Selamat pagi Selasa! Dah sarapan?
Kalau belum, silalah bersarapan segera.
Nasi Goreng Paru Berempah di bawah ini bukan hidangan sarapan saya. Tapi, lunch untuk saya dan Cekebon minggu lepas. Masa tu tinggal kami berdua je di rumah. Malaslah nak masak lauk-pauk bila tak ada orang nak makan. Jadi, korek je lah apa-apa bahan yang ada dalam peti ais.
 |
Nasi Goreng Paru Berempah |
Mula-mula, paru dihiris nipis, perap sekejap dengan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk halia, serbuk bawang putih (Boleh je guna halia dan bawang putih biasa. Saya guna yang serbuk sebab kebetulan memang ada kat rumah dan lagi mudah semua ingredientsnya menyerap) dan sedikit garam.
Goreng paru dan ketepikan. Then, tumis bawang besar yang didadu, hirisan cili padi (jika mahu pedas) dan beberapa sudu mixed vegetables. Kemudian, masukkan paru yang telah digoreng tadi, diikuti dengan nasi. Gaul rata dan biarkan seketika hingga masak. Perasakan dengan garam. Siappppppp! Simple tapi yummy!