Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah

Ahad, April 20, 2014


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

11 ulasan

  1. kak...saye ronyok dan ponyok je. hihihi...nway nice sharing.

    BalasPadam
  2. @Noriz Today BahagiaAkak ni kes ronyok & ponyok gak ni, Wani. Tapi bila laci kabinet dah nak meletup, insaflah sikit ;)

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi cara ni,bersepah jabir rokrak kat rumah

    BalasPadam
  4. @Wafi Remli Sama2. Selamat lipak jabir lah deh,..

    BalasPadam
  5. leceh juga rupanya...hehe
    tak apa cuba juga sebab laci dah cam nak meletop =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba YY. Senang je lipat2 ni bila dah biasa. Nanti hati senanggg jiwa lapanggg :)

      Padam
  6. yeaaaayy
    tq kak farrah
    boleh gune cara ni
    xde la sepah sgt tpt letak plastik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba, ayu.
      sambil2 tengok tv tu leh lipat slow2 :)

      Padam
  7. Terjumpa pasal nie kat blog yana yanie tu yg singgah blog farah, nk tau juga cara melipat tuh..bolehlah lepas nie uruskan beg plastik kat umah nie..

    BalasPadam
  8. 2020 ada sesiapa x??

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.