Memaparkan catatan dengan label Go Green with FAMF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Go Green with FAMF. Papar semua catatan

Challenge Accepted - Cabaran Upcycle 1

Jumaat, November 22, 2019

Dua tiga minggu ini saya sibuk mengemas bilik kraf. Jenuh juga nak clear-kan barang-barang, buang apa yang tidak pakai, donate apa yang masih boleh dipakai dan jual semula material atau peralatan kraf yang saya tidak gunakan lagi di Carousell.

Masalah terbesar saya ialah mengasingkan kertas-kertas. Kusmangat! Bila tengok stok kertas saya, saya sendiri rasa nak pengsan! Sampai terlintaslah di kepala...terpakai ke semua kertas ni?! Pantang ada kertas yang cantik designnya, saya beli. Last-last selambak depan mata tak tahu nak buat apa.

Saya juga ada beberapa folder besar yang berisi kad jemputan kahwin, kotak bahulu, sampul duit raya dan kertas-kertas terpakai yang saya simpan sebab saya rasa cantik. Sayang nak buang! Bab-bab mengemas kertas, saya memang gagal! Setiap kali nak sort mesti tidak akan ke mana sebab akhirnya saya simpan semua semula.

Jadi, perlu campur tangan Bott di sini. Bott nampak folders kertas terpakai saya dan dia bagi ultimatum - do something with it atau dengan folder-folder sekali masuk kotak recycle! Katanya there's a very thin line yang membezakan antara saya dengan seorang hoarder! Huhuhuhu. Nampak tak kena guna kekerasan pada saya yang pantang tengok kertas cantik ni.


Stainless Steel Straw

Khamis, Februari 07, 2019

Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.



Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.

One man's trash,..

Rabu, Julai 11, 2018


...is another man's treasure!

One man's trash is another man's treasure. Haaa, pernah dengar tak? Samalah juga macam one man's meat is another man's poison. Maknanya kalau sesuatu itu dianggap sebagai sampah atau tidak berharga bagi seseorang, mungkin ada individu lain bertanggapan sebaliknya (yang menganggap benda tu bernilai). Jika sesuatu jadi kesukaan seseorang, mungkin jadi kebencian (racun) buat orang lain. Yelah, cita rasa kita kan berbeza-beza.

Saja je nak kongsi dua english expressions di atas. Tengah kemas botol-botol terpakai sebenarnya. Saya rajin kitar semula tetapi botol-botol plastik lazimnya saya asingkan dan beri pada orang lain. Jika nak dihimpun semuanya di rumah, makan ruang. Kalau kertas dan kotak lebih mudah untuk kita stack berbanding botol-botol plastik.

Apa yang saya lakukan ialah saya kumpul botol-botol di dalam bakul. Penuh je bakul, Bott akan masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam dan letak di tepi tong sampah. Tak campur dengan sampah lain tau. Satu plastik hitam tu memang botol-botol sahaja. Di kawasan rumah saya, selalu ada orang yang kumpul botol-botol ni untuk dijual. Pekerja lori sampah pun rajin asingkan. Jadi, tidak perlulah mereka selongkar sampah semata-mata nak keluarkan botol. Satu plastik tu memang boleh terus diangkut tanpa ragu. 

Burung Merpati Kedai Recycle

Khamis, Mac 29, 2018

Dah menjadi rutin saya dan Bott sama ada setahun sekali atau setahun dua kali untuk ke kedai recycle - jual kertas, buku, majalah, plastik dan kotak terpakai. Selalunya kami memang akan kumpul banyak-banyak baru pergi jual sekaligus. Bab asingkan kertas, kotak, plastik ni memang jadi kerja Bott. Dia kalau susun-susun barang ikut jenis, ikat, stack kemas-kemas memang hobi dia! Sejenis terapi katanya 😃 

Rasa-rasa stor dah mula sesak,.. agak-agak bonet dan bahagian tempat duduk belakang boleh dipundat dengan barang-barang yang kami dah kumpul,...maka it's time for the trip. Pergilah kami ke kedai recycle berhampiran dengan tempat kami tinggal.

Sampai-sampai je, seperti biasa pekerjanya akan terus approach kami dan angkat barang-barang keluar untuk ditimbang. Sementara nak menunggu tu mata saya melilau ke sana ke mari. Tiba-tiba nampak sekawan burung merpati tengah makan. Gemuk-gemuk. Sihat-sihat!

