Memaparkan catatan dengan label Get Organized. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Get Organized. Papar semua catatan

Cara Menyusun Meja Kerja Anda untuk Persekitaran yang Lebih Produktif

Khamis, Februari 25, 2021

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua?

Hari ini kita cerita sedikit tentang meja kerja. Tidak kira sama ada meja kerja di ruangan pejabat ataupun meja kerja yang kalian adakan sendiri di rumah. Maklumlah, semenjak kita dilanda pandemik Covid-19 ini, belajar dan bekerja dari rumah merupakan antara norma baharu yang perlu diterapkan dalam aspek kehidupan harian kita.

Saya sendiri, walaupun selama ini boleh dianggap bekerja dari rumah (sebab kelas tuisyen saya sepelaung sahaja jaraknya dari kediaman), tidak terfikir sama sekali yang saya kena cipta ruang khusus untuk meja kerja saya di rumah. Selama ini, meja kraf saya itulah yang dianggap sebagai meja kerja. 

Tetapi, apabila saya mula kelas secara atas talian, mulalah kelam-kabut siapkan meja kerja sendiri. Yang lapang (bebas dari gunting, gam dan cebisan-cebisan kertas 😅) ada komputer riba, kamera, layar putih dan banyak lagi untuk pastikan kelas atas talian saya berjalan lancar. Jenuh juga saya kena sediakan itu ini. 

Satu perkara penting apabila hendak menyusun atur meja kerja, saya kena pastikan persekitaran saya tersusun dan dapat dorong saya untuk bekerja dengan lebih produktif. Bagaimana? Itulah yang saya kongsikan dalam artikel terbaharu saya di Thread by Zalora. Artikel pertama saya di sana untuk tahun ini ditulis dalam bahasa Melayu dan telah diterbitkan pada 18 Februari 2021. Tahun ini, Thread by Zalora akan ada lebih banyak kandungan dalam bahasa Melayu.

Persediaan Ramadan - Menu Mingguan (Weekly Meal Planner)

Jumaat, Jun 03, 2016

Meal Planner dapat bantu kita untuk organize menu sepanjang Ramadan. Apa nak masak, apa yang nak kena beli,..saya biasanya memang suka plan ahead untuk seminggu. Senang cerita! Ini meal planner yang saya buat untuk Ramadan kali ini.

Cara Kemas Clear Stamps Cling Stamps

Khamis, Mac 17, 2016

Antara barang-barang kraf yang selalu bersepah sana sini di bilik kraf saya ialah crafts stamps. Both clear stamps and cling stamps. Di bawah ini antara contoh stamps yang saya maksudkan. Didatangkan dalam pek kecil lebih kurang saiz A5, apabila dah banyak-banyak tu, saya sendiri susah nak locate di mana. Ada yang saya simpan dalam almari,..ada yang dalam laci meja kraf. Waktu nak guna, barulah menggelabah tercari-cari. 


Your Mail Is On Its Way =)

Khamis, Februari 18, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ini seharian saya di luar. Kumpul semua urusan, langsaikan sekali harung. Alhamdulillah, gembira sangat sebab hari berjalan dengan lancar, urusan-urusan dapat dilunaskan dengan sempurna. Termasuklah projek posto. Hehehe projek posto ni urusan hadiah, gifts, souvenirs untuk rakan-rakan blogger. Projek terkumpul sejak hujung tahun lepas lagi. Jangan risau. Saya tidak lupa. Janji tetap janji. Dah niat nak beri. Kena tunaikan juga walaupun ambil masa.

Disebabkan saya ini pelupa orangnya, saya ada gift tracker. Khusus untuk buat senarai siapa yang saya nak beri hadiah, apa hadiahnya, apa status hadiah - dah bungkus, dah hantar, dah terima. Mudah nak keep track.

Gift tracker ni bagus dan memudahkan kita untuk organize bab bagi-bagi hadiah. Saya belajar guna gift tracker tidak ingat di mana. Tetapi saya pernah came across orang guna gift tracker untuk buat senarai hadiah sempena Krismas.

Di bawah ini contoh lembaran gift tracker saya.
My Gifts Tracker - 1st page

Get Organized - Cara Kemas Hiasan (Embellishments) Kraf

Jumaat, Ogos 07, 2015

Salam Jumaat!
Bersiaran sekejap sebelum keluar melangsaikan urusan.

