Selasa, 20 April 2021

Angpow untuk Yuri

Semasa Hari Raya Cina Februari yang lalu, saya dapat angpow. Dapat angpow, terus leka membelek sampul angpow yang cantik dan berseni perincian coraknya. 

Tengok ni ...

Setelah puas belek angpow, terus saya simpan dalam laci. Lupa langsung isi di dalamnya.

Berminggu-minggu selepas itu, semasa mengemas laci jumpa balik angpow ini. Baru je nak excited feeling-feeling kaya sebab jumpa duit terselit, tiba-tiba Bott datang sambil kocak balang makanan Yuri yang tinggal suku. 

Banyak juga keperluan dan barang-barang si Yuri ni habis. Makanan ... syampu ... vitamin dan ada beberapa produk grooming yang perlu dibeli. 

Alhamdulillah, intai kandungan dalam sampul, cukup untuk cover beli barang-barang Yuri. Bakinya pula buat beli bekalan makanan untuk kucing luar rumah (Baca: kucing jantan liar tak bertuan yang nak tackle Yuri). Tak dapat Yuri, sekurang-kurangnya dapat makanan , jadilah. 😸


Semua di atas ini beli di Lazada dari tiga kedai berbeza. Ada good deal plus free shipping. Kebetulan  pula ketiga-tiga bungkusan sampai serentak. Vitamin Yuri je sampai lambat sedikit.
  • Makanan repacked Royal Canin. 1 kg Royal Canin Senior Consult Stage 1 (sebab Yuri dah 9 tahun, dikira kucing senior) dan 1 kg Royal Canin Indoor 27 Adult Cat. 2 pek ini saya campur dalam diet Blackwood dia. Si Yuri tak pandai makan wet food. Jadi, saya pelbagaikan dry food dia.
  • Leave-on Daily Mist PowerCat - Saya baru tahu Power Cat ini jenama di bawah Adabi. Yuri berbulu panjang dan tebal. Saya suspek cuaca tak menentu sekarang dia banyak berpeluh. Eh, kucing berpeluh ke? 🤔  Bau hapak dah macam anak itik pula! So, kasi dia pakai perfume sikit. Saya suka bau daily mist ni. Saya beli yang Country Grove. Wangi. Tapi, Yuri tak suka hahahah
Yuri Van Houtten

  • Frontier Flea & Tick Spray for cat untuk Dobuli. 'DO' sebab semua kucing luar memang saya berikan pangkal nama 'Do'. 'BULI' sebab dia suka buli kucing-kucing lain yang nak datang tumpang makan. Dobuli ni boipren Yuri. Suka mengendeng tepi sliding door. Memandangkan Yuri dah memang pakai ubat kutu Advocate tiap-tiap bulan, maka Dobuli pun kena pakai ubat kutu. Langkah berjaga-jaga mak kucing agar anaknya yang berbulu panjang hapak itu tidak dijangkiti.

Dobuli a.k.a Sharif Dol Kampung Dusun

Dalam dua kotak di bawah tu ada stok makanan kucing luar rumah dan mainan tambahan si Yuri.  

Tengok barang-barang ni, lancang pula mulut saya keluar remarks - barang maintenance Yuri lebih mahal dan banyak daripada barang-barang saya!

Terus kena sound setepek dengan Bott. Jangan berkira! Kalau bukan kerana haiwan seperti Yuri, Allah tidak akan turunkan hujan walau setitik pun. Kita manusia tidak layak terima nikmat hujan. Terlalu banyak melakukan kemungkaran. Allah turunkan hujan kerana kasihankan binatang. So, kira kita ni tumpang rezeki haiwan-haiwan ini sebenarnya.

Okey, Yuri. Dengan redanya ini memang angpow untuk Yuri. 😁


P/s: Terimbas kata-kata Tira, kawan saya yang juga seorang pencinta kucing - "Jadi mak kucing, kita tak akan bankrupt."



21 ulasan:

  1. rezeki Yuri..mesti best belai2 Yuri, bersih & wangi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha barulah boleh jadi kucing betina yang menggoda 🤣

      Padam
  2. Wah.. Yuri makin cantik dan membesar bagai juara. Semoga murah rezeki Yuri dan 'mak angkat' Yuri jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiinnn. Terima kasih banyak-banyak Sal especially doa untuk mak angkat Yuri tu.

      Padam
  3. hahahaha untungla yuri ada orang tackle ehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi Yuri jual mahal! Not my level katanya 😂

      Padam
  4. Ala ala ala comelnyaaa yuri, muka burn tak pakai sunscreen ke tu hahahaha. Patutlah Dobuli nakkkk ngorat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ini kelakar! Boleh jadi modal ni. Lepas ni kalau orang cakap, hitamnya muka Yuri... apsal muka dia gelap... akak balas sunburn, tak pakai sunscreen 😂🤣😂

      Padam
  5. wahh sungguh beruntung kawanan bulus dapat angpow raya awal. salam kenal rakan blogger semua. salam ramadhan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, Media Klik. Terima kasih sudi berkunjung ke mari.

      Padam
  6. jom tgk sape yg uyum pilih sebagai pemenang GA dia....
    excited tau dia nk soh pilih awal ehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Aunty Farrah is so happy today! Si hemcem Uyum cabut nama aunty 😊

      Padam
  7. Saya memang beli makanan kucing jenama Powercat. Baru tahu juga Powercat bawah nama Adabi.
    Rezeki jaga kucing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya pun baru tahu. Makanan belum pernah cuba lagi sebab si Yuri ni perut dia sensitif. Tapi ada member cakap cat litter Powercat ni pun ok.

      Padam
  8. Wah Yuri dah ada yang menunggu tu....tunggu signal mak Yuri la kan..boleh ke tak..ye tak..dah la Yuri cantik jelita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahh makin ‘hapak’lah si Yuri orang kata dia cantik jelita 😊

      Padam
  9. Settiap yang berlaku itu telah ditetapkan jalannya kan kak.. Lupa dan teringat kembali kemudiannya menjadi rezeki Yuri yang comel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang dari awal dah tertulis duit dalam sampul tu untuk kucing 😊

      Padam
  10. smpi ati ckp yuri bau itik... ciannn dia... meh yuri dtg sini hehehehe

    BalasPadam
  11. eee geramnyaaa ngo yuri..omeyyyy

    BalasPadam
  12. Geramnya tengok Yuri tu kak. Dobuli tu mesti abam/akak kawasan.. posing semacam

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.