Piza Terung Bulat

Rabu, Mac 24, 2021

Buat piza terung air fryer lagi. Kali ini guna terung bulat. Menghabiskan stok terung di dalam peti ais. Kebetulan keju dan bahan-bahan lain yang hendak dijadikan toppings pun ada. 

Saya pernah kongsi resepi piza terung sebelum ini di sini. Terung dibakar sehingga isinya lembut. Kemudian, ketika masih panas, isi terung dicarik-carik untuk dijadikan base atau doh piza.

Langkah-langkah Penyediaan Piza Terung:

Mula-mula bersihkan terung. Tanpa perlu dipotong, masukkan terung ke dalam oven atau air fryer dan bakar dalam 5 - 10 minit sehingga terung bertukar lembut. Masa untuk membakar bergantung kepada saiz terung ya. Sekiranya, dalam 5 - 7 minit tu terung masih anjal apabila ditekan dari luar, tambahlah lagi 2 - 3 minit.

Setelah dikeluarkan, belah terung kepada dua bahagian. Disebabkan saya guna terung bulat, saya potong terung hingga terbelah habis. Tetapi, sekiranya saya guna terung biasa, saya tidak akan potong sampai habis. Cukup untuk kita belah dua dan ratakan permukaan terung supaya dapat jadi base piza yang lebih besar.

Setelah itu, gunakan garpu untuk siat-siat atau carik-carik isi terung. Hati-hati tau. Dalam keadaan ini, terung masih panas. Seterusnya, ratakan sedikit sos cili/sos tomato sesuai selera. Jika ada sos bolognaise atau sos untuk base piza lagi baguslah. 😊

Doh (yang bukan doh) piza kita siap!


Pilihan toppings

Gunalah apa sahaja toppings untuk piza terung kalian. Terpulang pada kalian. Jika ingin menikmati piza terung rendah kalori, pastikan guna bahan-bahan yang tidak berkalori tinggi. Elakkan penggunaan sos atau mayones secara berlebihan. Namun, jika kalian rasa hendak treat diri sendiri sekali-sekala, tiada salahnya untuk masukkan ramuan-ramuan piza kegemaran seperti hirisan sosej, salami atau peperoni. Jangan lupa extra cheese!

Secara peribadi, untuk piza terung saya, saya suka gunakan tauhu dan tomato yang didadu kecil sebagai toppings. Kalau ada lebihan ayam kukus atau ayam bakar saya masukkan juga. Hirisan bawang, hirisan cili padi wajib ada! Akhir sekali, keju! 


Beginilah rupa piza terung bulat saya. Jika hendak keju di bahagian atas lebih garing dan smoky, tambah masa membakar. Sedap sangat! Tak percaya boleh cuba!



24 ulasan

  1. Sangat menarik ni kak, tapi saya penggemar terung panjang dari terung bulat. Mungkin buat macam ni jadi sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Fiza boleh cuba. Guna terung panjang pun ok. 😊

      Padam
  2. Tak pernah makan piza terung rasanya kat piza takde kalau ada nak jugak order

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti mana tahu kalau Mrs A teringin, bolehlah cuba piza terung versi saya ni 😊

      Padam
  3. aha la creative ... tp kita x makan terung ehhehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, kak. Kalau tak makan terung, kita order piza biasa 😊

      Padam
  4. kreatifnya...terung bulat ni ingat masak kari/lemak je..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni memang suka terung, kak. Macam-macam saya buat hehehe

      Padam
  5. Sha nak cuba buat jugalah.. terung memang kesukaan.. save dulu entry kak farah ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kalau Sha suka terung, boleh cuba buat piza ni 😊😊

      Padam
  6. Nampak ringkas, tetapi pastinya sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
  7. Kreatifnya! Teringin nak cuba, gunakan terung taiwan yang manis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Kak Amie. Ya, guna terung taiwan lagi sedap 😊

      Padam
  8. Saya memang tak makan terung. Kalau kak Farrah offer ni saya makan roti je. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe... kalau nak jamu Sal, akak beli piza Domino’s 😊

      Padam
  9. Uit pizza terung. kena try juga.

    BalasPadam
  10. ada idea dah ni nak buat ! thank youuu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.