728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 16 Disember 2014

Tutorial Kraf Kertas - Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai

Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi projek DIY ringkas dengan menggunakan kertas terpakai. Kertas-kertas yang belakangnya kosong tak bercetak/bertulis. Asingkan ye. Kita akan buat memo pad mini.

Saiz? Terpulang. Nak besar, potonglah kertas tu ikut besar mana yang kalian mahu. Luas sikit ruang untuk menulis. Di bawah ini, saya potong kertas mengikut saiz standard kad nama (name card/business card).


Material yang diperlukan:
  • Kad nama untuk cover hadapan
  • Kertas terpakai yang telah dipotong mengikut saiz kad
  • Kertas keras untuk cover belakang (Selalunya saya ambil bahagian belakang test pad. Boleh je potong kotak atau cover buku yang dah tak digunakan lagi.)
  • Gam (Jika boleh, guna yang strong bond - gam dalam botol besar yang ada tulis untuk office use & bookbinding.)
  • Berus lukisan
  • Beberapa keping kertas keras/card board sebagai pelapik
  • Klip kertas sederhana besar

Dah bersedia? Jom kita buat.



Susun kertas dan kepit dengan klip.
Susun kertas elok-elok. Letakkan cover hadapan dan belakang. Kemudian, lapikkan dengan kertas keras sebelum dikepit menggunakan klip kertas. Kepit kemas-kemas ye. Biar klip tu peluk kertas ketat-ketat. [Lihat gambar di atas]. Fungsi kertas keras adalah sebagai pelapik supaya memo pad kita nanti tak ada kesan klip dan tidak comot kalau terkena gam.

Sapukan gam.
Sapu gam pada bahagian tepi yang kita nak bind menggunakan berus lukisan. Satu lapisan nipis dan pastikan sekata. Biarkan seketika hingga lapisan gam mengering. Kemudian, sapu lagi. Ulang proses ini beberapa kali. Memang akan ambil masa sedikit. Janganlah duduk melanguk depan tu. Buatlah kerja lain dulu ;)

Memo Pad Mini yang dah siap!
Setelah gam betul-betul kering, maknanya dah siaplah memo pad kita. Buka klip dan walllaahhhh! Sedia untuk digunakan! Sekurang-kurangnya kalau nak letak dalam beg ke,..atas meja kerja ke tak adalah bersepah.

Sesuai juga buat memo pad ini bersama anak-anak. Mereka boleh hias sendiri ikut kreativiti. Ajar mereka guna kertas terpakai begini kalau nak lukis-lukis atau conteng jalan kerja untuk Maths. Jangan biasakan mereka simply grab buku tulis baru as 'Buku Conteng'. Sayanggggg!

Let's Go Green!



49 ulasan:

  1. Senang kan...jimat pun jimat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Nik. Then, tak bersepah semak mata :)

      Padam
  2. boleh lekat ya macam tu ja gamnya kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, aRz. Tapi sapu gam tu kena betul2 rata & cover bahagian tepi :)

      Padam
  3. bila lah nani nak jadi kreatif ni. hahha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yg ni tak payah kreatif, Nani. Gam je...taddaaaa! Dah jadi :)

      Padam
  4. Ada2 aje idea k.Farrah ni.
    * Nanti saya singgah BW lagi tau, K.Farrah.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shikin, dah balik dari vacation ye...
      No problem. Rehatlah dulu :)

      Padam
    2. Dah akak.
      Mood blogwalking tengah meluap2 ni.
      Cuma x larat.

      Padam
  5. good idea :) selalunya saya staple jea , boleh try niii ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Meura. Boleh buat ikut saiz yang kita suka. Guna bahan2 yg ada je :)

      Padam
  6. huhu.. sy pun buat ala2 cm ni.. tp sempoi pye..pakai stapler besar aje.. kertas A4 recycle potong dua.. maka terhasil lah BUKU CONTENG-CONTENG saiz B5 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puas menconteng kan...
      Akak pun biasanya staple je. Tapi ni alang2 bahan2 semua ada,...buatlah yang proper sikit kononnya :)

      Padam
  7. Zaman sekolah dulu selalu buat camni... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu akak dah lama tinggalkan sekolah baru pandai buat camni ;)

      Padam
  8. hihhi... zaman keje2 masa kt kelate selalu buat.. buat memo pad nak tulis2 apa2 yang penting.... rindu nak keje jadi kerani....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, Cik Ash boleh buat utk letak kat rumah. Buat To do List, catat resepi ke... :)

      Padam
    2. hihihihi... catat resepi dah ada buku khas...

