkan kenyataan media untuk jelaskan hal ini.

Jika diikutkan, banyak lagi kesalahan ejaan makanan yang kita 'terima'. Misalnya: 

  • murtabak (yang betul martabak)
  • bergedil atau pegedil (yang betul bergedel) 
  • serunding (yang betul serondeng).


Bagi segelintir orang, mungkin ini isu remeh. Alah, pedulilah bihun ke meehoon, kuetiau ke kuetiow. Eja macam mana pun, masuk perut jugak! 

Ya, mungkin ini isu kecil bagi kalian. Tetapi, hati-hati. Inilah sebahagian daripada sukatan pelajaran anak-anak kita di sekolah. Subjek BM Sekolah Menengah, anak-anak perlu mahir mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan ejaan. Ejaan seperti ‘mee’ dan ‘kuetiow’ inilah yang selalu jadi soalan. Bayangkan bagaimana kekeliruan yang kita anggap perkara kecil ini sebenarnya penting buat mereka.

Oleh itu, marilah kita mula ambil tahu, betulkan kebiasaan kita (yang suka eja salah sesedap rasa) dan biasakan yang betul. Andai kata keliru, rujuk Kamus Dewan atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).


Pstt! Tat nanas dalam bahasa Melayu sebenarnya TART NANAS tau 😁

38 ulasan

  1. ha'ah..kadang2 pening jg nak eja..bagus DBP keluarkan rujukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Rasa macam dah betul, rupa-rupanya salah 😊

      Padam
  2. sllu eja mee.. sbb nmpk lg menarik kalo eja mee.. tp salah.. haha

    kuetiau sllu eja kueyteow.. ape mslh la ntah sukati tukar.. hahaha

    BalasPadam
  3. betulkan yang biasa, biasakan yang betul ;-)

    BalasPadam
  4. Setuju, kesilapan ejaan selalu berlaku termasuk saya sendiri. itu belum lagi penggunaan di mana kata nama dan kata kerja yang betul. Tq for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Masuk semua tu memang makin pusing dibuatnya. 😊

      Padam
  5. Baiklah. PC antara yang selalu silap.

    BalasPadam
  6. Sampai sekarang saya eja kueh teow hahaha. Meehun ke bihun ke saya panggil mee halus or mee kasar je :D

    Baur tahu serondeng ejaan betul. Selamani dukk eja serunding je selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun, Jihah. Masa mula2 baca serondeng, dengan yakinnya akak mengagak orang yang tulis tu typo.

      Padam
  7. Bagus jugak DBP keluarkan guideline. Takdelah sakit mata baca menu restoran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus, kan... dapatlah kita yang kurang selak kamus ni alert sedikit 😊

      Padam
  8. hehhee kdg tulis sbb nmpk cam menarik ejaan tu...
    tp biasa la sape x buat salah kan hehehe

    tq kongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun selalu mengeja begitu. Nampak cantik je... nampak betul je... 😂

      Padam
  9. aida folo fb dbp. memang folo khas utk anak-anak, farrah.
    diorang kan nak buat karangan di skola, ejaan mainkan faktor kpd pemarkahan.
    so, bila dbp update, confirm aida akan share dgn diorang.
    ini bukan perkara remeh. ini bukan menyusahkan, kan.
    kita betulkan apa yg tak betul selama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aida. Sukatan pelajaran anak-anak, terutamanya bab2 ejaan dan tatabahasa memang ikut dbp kan... apabila kita dah amalkan yang betul, lama-lama jadi biasa dan tak rasa remeh/menyusahkan.

      Padam
  10. Bagus juga dah diselaraskan standard ejaan yang betul.

    BalasPadam
  11. selalu sebut koay teow , sigh rupanya salah hmmm thank you sharing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kita rasa dah cantik dan kena ejaan tu kan...

      Padam
  12. selalu nya sebutkoay teaw.hahaha salah upanyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak setiap kali nak eja kena bukak kamus sebab konpius!

      Padam
  13. Sekarang sudah tahu ejaan rasmi.
    Tapikan sudah terbiasa tulis mee goreng. Kena biasakan tulis mi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula kena biasakan bihun. Asyik tulis mihun 😂

      Padam
  14. Adoi.. nak kena biasakan dengan ejaan yang betul..TQ Share kak farah..

    BalasPadam
  15. DBP sekarang sudah terkenal di Facebook. Bagus, sangat cakna dengan peredaran zaman. Kita yang tak tahu menjadi tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus DBP buat pendekatan begini. Lebih dekat dengan masyarakat.

      Padam
  16. viral jugak kueytiaw ni di fb dlu.. hehehe... bgs jugak dbp aktif di medsos skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan... barulah dapat reach audience yg lebih besar 😊

      Padam
  17. So sebenarnya mihun ke bihun? masih keliru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya lambat respons. Yang betul ialah bihun.

      Ejaan tepat -
      mi
      bihun
      kuetiau

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.