Mulakan Gaya Hidup Hijau

Khamis, Julai 27, 2017

Pernah dengar tentang gaya hidup hijau atau green lifestyle? Jangan salah faham. Ini tidak bermaksud yang kita kena pakai semua hijau atau beli, makan dan gunakan barang-barang hijau ye. Gaya hidup hijau ini bukanlah sesuatu yang baru buat kita. Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan konsep gaya hidup mesra alam sekitar ini. Cuma antara kita hendak laksanakannya dalam kehidupan seharian atau tidak.

Untuk memulakan gaya hidup hijau tidaklah sesukar mana jika kena caranya. Apa yang penting kita kena faham konsep asasnya bagaimana. Apa itu green lifestyle? Apa kelebihannya? Apa manfaatnya buat kita, masyarakat dan alam sekitar? Kemudian, disusuli dengan langkah-langkah perubahan ke arah mengamalkan gaya hidup hijau. Itulah yang saya bincangkan dalam artikel terbaru saya di ZCOOP (Zalora). Jangan risau, it's not complicated at all. Kita mulakan dengan langkah kecil, small baby steps dan lakukan secara berperingkat.

Ingin tahu lebih lanjut, jemput baca perkongsian saya. Klik gambar di bawah ye.


Happy Earth Hour 2016

Sabtu, Mac 19, 2016

Assalamu'alaikum,

Hari ini 19 Mac 2016. Kita ada acara Earth Hour. Kebiasaannya sambutan Earth Hour akan diadakan pada Sabtu terakhir bulan Mac, tetapi tahun ini awal seminggu pula.

Earth Hour tahun lepas ;)

DIY Mudah - Bekas Tisu daripada Cawan Kopi

Isnin, Februari 08, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat bercuti dan bersantai.

Siapa di sini coffee lover? Peminat tegar kopi? Haaa...bagi yang selalu minum kopi ke teh ke...paper cups tu jangan dibuang begitu sahaja. Marilah kita amalkan 'gaya hidup hijau'. Kita guna semula cawan kertas untuk dijadikan kotak/bekas tisu. Cawan kopi jadi kotak tisu? Easy peasy. Cuba lihat gambar di bawah ni.

Bekas tisu daripada paper cups.

Ini antara DIY paling mudah yang kalian boleh cuba. Pada masa yang sama, kita didik diri kita untuk guna semula bahan-bahan terpakai. As easy as ABC. Semudah 123! Apa yang diperlukan? Hanya paper cup terpakai dan tisu! Then, of course kita perlu alat seperti gunting atau circle cutter (Baca mengenainya di sini).

Kegunaan Tag Roti

Selasa, November 24, 2015

Ada apa dengan tag roti? Tak ada apa yang penting pun. Cuma nak pesan, kalau rajin, kumpullah tag roti. Banyak kegunaannya di rumah :)

  • Untuk tanda appliances plugs

Tutorial Kraf Kertas - Sampul Duit daripada Kertas Buku Lama

Jumaat, September 18, 2015

Entri sebelumnya boleh baca di sini dan di sini.

Tutorial kraf kertas lagi. Masih menggunakan kertas buku lama sebagai bahan utama. Siapa-siapa yang tak minat kraf pun boleh cuba buat sampul mini, sampul duit atau sampul ang pau ni.

Buat sampul mini begini jadi antara hobi Cekebon di rumah. Tetapi kebiasaannya Cekebon akan gunakan kertas pembalut hadiah (tidak kiralah sama ada yang baru ataupun yang terpakai). Nanti, bila nak beri duit atau sumbangan untuk kenduri ke, baby baru lahir ke, sedekah untuk orang tua atau anak-anak yatim ke, sampul-sampul mini ini dah tersedia untuk digunakan.

Bagaimana nak buat sendiri sampul ang pau atau duit raya ni? Mudah sahaja. Kita hanya perlukan kertas buku lama, gam dan gunting.

Asing Sampah | Guna Semula | Kitar Semula (Part 1)

Isnin, September 14, 2015

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baru.

Hari ni kita bicara tentang asing-asing sampah. Bermula awal bulan ni kan (walaupun tidak secara menyeluruh) negara kita dah mula impliment pengasingan sampah di rumah dan kediaman. Personally, saya suka tindakan ini sebab rasanya dah tiba masa untuk masyarakat kita betul-betul dibiasakan dengan amalan gaya hidup hijau. Malaysia boleh dianggap jauh ketinggalan bab-bab tak buang sampah merata-rata, asingkan sampah dan kitar semula jika nak dibandingkan dengan negara lain seperti Jerman dan Denmark.