Baru-baru ini, ada seorang adik comel dan sweet e-mel saya, bertanyakan bagaimana saya simpan barang-barang dan material kraf (especially yang kecil) yang saya ada. Bagaimana nak pastikan barang-barang tu sentiasa accessible dan boleh kita maksimakan penggunaannnya.

Hari ini, kita sentuh tentang organizing crafts embellishments. Saya nak tunjuk cara mudah untuk memastikan hiasan-hiasan kraf (crafts embellishments) kita kemas, tersusun dan well-organized. Perkara ni penting sebab kita boleh tahu apa yang kita ada dalam stok untuk dipadankan dengan projek kraf yang kita buat.

Persiapan Ramadan 1436 - Ramadan Menu Planner

Isnin, Jun 15, 2015

Ramadan Menu Planner ni saya buat tahun lepas untuk rancang menu mingguan. Baca mengenainya di sini. Tahun ni guna baliklah. Saya cuma edit sedikit, tambah cadangan menu untuk minggu seterusnya.

Klik untuk paparan lebih besar.

Maaf, kali ni ada dalam format JPEG je. Untuk muat turun, klik pada imej di atas hingga paparan yang lebih besar muncul. Right click dan pilih untuk save/download image

Selamat merancang menu harian! :)

Rak Gantung-gantung 'Wire Net'

Rabu, Januari 14, 2015

Ingat lagi tak saya borong barang kraf hujung tahun lepas (baca mengenainya di sini). Stok baru beli ditambah pula dengan kertas-kertas, kad, embellishments yang sedia ada,..saya kena mula fikirkan cara yang sesuai untuk manage semua ni. 

Satu, saya tak mahu ada barang-barang yang rosak, terkelepet, terhimpit. Yelah, walaupun saya susun di atas rak dan di dalam kotak, bila dah banyak-banyak tu susah juga! Dua, saya perlukan storage yang boleh display embellishments penting saya. Senang nak nampak, senang capai. Tak adalah kerja saya asyik memunggah. Tak pun (biasa berlaku ni,..) bila dah siap kad atau scrap page, baru tepuk dahi..."Alamak, kenapa tak guna hiasan yang ini?! Lagi sesuai,...lagi cantik!" Kes tak nampak/tak jumpa benda tu sebelumnya.

Cerita kat Bott, rasa-rasanya kena ada wire net and hooks untuk gantung barang-barang kraf. Macam display kat kedai-kedai tu. Senang sikit. Bott kata nanti keluar beli barang boleh cari kat DAISO. Well, kelmarin kitorang keluar, singgahlah DAISO. Saya kalau masuk DAISO, tenggelam dalam dunia sendiri. Rambang mata tengok itu ini, consider itu ini,..tahu-tahu si Bott dah ada depan mata dengan apa yang saya perlukan. Thank you, Bott!

Tattadaaaaaaaa!

Rak gantung-gantung wire net dah siap!

Semuanya beli kat DAISO! 
  • 2 pcs penyangkut yang 'agak gagah'
  • 1 wire rack putih
  • 2 pcs slim net hook X 2
Jumlah keseluruhan hanya RM20! Puas hati saya dapat siapkan rak gantung-gantung ni. Barang-barang tu pun takdelah sesak nafas sesama sendiri ;) OK. Zoom out sikit!

Lokasi dalam bilik kraf :)

Saya buat rak ni ngam-ngam di bawah Reminder Board. Boleh jimat ruang. Yang penting kosnya murah! Barang-barang saya pun jadi lebih tersusun. 

Psst! Rak gantung-gantung begini boleh buat untuk gantung senduk, sudip di dapur atau peralatan bertukang. Kemas dan sedap je mata memandang :)


Jom Kemas!

Ahad, Disember 28, 2014

Siapa ada plan nak buat spring cleaning hari ni? Dalam keadaan cuaca tak menentu sekarang, memang tak berniat nak keluar ke mana-mana. Jadi petang Ahad saya akan diisi dengan aktiviti mengemas, membersih, mencuci dan menyusun apa yang patut. Harap hari ni dapat cover sebanyak area rumah yang boleh :)

Oh, sementara tu saya nak ajak kalian semua intai entri-entri lama saya di bawah label 'Get Organized'. Entri kemas-mengemas. Klik pada gambar ye :)


1. Cara Mudah untuk Kemas Riben

http://famf-tower.blogspot.com/2014/08/cara-mudah-kemas-reben.html

http://famf-tower.blogspot.com/2013/10/cara-mudah-untuk-organize-koleksi-reben.html


2. Cara yang Terurus untuk Simpan Washi Tapes/Masking Tapes

http://famf-tower.blogspot.com/2014/06/cara-yang-lebih-terurus-untuk.html


3. Cara Convenient 'Serabut-Free' untuk Urus Beg Plastik

http://famf-tower.blogspot.com/2014/04/cara-mengurus-beg-plastik-di-rumah.html


4. Cara Mengurus Stok Barang Baking @ Barang Dapur

http://famf-tower.blogspot.com/2012/10/cara-mengurus-stok-barang-baking-barang.html


Have a productive yet relaxing Sunday!


