Burung Merpati Kedai Recycle

Khamis, Mac 29, 2018

Dah menjadi rutin saya dan Bott sama ada setahun sekali atau setahun dua kali untuk ke kedai recycle - jual kertas, buku, majalah, plastik dan kotak terpakai. Selalunya kami memang akan kumpul banyak-banyak baru pergi jual sekaligus. Bab asingkan kertas, kotak, plastik ni memang jadi kerja Bott. Dia kalau susun-susun barang ikut jenis, ikat, stack kemas-kemas memang hobi dia! Sejenis terapi katanya 😃 

Rasa-rasa stor dah mula sesak,.. agak-agak bonet dan bahagian tempat duduk belakang boleh dipundat dengan barang-barang yang kami dah kumpul,...maka it's time for the trip. Pergilah kami ke kedai recycle berhampiran dengan tempat kami tinggal.

Sampai-sampai je, seperti biasa pekerjanya akan terus approach kami dan angkat barang-barang keluar untuk ditimbang. Sementara nak menunggu tu mata saya melilau ke sana ke mari. Tiba-tiba nampak sekawan burung merpati tengah makan. Gemuk-gemuk. Sihat-sihat!


Dalam gambar di atas ada enam ekor kan,...pada asalnya adalah sekitar dua belas ke lima belas ekor. Tetapi, dok kerana over excited nak ambil gambar burung-burung tu, saya dah spooked mereka. Konon-konon dah jalan perlahan, surreptitiously terjengket-jengket. Tak cukup smooth kot pergerakan saya. Bertebaran burung-burung tu berterbangan. Kaget. Hahahahah! Tinggal jelah enam ekor yang gagah berani atau mungkin terlalu lapar tak kisah apa-apa 😀


Dalam ralit memerhati burung, lupa pula nak ambil gambar barang-barang yang kami jual. Tak ingat jumlah keseluruhannya berapa kilo. Ini hasil jualan kami. RM35! Siapa kata sampah tak ada nilai? Lepas ni buat kami berdua pergi makan wrap di Texas Chicken sekali dengan jalapeno bombers (my favourite!)


Apapun, yang penting, mana yang kita boleh kitar semula, kita kitar semula. Satu tindakan kecil kita mungkin dapat selamatkan alam sekitar yang semakin nazak ni. Sayanglah bumi lebih sikit. Let's Go Green!

7 ulasan

  1. kat mana kedai recycle yu? sy nk pegi jg!

    BalasPadam
  2. surreptitiously tu apa kak?

    wah rm35 eh. banyak juga tu. kita pun ingat nak start declutter barang juga. nak asingkan malas tu. adeh

    BalasPadam
  3. wow, RM35.00 tu jual brg recycle bagi saya mmg banyak tu ... boleh buat blanja perut ...

    BalasPadam
  4. ha, rajinnyer..hihi..sampah pun ada nilai kan, ex-bf jer xboleh nk kitar semula, eh3..hihi

    BalasPadam
  5. banyaknya tu dapat kumpul rm35.. ni tak tahu mana kedai recycle terdekat dengan rumah..

    BalasPadam
  6. rm35?
    byk ler tu ekk.
    ari tu kekonon aida kumpul tau.
    nak jual.
    byk! at the end, asben kuarkan kat depan tanpa pengetahuan aida.
    lori sampah amik semua :( hu hu hu hu

    BalasPadam
  7. Banyak juga hasil tu.. Kikiki.. Recycle dan dapat hasilnya.. kan kak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.