Khamis, Ogos 13, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Glossy Fridge Magnet

Assalamu'alaikum. Happy Thursday
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak tunjukkan cara buat glossy fridge magnet. Maknanya, bahagian atas permukaan fridge magnet kita letak gloss finish supaya kelihatan lebih cantik dan berkilat.

OK. Let's start!

Hiasan/Pelekat untuk Scrapbook
Apa yang diperlukan:
  • Pelekat/Gambar - Saya gunakan sticker hiasan untuk scrapbook. Boleh guna apa-apa gambar yang kalian suka. Kalau guna gambar yang dicetak pun tak ada masalah tetapi pastikan cetakannya berkualiti, dakwatnya kalis air dan jenis tak mengembang.
  • Magnet Sheet
  • MOD PODGE Dimentional Magic - Biasanya MOD PODGE Dimentional Magic digunakan untuk buat projek kraf 3D. Jika nak tahu lebih lanjut boleh cari video di Youtube. Ada banyak video yang tunjuk cara penggunaannya. Boleh beli di kedai jual peralatan kraf. Harganya bawah RM50. RM30 ++ - RM40 ++. Tak pasti. Tetapi, berbaloi sebab satu botol tu tahan lama. Boleh guna untuk banyak projek.
  • 1 batang berus lukisan
  • Cutter/gunting tajam

Langkah-langkah:

Mula-mula, lekatkan gambar/sticker pada permukaan magnet sheet. Memandangkan saya pakai sticker, jadi tak guna gam. Jika kalian perlu gam, saya sarankan guna Art Gum Faber-Castell (boleh baca mengenainya di sini).

Setelah siap ditampal, potong fridge magnet dengan gunting tajam atau cutter. Dah 50% siap. Waktu untuk MOD PODGE!
Bersedia untuk sapuan gloss.

OK. Letakkan fridge magnet di atas sehelai kertas. (Kertas ni untuk elak cecair MOD PODGE daripada terkena cutting mat dan tinggalkan 'jejak' glossy di situ.

All You Need Is Love

Kemudian, tekan perlahan-lahan botol MOD PODGE dan sapukan di sekeliling fridge magnet.

Pastikan kedudukan muncung 45 darjah (lebih kurang lah)

Akan jadi seperti gambar di bawah:

Cecair MOD PODGE memang agak keruh.

Seterusnya, ambil berus lukisan dan mula ratakan cecair MOD PODGE ke semua bahagian fridge magnet. Biarkan dua tiga jam hingga lapisannya betul-betul mengering.

...dan kita akan dapat hasil seperti di bawah!


...seperti ini juga!


Tips:
  1. Satu pantang larang MOD PODGE ni, jangan digoncang botolnya. Kalau goncang akan menghasilkan buih, rosaklah projek kraf kita ada bubbles sana sini.
  2. Semasa mengeringkan projek, jangan biarkan terdedah kepada cahaya matahari/suhu yang tinggi. Nanti finishing MOD PODGE akan retak.
  3. Untuk hasil terbaik, setelah diratakan, cepat-cepat tutup projek dengan penutup balang/tin. Ini dapat mengelakkan debu/habuk yang berterbangan daripada landing atas projek kita yang sedang nak mengering tu.

Selamat Mencuba! Ada apa-apa pertanyaan, I'm just one comment away :)

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

89 ulasan:

  1. wah..bagus tips ni.. boleh la penuhkan peti ais magnet cantik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh sangat, YM. Gambar family ke,..inspiring quotes ke...semua kita boleh jadikan fridge magnet :)

      Padam
  2. blh buat card befday hubby ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..great idea tu. Boleh buat yang letak note pad atau sticky notes sekali :)

      Padam
  3. selamat mencuba buat yang nak mencuba..kalau jadi, buatkan untuk saya satu..hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hint tu kasi kuat2 sikit, Sal. Bior yang nak mencuba dengar dengan jelas :)

      Padam
  4. best nya.. tapi bila lah saya ada masa untuk buat kraf project ni. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akan ada masanya, Intan. Kumpul barang sikit2 dulu :)

      Padam
    2. yupe Farrah.. bila FL dah besar nanti & intan pun dah habis phd. hehe

      Padam
  5. cantiknya. sy kurang rajin buat benda2 gini. haha! dasar pemalas kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi bukanlah dasar pemalas,...kurang minat je tu :)

      Padam
  6. wahhh...tak pernah tahu anda benda gini

    BalasPadam
  7. ooooo....gitu rupanya....kna hati2 nih.....takut kang kena habuk bis dh jd seni lain kang hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah betul. Debu jadi effect khas pulak nanti atas fridge magnet tu :)

      Padam
    2. bersin pon x boleh... keh keh keh

      Padam
    3. Haaaa,...kalau nak buat 3D effect bebuih kata (air liur), lehla coba!

