Selasa, Ogos 04, 2015

Resepi Mudah Telur Paprik Istimewa

Satu lagi resepi mudah yang yummy untuk disediakan.

Telur Paprik Istimewa
Resepi Mudah Telur Paprik Istimewa

Bahan-bahan:
  • 4 - 5 biji telur. Direbus, kupas kulit dan kemudian digoreng supaya jadi berkelongsong.
  • Beberapa tangkai cili padi (ikut citarasa)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 4-5 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Beberapa helai daun limau
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 - 3 sudu besar sayur campur (mixed vegetables)
  • Air masak secukupnya
  • Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng telur dan menumis)
  • Garam (jika perlu)

Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan dua sudu besar minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Tambahkan sedikit air masak jika kuah terlalu pekat.
  3. Masukkan pula mixed vege, cili api dan daun limau. Biar seketika hingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu. Rasanya dengan bahan-bahan yang diguna, dah cukup kemasinannya.
  4. Setelah siap, tuangkan ke atas telur. Sedia untuk dihidang!

Senang je kan? Selamat Mencuba!




71 ulasan:

  1. bestnya kak...... terliur plk dibuatnya... nanti blhlah try.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee silakan.Silakan. Senang je nak buat dan cepat! Sesuai kalau time2 lapar dan nak makan dengan segera :)

      Padam
  2. Budak2 suka la ni.... tak terfikir pulak pasal telur paprik ni selama ni... hahahaha thx for recipe kak farrah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni kalau balance telur rebus musim kenduri boleh buat ni..

      Padam
    2. @TunSha - U r most welcome, Sha.

      @Brilliant idea, Sal! Tapi kalau teringin, rebus je telur sendiri. Tak yah tunggu balance telur orang kenduri ;)

      Padam
    3. rebus sendiri, sebab rumah kenduri pun dah jarang kasi telur. hihihihi

      Padam
  3. Makk aihh. Simple je rupanyaa! Hhehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple ke Scha...mcm2 kena campak masuk tu..kalau sis JM goreng telur lah resipi simple..ahahaha...ayat org x pandai masak

      Padam
    2. iye ke kak JM..entah-entah acah je tu

      Padam
    3. @Scha - Memang simple, Scha. Bahan-bahan senang cari/ada kat umah kan,..

      @Sis JM - telur goreng + kicap - THE BEST!

      @Sal - Sis JM kita ni merendah diri, Sal. Dia acah-acah je tu cakap tak pandai masak :)

      Padam
    4. betul Sal..itu bab masak..ni bancuh air teh pun x pandai camna nk kawin huhuh

      Padam
    5. goreng telur tu simple eh JM..sy kalau simple masak air jer hahahahaha

      Padam
    6. @Sis JM - klu bab bancuh air tu leh geng ngan saya, sis. Konon healthy conscious nak kurang gula, kurang itu kurang ini...adik2 saya mmg 'segan' nak minum air yg saya bancuh. Saya pun nak klu nak air panas suruh Bott yg buat. Hahaha. Serius klu say buat jadi air longkang. :)

      @Sis D - lagi simple kalau terus masuk mulut hihihi air ke makanan ke,..

      Padam
    7. ye ke dak Faraah...kalau dh jadi air longkang tu cam x percaya je..cer try buat sis JM nak minum

      Padam
    8. Betul, sis. Adik-adik saya tak berani nak kecak air saya. Saya sendiri mengaku longkang rasanya. Saya kan semput, kena selalu minum air panas utk dada. So, ada rasa sikit2 jadilah. Tu yang kelongkangannya ketara hhahahah Tapi kalau ada tetamu, air tak longkang. Ingat resepi berapa sudu ini berapa sudu itu ekekekek

      Padam
  4. cikgu ceketed ni..resipi apa yg x tahu masak...dulu adobo..ni paprik telur plak...nyum nyum nyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenyang perut kalau jadi adik kak Farrah ni..hehe

      Padam
    2. Jay Emmm masakkkk kan utk SS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Padam
    3. @Sis JM - Cikgu Ceketed kaki ngelat. Nak masak kena yang senang-senang aja. Nama dish yang saya buat, walaupun canggih/sophisticated, kalau tengok2 balik, senang je hihihihi

      @Sal - Tak pe, lepas makan akak dera basuh pinggan periuk belanga semua. Ringan balik perut tu ;)

      @SS - tak cukup kuat rayu tu. Rayu lagi...rayu lagi...

      Padam
    4. SS nk makan apa? daging rusa? kambing golek...jom JM lanje kalau minta JM masak tunggu JM belajar dari cikgu Ceketed dulu

      Padam
    5. nk tumpang makan jugak la kalau JM nk masakkan hehehe

      Padam
    6. JM... kita paling dekat... so kena belanja kita dulu...
      ehhh kena masakkan untuk kita dulu...

      haippp biasa tuh...

      Padam
    7. Uishhh nak tunggu belajar dr saya, sampai laaa SS, Sis D ngan si Huda tak merasa air tangan Sis JM. Masak rusa, kambing golek bagai! I fail masak2 cenggitu. Kalau dish tu complicated byk ingredients & langkah2, saya angkat senduk, pinjam kasut sukan SS, buka langkah,...larikkkkkk!

      Padam
    8. kih kih kih....coba sahut cabaran dulu...kalau pinjam kasut SS x muat..si SS tu pakai kasut size 5 saiz kaki budak sekoloh hihih

      Padam
    9. SS pakai saiz 5? Cancellll! Pakai kasut sendirilah gamaknya :)

      Padam
    10. Tinggi SS 157cm... Berat around 50kg... size kasut 38... Umur? teka sendiri!!!!