      Padam
  9. wow..sukanya tengok..cantik tu..berguna sangat bila nak catit sesuatu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai sangat utk akak yg pelupa dan perlu tulis semua benda hehehe

      Padam
  10. semalam dah sampai kadnya kak..! hehehe.. truja betul nak sampai ke tangan,nanti2 baru buat entri ya.. hehe
    btw,mini note tu akak buat juga ka? cun betul..!
    dlu suka kumpul mini note mcm ni konon nak buat mini map la utk study,sekali tak guna sbb cantik sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, lega dah sampai. Hope u like it. Yes, mini note tu akak buat sendiri. Cuba nak personalised ikut Nana tapi lupa nak tanya Nana suka warna apa :)

      Padam
    2. hehehe..mestilah suka..! terkejut tgk mini note tu...hehe..hampir tercabut sticker bd tu sbb tak tahu nak buka macam mana..punya la teruja..

      Padam
  11. selalu main stapler je. hihi.. ni dah tahu cara, bolehlah hias sendiri. kreatif kak farah!

    BalasPadam
  12. bertambah lagi ilmu nie..selalu khaty guna paper clip ja,takut gam tue tak tahan lama pulak..nanti khaty try...good job farra

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, part bertambah ilmu tu yang syok :) Cubalah Khaty. Ikut pengalaman, kalau kita kepit buku tu ketat-ketat dan sapu gam rata-rata, insya Allah tak terlerai.

      Padam
  13. Nice la Kak Farrah...heeee.. suka suka..

    BalasPadam
  14. mudah je sebenarnya nk buat cuma x tahu cara je..uhuhhu...tp sis ni jenis pemalas..rajin BW je eheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'rajin' kat depan dah ada tu pun dah cukup, sis!

      Padam
  15. senangnye bila tgk kak farah buat mcm2 drpd kertas terpakai ni hehe

    BalasPadam
  16. anis selalu jugak buat cmnie.. tapi tak cantik macam kak farah punye..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg penting x bazir kertas. Akak buat ni pun saja nak bg kertas2 tu tak menyepah atas meja :)

      Padam
  17. Janganlah duduk melanguk depan tu... hahahaha.. baik cikgu...

    Great idea Kak Farrah.. dulu masa sekolah2 abah marah sangat kalau conteng buku.. even nak buat Maths pun tak boleh conteng dalam buku.. kena guna rough paper... sampai besaq tak dak buku conteng.. hehe... rough paper tu boleh diubah gaya dah sekarang.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah! Dulu masa kecik sel otaktak bergabung sgt. Selalu kena bebel ngan Cekebon akak sebab tangan tu sesedap rasa je ambil buku baru utk buat buku conteng. Then, baru belajar guna rough papers. Potong halaman buku tulis lama yg kosong utk conteng jalan kerja ;)

      Padam
  18. senang kan boleh buat sendiri ja. antara rajin dan malas ja. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Akak time malas, potong2 campak je atas meja ;)

      Padam
  19. okay, sangat kreatif, simple dan menarik! hahahaha... nnti ada masa nak try buat, in shaa ALLAH ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Jimat sikit. Duit beli buku conteng leh simpan ;)

      Padam
  20. Saya kalau ada kertas terpakai saya stapler pastu buat jalan kira pastu buang. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, nanti kalau ada ruang & kemudahan yg sesuai,kertas2 tu jgn buang. Kumpul utk recycle pulak ;)

      Padam
  21. akak da memang lahirnya dengan tangan berseni.. kalo CT ketas ketas recycle tak dan nak buat apa.. kena buang dah..

    BalasPadam
  22. Terbaik kak farrah.. xyh nk beli2 da... bt sndiri je

    BalasPadam
  23. Salam Kak Farrah kalau terbaca ni reply kat blog yana pon takpe , just sapu gambar ke? pastu tak yah letak apa nak cover bekas gam tu?

    BalasPadam
  24. Nampak mcm mudah nak buat..bolehlah mrs pip try nnt...
    Nnt dah siap, boleh salin resepi...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...