      Padam
  8. Kalau rajin dan kreatif tak payah beli kan...buat sendiri jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yang senang-senang tu retilah buat sendiri, Bonda. Yang complicated tak reti :)

      Padam
  9. kretifnya sis...Cantik dan comel lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diana pun boleh cuba buat. Bahan2nya pun mudah dicari.

      Padam
  10. yeay!!! akhirnya kak farrah share tuto yang wana nak tengok sangat..

    BalasPadam
  11. nampak macam senang tapi kalau wana buat mau berjam-jam atau berhari baru siap..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Alah bisa tegal biasa. Akak buat fm ni pun sambil2 je. Dah sapu mod podge, pegi buat keja lain. Then, sekali-sekala datang check :)

      Padam
  12. tapi serius wana memang suka kerja tangan kak farrah..semuanya berseni dan menjadi dengan cantekkk!! suka!!! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak2, Wana. Alaaa hasil kerja akak ni semua yg mudah2 je. Siapapun, kalau ada bahan dan alatnya boleh buat :)

      Padam
  13. Okay kita nk cop yang kalee pink LOVE tu...
    Nak jugakk
    Nak jugakk...

    Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pink dah ada orang punyalah, sayang :)

      Padam
    2. suka pink jugak ke? boleh geng Jay emm... iskkss

      Padam
    3. Huda!!! PINK tu utk sis Jaaaayyyyyy EEmmmmm ahahahah...perasan!

      Padam
    4. Huda leh bukak kelab pink ngan Sis JM :)

      Padam
    5. SS nak join kelab pink tu leh? Duduk celah kain Jay Emm...

      Padam
    6. Maknanya SS kena duduk celah kangkang la hikhikhik

      Padam
  14. Akak.... kita x jumpa pun kertas magnet tu...
    Kat daiso x de ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat daiso memang ada cuma bergantung pada stok diorang la. Kalau tak jumpa gak, cuba pergi page fb NJ Button Badge Kraf. Diorang jual magnet sheet gak....err,...huda ada fb ke idak? Akak macam pernah baca yg huda tak de akaun fb.

      Padam
    2. Selalu akak cari kat Daiso je. Tapi tulah, time ada bertingkat-tingkat magnet sheetnya. Time tak ade, satu kedai selongkar pun tak jumpa huhuhu

      Padam
    3. nipu naaa cik manisah lesing x de FB...

      Padam
    4. Memang Cik Manisah Lesing tak dok FB, SS. So, klu org jual produk kat FB dia susah sikit nak deal :)

      Padam
  15. Boleh recommend kat ibu saya ni dia suka kumpul fridge magnet hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti ibu Dylla suka,..macam2 fridge magnet kita leh buat guna cara ni :)

      Padam
  16. Kak farah memang kreatif. Walaupun tak faham benda yang kak farah sebut tu. Tapi memang awesome. Boleh jadikan hadiah buat pengunjung blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi tak faham benda yg akak sebut? Arz pun boleh buat tau. Arz ada banyak gambar2 cantik. Sesuai sangat buat fridge magnet.

      Padam
  17. kak farah dekat mana nak cari bahan tu.. boleh bgitaw... ada bahan syok buat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Magnet Sheet - DAISO atau boleh beli online. Pegi Facebook Page NJ Button Badge Kraf.

      MOD PODGE DIMENTIONAL MAGIC - beli di kedai menjual peralatan kraf. Boleh beli secara online di Crafthaven.

      Sticker/Gambar - Popular, DAISO, Mr. DIY

      Padam
    2. Ok tq kak farah nanti free ekin usha

      Padam
    3. boleh cari nanti bahan2 tuh..