Tag Roti untuk Label Plag

Isnin, Disember 01, 2014

Satu cara mudah supaya kita tak miserable dengan plag-plag appliances di rumah. Guna semula tag roti!

Tag roti untuk tanda plugs.

Bayangkanlah bila dah berderet plag-plag macam kat atas tu,...boleh keliru plag yang mana untuk appliance yang mana. Mulalah main game petik-petik. Jadi, labelkanlah plugs anda pakai tag roti yang ada. Tulis guna permanent marker dan selitkan je tag roti pada bahagian wayar. Mudah kan!

Tag roti yang berlainan warna boleh dijadikan kod untuk anak-anak sebagai langkah keselamatan. Contohnya, tag berwarna kuning untuk appliances yang selamat dikendalikan oleh si cilik - televisyen, komputer, playstation. Khususkan warna tersebut untuk mereka. So, plug yang warnanya selain daripada kuning tidak boleh disentuh! Convenient kan :)

Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara mudah hias party favours menggunakan tag roti. Klik sini untuk lihat hasilnya.

Guna semula tag roti untuk party favours.

Cara Mudah Kemas Reben

Ahad, Ogos 24, 2014

Haa,..siapa-siapa minat buat kraf mesti ada banyak stok reben, kan? Sebelum ni, saya pernah kongsi cara saya kemas reben-reben guna penyangkut baju berlapis. (Lihat sini)



Tapi, cara di atas sesuai untuk reben yang bergulung je. Kadang-kala, saya rajin juga beli reben-reben secara loose. Beli semeter ke,...dua meter ke,..ikut corak yang berkenan di hati. Masalahnya, bila beli ikut meter, inilah jadinya...


Berselirat! Ni pun jumpa dalam plastik kecil yang terselit celah almari. Saya pernah tengok di Pinterest, ada yang lilit reben keliling batang aiskrim atau styrofoam board for the purpose of storage. Dua-dua saya takda. So, saya gunalah kad keras yang jadi partition kotak teh.

Tattadaaaaa!
Guna bahan terbuang je. Yang penting kemas!

Sedap je mata memandang. Nak tengok design reben pun senang. Dah siap buat macam ni, bolehlah masukkan ke dalam bekas/kotak supaya tak berhabuk.




Persiapan Menyambut Ramadhan - Menu Planner untuk Ramadhan

Isnin, Jun 23, 2014

Beberapa hari je lagi kita nak sambut ketibaan Ramadhan. Saya pasti dalam kepala ibu-ibu dan isteri-isteri sudah mula berfikir macam-macam. Nak masak apa untuk berbuka puasa? Sahur nanti lauk apa? Biskut raya apa nak cuba buat tahun ni? Bawa bertenang. Jangan berselirat sangat otak tu. Nanti stress! 

Gunakan 'menu planner' di bawah ini untuk rancang lebih awal apa yang hendak dimasak. Ambil masa (disarankan pada hujung minggu/bila free) untuk duduk sekejap dan 'plan ahead' juadah-juadah yang akan disediakan dalam minggu seterusnya. Kemudian, senaraikan terus bahan-bahan yang diperlukan supaya bila pergi shopping barang dapur, kita tahu apa yang nak kena beli :)

Jadi, sepanjang minggu tu kita dah relaks. Dah tahu nak masak apa. Bahan-bahan semua dah ready. Teratur sikit perjalanan Ramadhan kita. Nak buat lebih exciting, letakkan 'Menu Planner' ini di peti sejuk/ notice board keluarga. Biar setiap isi rumah teruja tengok menu yang bakal dihidangkan sepanjang minggu terutamanya si kecil. Apatah lagi kalau makanan kegemaran mereka tersenarai sebagai sajian berbuka puasa hari itu.



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan!


