Khamis, Mac 25, 2021

Beli Cap Getah Preloved

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin bercerita tentang pembelian cap getah preloved untuk koleksi barang dan peralatan kraf saya. Selain daripada menjual kertas, hiasan kraf untuk jurnal dan planner di Carousell, saya rajin juga intai listings penjual-penjual lain. Terutamanya yang menjual barang-barang untuk kraf dan jurnal. Mana tahu ada yang berkenan, bolehlah beli. Sebab sekarang ni, andai hendak sewenangnya membeli barang-barang kraf tanpa rasa bersalah memang tak boleh dah. Kena jaga bajet heheheh.

Tengah cuci-cuci mata tu, salah seorang seller kegemaran saya muat naik listings baharu untuk cap getah (rubber stamps). Hendak terjojol biji mata ni tengok sebab teruja sangat! Cap getah yang hendak dijual tu rekaannya sesuai untuk junk journal saya. Saya memang sedang cari cap getah yang ada corak bunga-bunga dan mesin taip lama. Tengok harga memang cantiklah. Tak menunggu lama, terus tekan butang 'Make An Offer'.

Selang sehari selepas buat pembelian, barang sampai. Inilah cap getah pembelian saya! Ada 5 jenis kesemuanya.


  • 1 x cap getah doily - Berukuran 9 x 9 cm, saya dapat dengan harga RM5. Rasa nak nangis sebab happy. Kalau beli di luar, walaupun dari China, kurang-kurang RM12 - 15. Sebelum ini saya hanya ada stensil corak doily. Sekarang dah ada cap getahnya pula. And doily really screams junk journal hahahah
  • 2 x cap getah corak bunga - Sweet dan lembut sahaja rekaannya. Ala ala sketch gitu. Satu set cap getah ini pun RM4. Makanya, RM2 satu. Yeayyy! Best deal ever!
  • 1 cap mesin taip dan 1 cap meja belajar. Ini pun RM5. Yabedabedu!

Secara keseluruhan, untuk kelima-lima cap getah di atas, saya hanya perlu bayar RM14 sahaja. Berbaloi tak? Berbaloi-baloi! Semua cap getah masih dalam keadaan baik. Tip top! Boleh beri cetakan yang cantik dan jelas. Cap bunga saya dah gunakan untuk buat hiasan jurnal dan planner. Cap doily tu pula, rasanya ada projek nak buat sempena bulan puasa nanti. Dah terbayang-bayang ni dalam kepala. Harap jadilah seperti yang dirancang.

Kalau kalian berminat nak shopping barang-barang preloved (barang baharu pun ada), jenguklah Carousell. Tidak terhad pada barang kraf  atau untuk hias jurnal sahaja tau ... buku, baju, kitchenware, makanan semua ada. Cuma sebelum beli tu, teliti dahulu bahagian profile seller. Tengok reviews yang ada untuk pastikan sama ada seller berkenaan trusted atau tidak. Jika inginkan transaksi yang lebih selamat, pilih seller yang menggunakan Carousell Protection ya.

34 ulasan:

  1. Wah.. memang pembelian yang berbaloi-baloi ini kak farah.. bertambah menariklah journal kak farah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang excited nak mencantikkan jurnal ni, Sha hehehe

      Padam
  2. Tq Farrah. Nanti nak jenguk Carousell.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Menarik kan, kak! Itu yg saya senyum sampai telinga.

      Padam
  4. wah berbaloi...
    x pernah try usha barang kat carousell...
    maybe nnt bole try

    BalasPadam
  5. wahh bestnyaaa.. seronok la nak berkreatif nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Senyum sampai telinga dah ni 😊

      Padam
  6. berbaloiiiii sgt!
    preloved pon okayyy.. hrga pon mampu milik..

    BalasPadam
  7. cantekkk kak.. murah pon murah :)

    BalasPadam
  8. teringat kpd ex student di Sabah dulu yg ambik tempahan mereka corak rubber stamp.. siap boleh design muka kita kat rubber stamp lg. Sygnya dia dah x buat biz tu lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya! Sekarang memang susah sikit nak cari servis buat rubber stamp muka kita.

      Padam
  9. Waaa...leh geng ngan anak akak ni..suka sangat benda2 macam ni

    BalasPadam
  10. Murah tapi memuaskan hati. Selamat mengecap! Eh pelik pulak bunyi. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dari segi bahasa dah betul tu... cuma bila dituturkan memang agak pelik bunyinya ahaks 🤣

      Padam
  11. wahhh... bestnya dpt dgn harga yg murah... tp sy xde acc carousel lg... org kata urusan kt carousel lg best dpd shopee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung juga, kakmim. Nanti bolehlah cuba-cuba intai Carousell ya 😊

      Padam
  12. Seronok menambah barang kraf. Dah ada, boleh guna jika perlu :) Memang murah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah, kan? Itu yang akak tak fikir panjang tu 😀

      Padam
  13. berbaloinyaa!! happy gila klu dpt harga yg berbaloi mcm ni kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.