728 x 90

Rabu, 14 Januari 2015

Rak Gantung-gantung 'Wire Net'

Ingat lagi tak saya borong barang kraf hujung tahun lepas (baca mengenainya di sini). Stok baru beli ditambah pula dengan kertas-kertas, kad, embellishments yang sedia ada,..saya kena mula fikirkan cara yang sesuai untuk manage semua ni. 

Satu, saya tak mahu ada barang-barang yang rosak, terkelepet, terhimpit. Yelah, walaupun saya susun di atas rak dan di dalam kotak, bila dah banyak-banyak tu susah juga! Dua, saya perlukan storage yang boleh display embellishments penting saya. Senang nak nampak, senang capai. Tak adalah kerja saya asyik memunggah. Tak pun (biasa berlaku ni,..) bila dah siap kad atau scrap page, baru tepuk dahi..."Alamak, kenapa tak guna hiasan yang ini?! Lagi sesuai,...lagi cantik!" Kes tak nampak/tak jumpa benda tu sebelumnya.

Cerita kat Bott, rasa-rasanya kena ada wire net and hooks untuk gantung barang-barang kraf. Macam display kat kedai-kedai tu. Senang sikit. Bott kata nanti keluar beli barang boleh cari kat DAISO. Well, kelmarin kitorang keluar, singgahlah DAISO. Saya kalau masuk DAISO, tenggelam dalam dunia sendiri. Rambang mata tengok itu ini, consider itu ini,..tahu-tahu si Bott dah ada depan mata dengan apa yang saya perlukan. Thank you, Bott!

Tattadaaaaaaaa!

Rak gantung-gantung wire net dah siap!

Semuanya beli kat DAISO! 
  • 2 pcs penyangkut yang 'agak gagah'
  • 1 wire rack putih
  • 2 pcs slim net hook X 2
Jumlah keseluruhan hanya RM20! Puas hati saya dapat siapkan rak gantung-gantung ni. Barang-barang tu pun takdelah sesak nafas sesama sendiri ;) OK. Zoom out sikit!

Lokasi dalam bilik kraf :)

Saya buat rak ni ngam-ngam di bawah Reminder Board. Boleh jimat ruang. Yang penting kosnya murah! Barang-barang saya pun jadi lebih tersusun. 

Psst! Rak gantung-gantung begini boleh buat untuk gantung senduk, sudip di dapur atau peralatan bertukang. Kemas dan sedap je mata memandang :)


51 ulasan:

  1. nampaklahh kemas tu kann kak farrah :D

    BalasPadam
  2. Aah kak , lg kemas ble gsntung2 mcm tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak cari barang2 yang akak nak guna :)

      Padam
  3. Kereatipnyer.. Cantik n kemas.. nak tiru... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila,...tiru apa yang patut! :)

      Padam
  4. memang nampak lebih kemas dan tersusun dengan rak gantung ni..wana suka tengok rak macam sangkar burung tu..comel la kak.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul. Hati pun lapang je :)

      Padam
    2. same la..suka sangat yg sangkar burung nie.. :)

      Padam
    3. Paling best,..jimat ruang :)
      Tak semak mata.

      Padam
  5. Nampak kemas kan macamni..thanks sharing :)

    BalasPadam
  6. Kak farrah sorry lama x singgah.

    Saya jenis yang suka punggah2. Simpan barang dalam kotak pastu kang kena bukak lg sbb x hbs ambik brg. pastu dah mls sgt redha jela. :')

    Bagus gak ade wire net ni. Tapi nanti ade tukang kutip pulak. Bnyk kanak2 riang kat rumah saya ^.^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai budakkkkk! Xpe,..ni dah singgah ni.
      Akak pun sebab kes asyik kena punggahla...last2 surrender. Nak buat 1 kad, sampai tunggang terbalik satu bilik! Penat punggah & kemas barang je ;)

      Padam
    2. Haaa budak yang dikelilingi budak2 tak sesuai display barang2 begini. Nanti tau2 lopong je :)

      Padam
  7. masuk daisooooo memang boleh hanyut. CT suka stokin and barangan dapur. mangkuk besi besar gabak buat pulul telur pun rm5 huurm harusla borong

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringin nak pegi... nak window2..hihi

      Padam
    2. Masuk DAISO tengok barang2 comel ala-ala terapi utk diri :)

      Padam
  8. hehehe btw tngk gantung2 ni da macam kedai buku da.. gantung stiker hehee

    BalasPadam
  9. Kalau masuk Daiso tu, memang tak nak keluar. Asyik nak tengok je benda yang comel-comel :D

    Nampak kemas sangat ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,...masuk daiso macam masuk dunia Alice in Wonderland hahahah

      Padam
  10. samalah kita...sis JM pun kalau masuk Daiso..x sedar almost 1 hour kat dalam tu..itu sbb perlu jln kalau ke sana..kalau x, si peneman tarik muncung panjang

    Ha'a..betul nampka kemas dan tersusun seperti di keddai craft pulak :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lega saya kak bila dah kemas sikit macam ni ;)

      Padam
    2. Betul sis. Senang nampak senang capai!

      Padam
  11. dah buleh bukak kedai craff nie farra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih bukak kedai mini ikut tingkap bolehla, Khaty. Ada satu rak kecil ni je :)

      Padam
  12. cantik betul yg rama2 tu..
    disebabkan kat rmah sya ramai kaum girl2,yg suka benda cantik2..benda mc tu saya simpan/sorok kak..risau ada yg gatal tangan usik..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, kalau ada ramai gegurls tak leh nak tayang benda2 comel kiut begini :)

      Padam
  13. nampak kemas... boleh cuba ni,

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, ros. jimat ruang, jimat kos :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Hihihi mana tau boleh bagi idea kat Shikin, nak buat kat dapur ke,..bilik jahit/craft ke...

      Padam
  15. Betul tu kak. Mmg tenggelam kt daiso tu. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Confirm tenggelam setiap kali masuk. Lemas bagai! Kena bawa kawan kalau tak kemungkinan besar tak keluar ;)

      Padam
  16. siap ada bilik kraf lagi.. sng xda org kacau..
    kat rumah saya ni mmg akan disimpan dlm kotak pas2 sorokkan.. ank buah biasalah... pantang tgk..semua bnda dia boleh buat bnda main...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rumah ada budak kecil memang jangan mimpi nak buat camni. Kang jangankan barang2, dengan cangkuk2 tu sekali hilang :)

      Padam
  17. Memang kemas..nak cari pun senang kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Cik Mimie. Kira semua depan mata :)

      Padam
  18. sgt cntek. yg paling penting kreatif ;)

    BalasPadam
  19. seronok beli barang kat daiso ni sbb harge die sume macam murah.. 5 hengget.. tapi barang die ade yang tak segagah harge kan.. tapi layan jelaa... sbb die nampak kiut.. hihih =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kadang2 ada je barang yang tak berbaloi beli RM5. Lagi murah di kedai biasa. Kena pandai-pandai tengok & pilih :)

      Padam
  20. ana pon kalo masuk daiso jadi tenggelam dlm dunia sndiri hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dahsyat penangan daiso hihihi kalah kedai2 lain :)

      Padam
  21. Cantikknya.. tersusun kemas jer

    BalasPadam
  22. Kemas buat cam ni . saya semua masuk kotak tp asing2 kotak je lah..gantung belum lagi..soon.hihihi

    BalasPadam
  23. wow, so nice sis...rajin betul nih ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...