Cara yang Lebih Terurus untuk Simpan Washi Tapes

Rabu, Jun 18, 2014

Jangan buang kotak aluminium foil. Gunakan untuk simpan washi/masking atau printed tapes milik kalian supaya lebih terurus. Gigi pemotong pada sisi kotak boleh digunakan untuk potong pita yang dikehendaki :) Fungsi 2 dalam 1 lagi! As kotak untuk menyimpan tapes dan tape dipenser.

Jika rajin, balut dan hias kotak supaya nampak lebih menarik. Kalau tak, biarkan begitu sahaja. Yang penting kotak tu dah boleh serve for another purpose. 




Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah

Ahad, April 20, 2014


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

Cara Mudah untuk Kemas Koleksi Reben

Isnin, Februari 24, 2014

Sekadar berkongsi. Bagi yang suka buat scrapbook, kraf dan kad, mesti ada banyak stok reben kan? Haaa ... ini salah satu cara yang saya rasa paling baik untuk kemas reben-reben yang ada dalam koleksi kita. Kalian hanya perlukan penyangkut baju seperti dalam gambar di bawah dan ... 

Walllllaaaahhhh!!! 
A mess-free collection of ribbons! 

Koleksi reben untuk gifts and goodie bags.


Mudah je, kan? Dahuulu, saya simpan reben-reben di dalam bekas plastik. Setiap kali hendak buat projek kraf, masak jugalah nak memunggah reben gelung demi gelung. Sekarang tidak lagi :) Yang penting, penyangkut baju ni sekarang:
  • Serves as ribbon panels/display - sekali pandang je dah tahu reben apa yang ada dalam stok kita.
  • Senang untuk pilih atau cari reben yang hendak digunakan. Reben-reben boleh digunting terus daripada penyangkut baju tersebut. Less mess.
  • Lebih terurus. Tidak pening kepala, tidak sakit mata memandang reben yang bercampur aduk dan berselirat.


  • *Bagi yang ada banyak koleksi reben, bolehlah susun mengikut tona warna.

Cara Mengurus Stok Barang 'Baking' @ Barang Dapur

Sabtu, Oktober 20, 2012


Selamat berhujung minggu! Syoknya cuti! Hmm, hari ni saya nak kongsi cara untuk menguruskan barang-barang dapur atau 'ingredients baking' supaya lebih tersusun. Ini melalui pengalaman saya sendiri. Setiap kali nak 'bake' atau masak setiap kali itulah saya berperang di dapur. Punggah laci itu, buka almari ini untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Stok tepung bersepah sana-sini. Kadang-kadang dah buka dan guna tepung baru, baru perasan yang tepung lama masih ada berbaki.

Ada juga situasi saya dah beria-ia nak 'bake', tiba-tiba ada ingredient yang tak cukup. Aikkkk? Rasanya tepung custard ada lagi? Dah habis ke? Terus hilang mood!

So, saya pun lambakkan semua bahan yang saya ada atas meja. Aisy...sempat juga mengeluh kerana ada tepung yang bertaburan disebabkan plastiknya 'bertikaman' sesama sendiri huhuhu. Kebanyakan bahan-bahan yang saya ada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya carilah bekas yang sederhana besar untuk muatkan apa yang patut :)

Okey, ini apa yang perlu dilakukan.

1. Sediakan bekas plastik/kotak sederhana besar. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis.
Kumpulkan bahan-bahan yang sama jenis dalam 1 bekas. Contohnya, letakkan bijirin seperti oat dan nestum dalam 1 kotak. Tepung-tepung dalam satu kotak yang lain. Tuliskan kuantiti (dalam kg/pek) barang-barang tersebut.



2. Masukkan ke dalam kotak. Buat label senarai barang dan tampalkan di luar kotak.  Pastikan senarai ini mudah dilihat dan mudah untuk 'diedit' (apabila barang bertambah atau berkurang).

Tuliskan sekali tarikh luput bahan-bahan tersebut. Tidaklah nanti masa nak buat cookies baru perasan ada bahan yang dah 'expired'.


3. Susun kotak - kotak dengan label di bahagian hadapan.

Inilah hasilnya!

Selesai! Bolehlah kotak-kotak ini disusun atas rak/almari. Kucar-kacir bahan-bahan berjaya dibanteras!!! Heheheh kalau nak tengok satu-satu bahan tu ada atau tidak, rujuklah pada label yang dah dibuat. Bila ambil barang dari kotak atau ada pertambahan stok, jangan lupa 'update' pada label. Bahan yang nak expired boleh guna segera. Yang dah expired boleh buang. Jimat masa, jimat tenaga dan yang penting dapur kita lebih organized.