Duduk di kawasan kampung yang rata-rata penduduknya masih 'seronok' bakar sampah, tak menghalang saya untuk asingkan sampah dan kitar semula apa yang patut. Tetapi, saya tak gunalah plastik berlainan warna seperti yang disarankan tu. Kat rumah ni, Cekengah gelar saya polis alam sekitar sebab saya selalu bebelkan dia jika tak asing kertas untuk dikitar semula. Kerap juga jadi mangsa jeling-jeling manja (tapi berbaur ugutan dan kecaman) saya apabila dia dengan selamba buang botol air mineral ke dalam tong sampah.

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Rabu, Ogos 26, 2015

Hari ini, saya ingin tunjukkan cara nak membuat Mini Puzzle daripada batang aiskrim. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape

Mesej Alam Sekitar El Gamma Penumbra

Sabtu, Mei 09, 2015

Siapa tengok Asia Got Talent? Well, semalam rancangan ni dah sampai ke kemuncaknya. Grand finale. 9 peserta berjaya tampilkan persembahan-persembahan yang hebat. I am a fan of Triqstar (Japan) and Khusugtun (Mongolia). Suka kerana mereka suntik elemen budaya yang dibawa dari negara masing-masing dalam setiap persembahan.

Tetapi, hari ini kita nak bicara tentang kumpulan anak muda dari Filipina - El Gamma Penumbra. Mereka ni buat shadow play. Persembahan menggunakan layar dan bayang-bayang tu. Apa yang menarik, El Gamma Penumbra bukan sekadar anak muda berpakaian serba hitam yang cuba menghasilkan bayang-bayang objek dan imej. Setiap persembahan mereka mengangkat tema penting yang dipaparkan dalam satu jalan cerita.

Jika di peringkat audition mereka memukau para juri dan penonton dengan kisah cinta sejati, di peringkat separuh akhir dengan tema keamanan dunia,...di peringkat akhir mereka cuba memberi kesedaran pada masyarakat dengan membawa tema alam sekitar. Mother nature. Pada awal persembahan kita akan dapat lihat aksi-aksi mereka membentuk imej pemburu yang memburu haiwan semata-mata untuk mendapatkan tanduk, nelayan yang menuba hidupan akuatik dan wanita yang sesuka hati mencemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata.

DIY Mudah daripada Bahan Terbuang

Ahad, Mac 15, 2015

Dah seminggu lebih saya tak masuk bilik kraf. Rindu kertas, rindu my embellishments and punches,..sekarang ni balik je dari hospital, uruskan apa yang patut di rumah dan terus keboommmm! Hempas diri atas tilam. Penat mengalahkan orang sakit.

Hari ni kita intai beberapa DIY mudah menggunakan bahan terbuang/terpakai. Kertas, tissue papers rolls, paper cups,...jangan buang terus. Ada kegunaannya. Klik pada pautan di atas gambar ye.

Kertas Terpakai



DIY Mudah - Bekas Tisu Doraemon

Jumaat, Februari 13, 2015

Ingat lagi tak paper cup Doraemon saya? Jemput baca di sini.


Dek kerana sayang dengan cup super comel senyum mesra meleweh ni, saya olah balik supaya cup ni ada kegunaan buat saya. 

Wordless Wednesday - Upcycled

Rabu, Januari 14, 2015

1.
Discarded materials that can be reused.

2.
Scissors + Washi tapes

DIY - Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur

Sabtu, Disember 27, 2014

Hujung tahun ni kan sana-sini ada kenduri. Sure dapat banyak doorgifts dan bunga telur kan?! Haa,..containers tu jangan buang begitu sahaja. Ada yang boleh diguna semula. Cuba tengok gambar di bawah ni. Saya ada beberapa bekas bunga telur yang cantik design dan warnanya. Kita nak transform bekas-bekas ni jadi pelita comel.


Apa yang diperlukan hanyalah 'tea candles'. Tidak kiralah apa jenis, yang ada pewangi atau tidak. Even yang plain dan putih biasa tu pun OK. Kebetulan, saya memang ada tea candle bau epal ni. Ngam-ngam je saiznya muat dalam bekas-bekas tu. Masukkan tea candle ke dalam setiap bekas. Nyalakan.

Walllllahhhhhhhhh!
Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur
Cantik tak? Efek cahaya yang indah akan terbentuk mengikut corak atau reka bentuk bekas. Bolehlah dijadikan sebagai penyeri di taman anda. Tak pun, sesuai juga untuk hiasan meja time nak buat candle light dinner. Romantik sikit =)

Di rumah saya ni ada 2 orang yang achluophobia (takut/fobia dengan gelap). Kalau tiba-tiba tak ada elektrik, spontan dua-dua kejung jadi batu. Saya je macam murai tercabut ekor, masih nak berborak bercerita. Jadi, pelita-pelita comel ini khusus untuk mereka. Sekurang-kurangnya, efek lampu yang cantik ni bolehlah tenangkan sedikit rasa takut gelap tu (I really hope so.)

