728 x 90

Jumaat, 7 Ogos 2015

Get Organized - Cara Kemas Hiasan (Embellishments) Kraf

Salam Jumaat!
Bersiaran sekejap sebelum keluar melangsaikan urusan.

Baru-baru ini, ada seorang adik comel dan sweet e-mel saya, bertanyakan bagaimana saya simpan barang-barang dan material kraf (especially yang kecil) yang saya ada. Bagaimana nak pastikan barang-barang tu sentiasa accessible dan boleh kita maksimakan penggunaannnya.

Hari ini, kita sentuh tentang organizing crafts embellishments. Saya nak tunjuk cara mudah untuk memastikan hiasan-hiasan kraf (crafts embellishments) kita kemas, tersusun dan well-organized. Perkara ni penting sebab kita boleh tahu apa yang kita ada dalam stok untuk dipadankan dengan projek kraf yang kita buat.

Kebiasaannya, crafts embellishments dijual dalam pek sebegini.

Crafts Embellishments

Cantik tersusun sebab tak berusik lagi. Dapat kat saya, dah guna itu, potong ini, tampal itu, tambah ini...jadilah situasi seperti di bawah:

Bila dah hilang packaging ;)
Once dah buka pek, kebanyakannya dah tak praktikal untuk kita seal balik. Mulalah situasi tidak teratur tu muncul. Pada saat barang tengah haywire beginilah tak seronok buat kraf. Penat-penat kerah idea nak buat kad/scrap page,..bila dah siap, 'Eh, aku ada benda ni? Patut boleh guna untuk kad tadi!'

Belum campur time nak guna embellishment tertentu,..kita tahu kita ada,.. tapi cari tak jumpa-jumpa! Masa nak gunalah pula bendanya missing in action.

So, apa yang saya buat, saya beli plastik untuk letak CD/DVD.

Hanya perlukan plastik CD/DVD :)

Kemudian, bolehlah kita masukkan hiasan-hiasan kraf kita ke dalam plastik. Nak lagi sistematik, kumpulkan ikut tema. Untuk birthdays satu plastik, alphabets satu plastik, corak bunga-bunga satu plastik,...

Lebih kemas kan? Embellishments pun terjaga rapi. Tak dijamah habuk dan debu.

Dah cantik semua masuk dalam plastik, simpanlah elok-elok dalam file untuk letak DVD. Tiap kali nak buat kraf, boleh belek, selak setiap satu hiasan yang kita ada. Tak ada file DVD? Senang je. Guna paper fasteners! Tengok gambar di bawah.

Material kraf kita dah 'kalis-selerak' :)

Mudah je kan? Seandainya ada peruntukan lebih, boleh beli wire rack seperti saya.

Wire Net Display
Berminat? Boleh baca mengenainya di sini - Rak Gantung-gantung :)

50 ulasan:

  1. teratur! Sally baru je selesai masukkan poskad dalam album...lepas ni nak settle setem pulak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sally pun kumpul setem gak ye.....kita geng! :)

      Padam
  2. Wahhh...

    Kemas.. tersusun... geram ja tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah kemas baru syok buat kerja :)

      Padam
  3. kreatif jugak guna cara cmni. xdelah barang2 craft tu nak bersepah. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Mazni. Bila tersusun macam ni, senang nak cari :)

      Padam
  4. wow, bagus cara ni.. i masukkan dlm kotak aja..selonggok.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak punya dah byk longgok. Tak sesuai letak dlm kotak. Jenuh nak mencarinya nanti :)

      Padam
  5. baru tersusun n senang nak tgk ye.. saya suka crafting jgk.. tapi kekurangan masa.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Senang nak buat kerja bila kita nampak apa bahan yg kita ada. Tak mengapa, Nasibah. Kumpul slow2 brgnya, nanti ada masa leh buat :)

      Padam
  6. tak pernah terpikir pulak saya cara ini, lebih mudah & simple...saya nak tiru jugaklah! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan,..silakan. Masukkan semua dlm plastik dvd. Senang nak nampak :)

      Padam
  7. SS lesingkan dalam bag file transperent... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah lesing ye SS,...manalah Cik Manisah kita ni. Cara lesing SS tu memudahkan gak. Asal jelas kita leh nampak dr luar kan,..tak perlu nak gobek2 :)

      Padam
  8. Memang bertuah badan , anak saya baru jer minta saya belikan Rak Gantung-gantung , sekali blogwalking jumpa info kkat sini .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi blogwalking ke mari. Boleh cari semua barang2 nak hasilkan rak gantung2 ni di DAISO :)

      Padam
  9. kemas dan tersusun... bila tgk kemas cmni bru blh buat keje kn kak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Ikhwan. Klu sepah2 akak rasa serabut. Benda depan mata pun akak tak nampak :)

      Padam
  10. Rajin sungguh kak farah kita ni... gift akak bgi dah sampai ekin dah bgitaw kat fb x respon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry. Akak tak de messenger, so kalau nak check msg kat fb guna phone memang tak dapatlah. Kena tunggu bukak laptop/iPad :)
      Nway, dah baca dah entri Ekin. Thankssssss! :)

      Padam
    2. Ooo patut la ok sama2 kak farah dah bc hihihihihi

      Padam
  11. Kemas tersusun tengok... dah intai DIY kat bahagian craffff memilau mata ekin tengok nak beli semua hahahaha... tapi tengok saja jah abang berdehem2 hihihihi taw la tu wife dia dah syok tgk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan beli semua! Mula dengan beli barang2 basic dan penting sahaja. Kalau ikutkan rambang mata memang semua kita nak beli. Tapi, nanti tak pakai...sayang!