      Padam
  5. Kak Farah, Zarith suka makan telur, tapi sejak pasal telur tiruan ni jadi takut nak beli telur biasa. huhu...
    By the way, thanks kak atas resepi menarik ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Zarith. Memang sekarang ni akak kalau nak beli telur, beli yang ada brand. Mahal sikit pun tak pa.

      Padam
  6. Nyesal tengok entry ni pepagi! Kan dahhhhh SS dahhhh laparrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Mana nakkkkkk carikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk menu ni cenggini pepagi nihhh... Iskkkkkksssssssssssss!!!! He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa sorry, SS. Kita buat style citer Tiga Abdul ye. Tapi ni bukan ambik bau. Jamu mata je. Renung lama-lama gambar telur paprik tu, tarik nafas...kawal air liur jangan kasik meleleh. Lepas nafas. Dah kenyanggggggggg! :D

      Padam
    2. kannnnn...terus berbunyi perut...dh laa tgh puasa....adehhh...dugaan...hehehe

      Padam
    3. SS x boleh mkn masakan camni...SS perlu diet...sakit nanti JM gak yg susah kan cikgu ceketed kan hihihi

      Padam
    4. @Sis D - tarik nafas,..Cakap COBAAANNNNNN! Lakukan beberapa kali ;)

      Padam
    5. @Sis JM - betul...betul..betul...SS kenot eat telur sangat especially kuning telur. Kolestrol tinggi. Susah nanti nak cari obat sampai ke Putrajaya ;)

      Padam
    6. kalau doc di Putrajaya x leh nk ubat kan leh cari di Rawang hihihi

      Padam
    7. Tak pe,..nanti suruh Cekebon baca jampi utk anak angkat maya dia dari jauh :)

      Padam
    8. Lebih baik u'ouls jampi pakai air ajeeee... Iskkkssss! Dugaaan nengok menu nih tak abis lagi.... Si kari mesti tengah meleleh air liur tu.... Nahhhh! Tisuuuuu!

      Padam
  7. tukar tu daging lah..

    tak gemor sangat telur rebus.. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar..tukar...ikut selera, Nak letak ayam pun boleh. Potongan sosej pun sedapppp!

      Padam
  8. sedaaaapppp nyer...

    kita buat guna telur mata... hihihihi or ikan...

    BalasPadam
  9. Salam singgah pagi di sini...wahhh...sedapnya...awal pagi tengok ni buat terliur...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat pagi, MD. Hihihi ala...hidangan telur simple je ni...Nah amik tisu lap air liur tu.

      Padam
  10. Ok, nak cuba masak t...sangat senang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup semua bahan, campak2 siapppp!

      Padam
    2. Yang penting mengenyangkan...hehehe...:D

      Padam
    3. Cuba la mimie sedap taw akak dah cuba hihihi cuma buat kelainan sikit

      Padam
  11. thanks eh kak farrah share resepi simple2 ja.. memang sambil main henfon pun leh buat.. hahaha..
    selalu bajet masa setengah jam untuk masak.. lebih2 tu mmg ntah apa2 la masaknya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sambil main henfon pun leh siapppp!

      Padam
    2. Kalu henfon jatuh dalam kuali.. Jadilah menu Resepi Mudah Handphone Paprik Istimewa... Keh Keh Keh...

      Padam
    3. pastu menangis tak berlagu sebab hp rosak...

      Padam
  12. sy suka terus rebus digoreng cenggini sebelum letak kuah...sedap wooooooo heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedappppppp kan, Sis D. Kat umah saya panggil telur soket ;)

      Padam
    2. Nak kena letak serbuk kari tak? He He He...

      Padam
  13. terbaik & termudah :)
    aida selalu buat paprik.
    just tak terfikir telur boleh dipaprik kan hi hi hi...
    kreatif di dapur...

    BalasPadam
  14. memang mudah sangat..bestla kak..boleh la buat nanti..tak pun datang ja umah kak farrah kan???hihik ^_^

    BalasPadam
  15. sedapppp.. tapi tak pernah terfkir pula buat paprik telur.. boleh cuba ni.

    BalasPadam
  16. dulu kalau masak sambal telur rebus kan, Ros rebus pastu terus campur je ngan sambal.. tapi haritu nampak housemate masak, dia goreng dulu telur tu. sejak tu, Ros pun ikut goreng jugak telur rebus tu .

    BalasPadam
  17. sedapnya! teringin juga nak buat telur paprikk.. hehe nice. tq kak Farrah share ^^,

    BalasPadam
  18. Telur panprik boleh cuba tapi kita seorang jah mkn... encik suami panprik kurang ... MIL pulak apa2 yg ekin masak tak mkn pun maybe xkena dgn selera kut ekin ni penawar dia pemasin... kdg2 pening nk masak apa

    BalasPadam
  19. Ekin dah cuba kak farah terima kasih ada entri siap ekin buat hihihihi

    BalasPadam
  20. 1st tiem dengar telur paprik.. hehe. sedap kalau makan panas2 dgn nasi :)

    BalasPadam
  21. ala nampak sedap lak tu
    tapi ayu kalau masak tak letak sos tomato
    rasa masam sikit

    BalasPadam
  22. ermm.. boleh masuk dalam meal list ni

    BalasPadam
  23. waaarrghhhh bla la nk tiba lunch hour niiiii

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.