Mudah kan? Selamat Mencuba!


Tutorial Kraf Kertas - Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai

Selasa, Disember 16, 2014

Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi projek DIY ringkas dengan menggunakan kertas terpakai. Kertas-kertas yang belakangnya kosong tak bercetak/bertulis. Asingkan ye. Kita akan buat memo pad mini.

Saiz? Terpulang. Nak besar, potonglah kertas tu ikut besar mana yang kalian mahu. Luas sikit ruang untuk menulis. Di bawah ini, saya potong kertas mengikut saiz standard kad nama (name card/business card).


Material yang diperlukan:
  • Kad nama untuk cover hadapan
  • Kertas terpakai yang telah dipotong mengikut saiz kad
  • Kertas keras untuk cover belakang (Selalunya saya ambil bahagian belakang test pad. Boleh je potong kotak atau cover buku yang dah tak digunakan lagi.)
  • Gam (Jika boleh, guna yang strong bond - gam dalam botol besar yang ada tulis untuk office use & bookbinding.)
  • Berus lukisan
  • Beberapa keping kertas keras/card board sebagai pelapik
  • Klip kertas sederhana besar

Dah bersedia? Jom kita buat.

Tutorial Kraf Kertas: Penanda Buku daripada Sampul Surat Terpakai

Khamis, Disember 11, 2014

Okey, ini satu lagi DIY mudah yang kita boleh buat menggunakan bahan terbuang. Gunakan bahagian bucu sampul surat lama/terpakai ...

Potong mengikut saiz yang dikehendaki :)

...untuk hasilkan penanda buku seperti di bawah ni.

Penanda buku daripada sampul surat terpakai.

Sayang Kotak Perfume Punya Pasal

Sabtu, September 20, 2014

Malam tadi sesudah kelas, saya sort kertas-kertas di rumah untuk di kitar semula. Dalam timbunan kertas tu, adalah dua kotak perfume Cekengah. Cantik pula warna pastel kotak-kotak tu di mata saya. Rasa sayang nak recycle.

Berkenan dengan warna kotak-kotak ni :)
Saya pun terus masuk bilik kraf, ambil craft punches berbentuk love dan butterfly. Tiba-tiba dapat idea nak gunakan kotak-kotak ni untuk buat hiasan pada kad. Nak tengok hasilnya?

Kad Ucapan guna Kotak Perfume :)


Berguna jugak kotak perfume ni kan? Dua kad di atas 'blank', tanpa tema. Nanti, jika ada tempahan kad, saya hanya perlu ubah dan tambah apa yang patut. Sedikit pesanan penaja, don't simply throw away your papers :) Guna semula apa yang boleh. Kitar semula yang selebihnya. Tindakan kecil kita boleh bantu pelihara alam sekitar.

Let's Go Green!


Aktiviti Go Green with The Kids

Rabu, Julai 09, 2014

Jumaat lepas, untuk kelas BM, murid-murid Tahun 3 belajar tentang alam sekitar. Mereka belajar konsep sayangi alam sekitar dan tindakan-tindakan mudah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian untuk pelihara kesejahteraan bumi. Basically, amalan Go Green! bukan sesuatu yang baru dalam kelas saya. The kids sudah dibiasakan untuk:
  1. Guna semula kertas terpakai sebagai rough papers (untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat rangka karangan).
  2. Tidak buang beg plastik sebaliknya simpan dalam kotak khas supaya boleh digunakan semula. (Anak-anak didik saya especially yang kecil-kecil, datang tuisyen macam pergi piknik! Bawa bekal dan jajan segala! So, masing-masing dah terbiasa. Sampah buang dalam tong sampah. Beg plastik masuk kotak. Nanti bila cikgunya rajin, cikgu akan lipat plastik-plastik tu supaya kemas.)
  3. Tin aluminium dan botol jus/air mineral dimasukkan ke tong kitar semula yang disediakan.

Selanjutnya, kami buat poster mini. Hanya perlukan:
  • Kertas kosong (guna kertas terpakai tau!)
  • Pensel warna
  • Ink Pad Hijau

The kids lukis sendiri batang pokok, akar dan ranting pada kertas . Kemudian, menggunakan cap jari dan ink pad hijau, mereka akan buat daun-daun pada pokok. Oh, jangan lupa sediakan wet tissues untuk aktiviti ini. Kalau tak, ada yang balik dengan muka yang penuh kesan cap jari :) Nak tengok hasilnya?

Finger prints tree. Cantik kan?