NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Jumaat, 22 Disember 2017

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.



Huruf Blok 4 X 7

Untuk membuat bahagian bucu huruf, ada tiga kaedah: (Lihat dan rujuk catatan kecil pada gambar di atas supaya lebih faham.)

  1. Bucu melengkung - Bahagian bucu huruf dihasilkan dengan membuat lengkungan.
  2. Bucu tajam - Bahagian bucu mengikut ukuran kotak sepenuhnya. 
  3. Bucu belah tengah - Bucu ini juga merupakan jenis bucu tajam kerana tiada bahagian melengkung. Bahagian bucu terhasil apabila kita membuat garisan  pada tengah kotak yang berkenaan (menggantikan garisan melengkung). Jika mengikut cara pertama, kita buat garisan melengkung, cara ketiga ini kita hanya buat garisan lurus. 


Hendak pilih cara yang mana satu, bergantung kepada pilihan masing-masing. Bagi saya ketiga-tiga cara cantik dan ada kelebihan tersendiri. Jika rasa agak remeh untuk buat lengkungan yang cantik, pilih cara yang kedua atau ketiga. Ikutlah mana yang lebih sesuai untuk projek kalian.

14 ulasan:

  1. Dulu time skolah sape buat ni fuhhh mmg legend laa. Rindu pulak rasa. Hahaa

    BalasPadam
  2. Tq share, info mcm ni berguna utk mereka yg suka arts.

    BalasPadam
  3. hebat tul ilmu ni..tahnia sentiasa ada kemahiran baru

    BalasPadam
  4. ini alternatif paling senang untuk budak tangan tak berseni macam saya. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita! Akak dulu memang kalau ada pilihan buat poster, memang akan buat poster. At least siap huruf blok tu, dah confirm ada markah la heheh

      Padam
  5. ms sekoloah rendah mmg selalu sgt buat... gigih membuatnya... pastu potong n tampal kt dinding... hahahah

    BalasPadam
  6. Kak nak tanya,soalan tak berkaitan,emmm.. Selain Mr.DIY,dekat mana lagi akak selalu beli barang kraf ya? Hehe.

    BalasPadam
  7. hehehe teringat dulu2 mase zaman sekolah tuu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...