Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini saya ingin bercerita tentang pembelian cap getah preloved untuk koleksi barang dan peralatan kraf saya. Selain daripada menjual kertas, hiasan kraf untuk jurnal dan planner di Carousell, saya rajin juga intai listings penjual-penjual lain. Terutamanya yang menjual barang-barang untuk kraf dan jurnal. Mana tahu ada yang berkenan, bolehlah beli. Sebab sekarang ni, andai hendak sewenangnya membeli barang-barang kraf tanpa rasa bersalah memang tak boleh dah. Kena jaga bajet heheheh.
Tengah cuci-cuci mata tu, salah seorang seller kegemaran saya muat naik listings baharu untuk cap getah (rubber stamps). Hendak terjojol biji mata ni tengok sebab teruja sangat! Cap getah yang hendak dijual tu rekaannya sesuai untuk junk journal saya. Saya memang sedang cari cap getah yang ada corak bunga-bunga dan mesin taip lama. Tengok harga memang cantiklah. Tak menunggu lama, terus tekan butang 'Make An Offer'.
Selang sehari selepas buat pembelian, barang sampai. Inilah cap getah pembelian saya! Ada 5 jenis kesemuanya.
- 1 x cap getah doily - Berukuran 9 x 9 cm, saya dapat dengan harga RM5. Rasa nak nangis sebab happy. Kalau beli di luar, walaupun dari China, kurang-kurang RM12 - 15. Sebelum ini saya hanya ada stensil corak doily. Sekarang dah ada cap getahnya pula. And doily really screams junk journal hahahah
- 2 x cap getah corak bunga - Sweet dan lembut sahaja rekaannya. Ala ala sketch gitu. Satu set cap getah ini pun RM4. Makanya, RM2 satu. Yeayyy! Best deal ever!
- 1 cap mesin taip dan 1 cap meja belajar. Ini pun RM5. Yabedabedu!
Wah.. memang pembelian yang berbaloi-baloi ini kak farah.. bertambah menariklah journal kak farah..
BalasPadamItu yang excited nak mencantikkan jurnal ni, Sha hehehe
PadamMurah dan meriah.. :)
BalasPadamPembelian yang amat berbaloi!
PadamTq Farrah. Nanti nak jenguk Carousell.
BalasPadamMy pleasure, Kak Amie.
Padammenarik design semuanya..
BalasPadamMenarik kan, kak! Itu yg saya senyum sampai telinga.
Padamwah berbaloi...
BalasPadamx pernah try usha barang kat carousell...
maybe nnt bole try
Nanti bolehlah cuba cuci mata di sana, kak.
Padamwahh bestnyaaa.. seronok la nak berkreatif nanti :)
BalasPadamMemang best! Senyum sampai telinga dah ni 😊
PadamCantik :)
BalasPadamCantik kan...
Padamberbaloiiiii sgt!
BalasPadampreloved pon okayyy.. hrga pon mampu milik..
Berbaloi kan...
Padamcantekkk kak.. murah pon murah :)
BalasPadamItu yang tanpa ragu terus beli tu hahah
Padamteringat kpd ex student di Sabah dulu yg ambik tempahan mereka corak rubber stamp.. siap boleh design muka kita kat rubber stamp lg. Sygnya dia dah x buat biz tu lagi...
BalasPadamBestnya! Sekarang memang susah sikit nak cari servis buat rubber stamp muka kita.
PadamWaaa...leh geng ngan anak akak ni..suka sangat benda2 macam ni
BalasPadamYeayyy! Boleh geng!
PadamMurah tapi memuaskan hati. Selamat mengecap! Eh pelik pulak bunyi. Haha
BalasPadamHahaha dari segi bahasa dah betul tu... cuma bila dituturkan memang agak pelik bunyinya ahaks 🤣
PadamMemang murah. Berbaloi-baloi.
BalasPadamSangat berbaloi!
Padamwahhh... bestnya dpt dgn harga yg murah... tp sy xde acc carousel lg... org kata urusan kt carousel lg best dpd shopee
BalasPadamBergantung juga, kakmim. Nanti bolehlah cuba-cuba intai Carousell ya 😊
Padamwahhh murah sgt tuuuu
BalasPadamMurah kan...
PadamSeronok menambah barang kraf. Dah ada, boleh guna jika perlu :) Memang murah tu.
BalasPadamMurah, kan? Itu yang akak tak fikir panjang tu 😀
Padamberbaloinyaa!! happy gila klu dpt harga yg berbaloi mcm ni kan
BalasPadamSangat sangat berbaloi! 😁
Padam