      Padam
    2. Barang basic yg kena beli tu apa kak... hihihi nanti bgitaw ya... betul tu abg ckp mcm tu la beli2 xguna kan terus x jdi hihihihi

      Padam
  12. Balasan
    1. Yang penting, tak serabut, aeinna :)

      Padam
  13. perghhh rajin mengumpul.. comel2 je tengok.. wahhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kumpul buat sementara je, Ena. Nanti stok akan surut lepas buat kad/scrap page :)

      Padam
  14. Oh my kak farah.
    begitu awesome dan teratur sekali hidup mu.
    mcm langit dn bumi dgn saya.
    hihihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni kaki sepah sebenarnya, Huda. Bila barang2 tak nampak/tak jumpa mulalah kepala serabut. Itu yg mana boleh gantung, kita gantung....bior kemas :)

      Padam
  15. Kak farah or kawan2 yg lain...
    cer ajar sy mcm mn ...

    Kat komen blog ni...
    bila orang tekan "reply" msg yg dia nk reply...
    reply txt tu duduk elok2 bawah msg yg dia nk reply....

    Sbb setting kt blog sy... if view via "web version"... habis "lari".
    Yg reply msg tu akan ke bawah di susun ikut sequence date msg...

    Huhuhu...

    Errrr.... faham ke soklan bahasa terabur sy ni...

    Huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah...x faham...harap2 kak Farrah ko faham

      Padam
    2. Saya faham apa yg Huda maksudkan tu, tapi tak faham nak menolong.
      Sorry ye, Huda. Bab2 ni akak memang tak reti langsung.

      Sebelum ni akak ada masalah, kotak komen tak keluar. Ramai yg hantar email ckp tak leh nak komen. Then, tukar template blog. Pun masalah tu muncul sekali-sekala. Last2 akak buang iklan nuffnang yang letak kat entri tu. Baru ok. Tapi tu problem akak la.

      Yang Huda punya ni problem ngan codingnya kot. Akak pun prefer komen bertingkat-tingkat macam ni. Senang nak reply kan..

      Cer tanya Kanda Triple S Huda tuh!

      Padam
    3. Ekin pun ada masalah kotak komen gak sblm ni mintak bantuan arz baiki coding blog alhamdulilah dah ok... kalau SS tak tegur aritu memang xtaw... punya nk buat petak komen cantik dgn icon jdi masalah la pulak...

      Padam
    4. Kalu "lari" kena "kejar"... jangan "lesing"... keh keh keh..

      Padam
  16. waahhh....sangat praktikal...tersusun kemas dan senang nak cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak cari tu paling penting, sis! Sebab saya tak suka cari barang hehehe

      Padam
  17. nice tips akak ! senang nk buat kerja bila brg2 xberselerak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Nina. Kalau selerak, elok2 kerja tu cepat siap, jadi tak siap2!

      Padam
  18. wahh da mcm kat kedai pulak tu
    hehehe kemas nye kak farrah
    tapi kalau jenis bukan yang boleh letak kat plastik cd cmne plak

    BalasPadam
  19. owh macam ni nak simpan accesori kraf.. boleh tiru ni.. thanks Farrah share idea

    BalasPadam
  20. waaaa...chantek tersusun...nak carik pun sonang....hheheh

    BalasPadam
  21. memang tersusun macam nih.. ni buat minat berkreatif kembali lagi.. nanti nak kumpul skit2 laa bahan untuk craft nih..

    BalasPadam
  22. Memang teratur sgt..comel pulak bila simpan dalam plastik cd..nampak warna-warni :)

    BalasPadam
  23. terbaik la cara ni.
    so far aida x byk brg kraf gini.
    byk buttons and reben utk felt craft aje.
    but bagus la rak gantung kat dinding tu...
    mcm kat kedai :)

    BalasPadam
  24. Sangat kreatif kak farrah buat macam tu.jadi kemas dan senang nak cari balik kan :)

    BalasPadam
  25. Akak jual berapa tu barang hahaha mcm kedai dah tengok tu...

    BalasPadam
  26. wire rack tu dah macam kat kedai hehe.. boleh jual balik semua2 tu..

    BalasPadam
  27. tak terfikir pulak tmpt ltk cd tu. brg kite mmg berterabur, sane sini. kdg2 tak sedar yg bnde tu ada. dah siap something bru teringat kt die lol

    BalasPadam
  28. pic no 5 tu mengingatkan sy pd tudung bawal aidijuma heheheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...