Tutorial Cara Buat Photo Fridge Magnet (1)

Selasa, Mei 06, 2014

Ingat lagi pada entri terdahulu saya mengenai 'photo fridge magnet'? Ok. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

  • Magnet Sheet
Magnet sheet yang selalu saya beli bersaiz A4. Jadi banyak juga 'fridge magnet' yang boleh kita hasilkan. Boleh dapatkan di kedai menjual barang kraf atau DAISO.


  • Gambar Pilihan
  • Art Gum atau Spray Mount (Saya gunakan Art Gum Faber-Castell kerana sisa gam ini mudah dibersihkan dan tidak akan mencacatkan projek kraf kita).
Saya sangat suka guna gam ini.
 
  • Paper cutter/trimmer/gunting tajam

Langkah-langkah:
  1. Pastikan gambar yang dipilih dicetak menggunakan kertas yang tahan lama dan tidak mudah rosak andai terkena air. Jika tidak, lekatkan clear packing tape (yang orang selalu guna untuk seal kotak tu)  pada permukaan gambar. Dalam erti kata lain, kita seolah-olah laminate gambar tu supaya kalis air.
  2. Potong magnet sheet mengikut saiz gambar. 
    Saya sengaja lebihkan sedikit potongan magnet sheet di atas sebab nak buat frame hitam untuk gambar.

  3. Lekatkan gambar pada magnet sheet menggunakan art glue/spray mount. Biarkan kering buat seketika. Pastikan bahagian tepi gambar dan magnet melekat dengan baik.
  4. Tindan dengan buku tebal selama beberapa jam supaya permukaan magnet yang kita hasilkan betul-betul leper dan rata.
Inilah hasilnya!


Senang, bukan? Selamat Mencuba!



28 ulasan

  1. ehhh nak buat!!! <3
    dkt daiso confirm ada eh?
    ok ok qila nak buat untuk family photo inshaallah <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada! Tapi bergantung pada stok la. Jenis yang kita boleh print terus atas magnet sheet tu pun ada :)

      Padam
    2. Saya dah jumpa magnet sheet tu kat Daiso,akak. Bestnyaaaa....
      Thanx tolong saya cari.
      Labyu..labyu..

      Padam
  2. salam kenal...wah blk kang nk jengah daiso la,,menarik ni...siap la pintu peti ais pas ni...hehehehehe...

    salam kenal tuan blog..jemput singgah blog saya yer..saya menjual madu lebah kelulut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, cikpuanfairul. Hehehe selamat berkraf ye.

      Padam
  3. Balasan
    1. Boleh,...ikut citarasa. Gambar boipren2 msredcheesecake yg pandai bergaya tu sgt sesuai dibuat fridge magnet.

      Padam
  4. Art Gum 2 beli kat mne ye..?puas cri xjmpa..hurmm :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kat kedai alat tulis yg jual barangan faber-castell ada jual. Cuba cari di POPULAR/MPH.

      Padam
  5. Oo baru saya tahu fungsi magnet sheet tu. Nak trylah buat fridge magnet muke sendiri pastu tampal kat peti ais mak =) hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh cuba jangan tak cuba, dik. Biar meriah peti ais tu ngan FM buatan sendiri :)

      Padam
  6. oh daiso ade jual magnet sheet eh... baru tau.. nnt senang2 bole laa carik.. =D

    BalasPadam
  7. Thanx k.Farrah sudi share ni dengan saya.

    BalasPadam
  8. Rupanya k.Farrah dah ada entri ni awal2 lagi.
    Saya baru nak bertatih.
    Thumbs up 4u,sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah Shikin. Akak ni pun baru nak bertatih-tatih. Shikin la hebat, dalam sibuk2 pun sempat lagi buat kraf! :)

      Padam
  9. alahh mcm mna ni..kt kedah xjual la magnet sheet ni.. dh puas cari..

    BalasPadam
  10. Kak.. Nak tanya. Kalau kita nak lekat gambar kat magnet sheet tuu.. Kita lekatkan kat bahagian mana eyh? Kan dia ada depan belakang.. Kan yang bahagian satu tuu ada kertas. Ergh camne nak cakap eyh.

    BalasPadam
  11. Belum jumpa lagi beli magnet sheet ni

    BalasPadam
  12. kl guna gam uhu jer...jd x.? xjumpe art gum faber castell kat sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, tak ada masalah rasanya. Cuma kena pastikan gam uhu yang 'bertali-tali' tu tak comotkan fridge magnet. Alternatively, boleh cari white glue di kedai alat tulis. Cari yang bertulis 'clear finish'. Gam ni warnanya putih susu, tetapi bila dah kering jadi jernih.

      Padam
  13. mai singgh lagi tgk cara nk buat fridge magnet

    BalasPadam
  14. salam. kertas apa yang sesuai untuk buat fridge magnet ni? glossy paper atau kertas biasa saja? mencari info tak jumpa2. tq kalau boleh share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Kalau nak cantik berkilat, guna glossy paper. Takpun untuk gambar boleh print gambar instant di kedai gambar. Jika tak guna kertas glossy, boleh guna kertas biasa yang jenis keras, kemudian spray permukaan gambar dengan spray paint yang warna neutral/jernih tu.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.