      Padam
    4. MR DIY jah ada sini yg lain tu xpasti pulak ada ke tak

      Padam
  18. Ok, ini memang senang..tunggu kerajinan itu datang nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi cari bahan siap2. Nanti bila free leh terus buat :)

      Padam
    2. Betul2..bila cukup bahan baru semangat.. :)

      Padam
    3. Yes,..klu bahan/barang tak cukup buat hangin je!

      Padam
  19. Kena terjah popular nak cari sticker cantik2..hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, cari kat cawangan Popular yg besar, yg ada jual barang2 utk kraf :)

      Padam
    2. Kat segamat Popular xberapa nak besar..hehe

      Padam
  20. Kena tunggu balik Guelph dulu baru boleh cuba benda-benda kreatif macam ni.

    BalasPadam
  21. terbaik.
    ilmu baru utk aida :)
    boleh apply kat anak2 dara later.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aida kan suka FM. Leh buat dgn anak2 nanti. Mesti diorang excited :)

      Padam
  22. wow wow wow kak farah... best2 tuto nya

    BalasPadam
  23. kreatifnyer ;p
    saperla nk bagi wak FM erk ;)

    BalasPadam
  24. cikgu ceketed...mana lah nak cari semua barang ni...try cari di Daiso, kedai buku POPULAR tapi x de..kedai DIY agak2 ada tak...biasa Farrah beli kat mana? ada gak niat nak buat utk SEMUA reader blog sis JM....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Daiso utk magnet sheet, Sis. Tapi bergantung pada stok kedai la. Saya memang kalau jumpa saya akan beli extra 2/3 keping. Kalau time tak de tu, kena redah 2/3 kedai baru jumpa. Sis leh cuba beli online di facebook page NJ Button Badge Kraf. Saya tak pernah beli drpd dia, tapi ownernya pernah promo kat saya.

      Popular - utk sticker dan hiasan kraf yg cantik tapi kena cari cawangan popular yg jual range produk kraf :)

      Mod Podge - Kedai khusus jual alat kraf. Tak pun sis boleh cuba cari kat Spotlight.

      Padam
  25. akak.. mane akak selalu jumpa sticker comel2 ni ? huurm.. kat popular ke mph yg dekat rumah CT ni sticker biasa2 je.. huurm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari cawangan populat yg besar sikit. Selalunya cawangan besar ni yg banyak stok utk barang2 kraf & scrapbook :)

      Padam
    2. popular kat penang island tu 2 tingkat kot kak.. tapi dia nye sticker hampeh je.. ada yg skema2 je..

      Padam
  26. alamak. comelnyaaaaa kak. nak buat jugak. tapi macam tade masa je. huu (╥_╥)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggulah bila free. Nanti boring2 ke,..stress ke,...leh cuba buat fm comel2 :)

      Padam
  27. dah lame nak beli mod podge tp bile harge puluh2 asek hold je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga puluh2, tapi bagi akak berbaloi. Akak punya dah dua tiga tahun. Tak abis2 lagi :)

      Padam
  28. good idea.. leh wat hand made gift.. :-)

    BalasPadam
  29. menarik betoi.. ni yang terasa nak berkreatif balik nih..

    BalasPadam
  30. nak tanya, (plastik / kertas) magnet tu kalau beli dikira mcm mn? ikut timbangan kah? or ikut berapa lapis kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu dijual ikut keping/ per sheet. Tapi ada banyak jenis. Ada yg khas utk kita print atasnya, ada yg tebal, ada yg nipis sedikit.

      Padam
  31. kalau g kedai nak panggil apa ye? kertas magnet? papan magnet? ;-)

    BalasPadam
  32. naka tanya sikit....di gambar kedua terakhir atas "you need" memang jadi macam tu ka atau itu kak farrah yang design macam tu?

    BalasPadam
  33. wahhh nnt jd kilat mcm tu la ea...
    pengetahuan baru lagi ni
    xsgka bnd2 cmni pon boleh buat sndiri
    kalu ayu jumpe botol ni sumpah mmg xtau kegunaan ape

    BalasPadam
  34. tengah usha mcm mna nk buat magnet tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.