Roti Bawang Putih Pejam Mata

Khamis, Disember 18, 2014

Garlic Bread

Haaa...pagi-pagi dah buat entri makanan. Inilah hidangan minum petang saya semalam. Kan kononnya tengah edit-edit dokumen, tiba-tiba rasa lapar datang. Tapi, saya tak makan dengan sup cendawan. Makan begitu je krup krap krup krap.

Tengah feeling-feeling santap roti ni, tiba-tiba ada tetamu la pulak. Kak Wa, salah seorang parents kepada anak murid saya, datang nak tanya tentang kelas untuk tahun depan. Heheheh Kak Wa ni mesti 'windu' sama saya,..siap datang rumah lagi. Padahal selalu tu boleh calling-calling je ;)

Langkah kanan Kak Wa petang semalam. Jamu dia minum petang sama-sama. 

"Kau buat ni Farrah?"
"Mmm."
"Pandainya ko! Bukan remeh ke nak buat roti ni?"
"Senang je kak. Akak beli roti perancis tu. Tumbuk 3-4 ulas bawang putih, masukkan minyak zaitun/marjerin, garam sedikit. Sapu kat roti. Tabur parsley. Bakar." 

Kemudian, saya terangkan kat Kak Wa variasi resepi mudah garlic bread yang boleh dibuat.

"Ohhhh senang je rupanya! Mati-mati akak ingat leceh. Pejam mata pun boleh buat!"

Amboi, kak! Tak sesuai pejam mata kat dapur kot! Hahaha so, tataplah 'Roti Bawang Putih Pejam Mata' saya  :) Have a great day!


56 ulasan

  1. haha..memang patut pun nama roti bawang putih pejam mata..senang ja cara buatnya..haa, tapi wana dapat bayangkan la pula kalau buat roti ni sambil pejam mata..kikiki..jadi ka idak?? ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak takut jadi roti lain pulak nanti...roti jala ke...roti sardin ke :)

      Padam
    2. hamboi kalo sambil pejam mata, satgi tertumbuk tgn sendiri pulak. x kena la bwg putih tu hehe

      Padam
  2. haha pejam mata pun boleh buat ehh. Adeyy

    Kalau kite yang buat entah ape rasenye. kakakaka

    Morning kak! Sedapnye dapat breakfast roti bawang putih ni. Makan dengan sup cendawan, pehhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kalau pejam mata tak jadi apalah jawabnya :)
      Alaa jangan risau Nur...resepi2 akak selalunya kategori kalis gagal hahaha

      Padam
  3. Kalu pejam mata boleh buat... Tido sambil makan pon boleh agaknye... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, SS! Jom kita coba tido sambil makan ;)

      Padam
    2. Lagi sedap kalu ada orang suapkan... Ha Ha Ha...

      Padam
    3. hamboihhh SS kemain lagi. ada enchik hasben buleh la mntak tlg suapkan. romatika de amor gitu hahaha

      Padam
    4. @Scdha - Amboi SS, mau bersuap2 bagai. Meh datang sini, akak suapkan ;)

      @Ana - heheh romantika de amor,...ana nak akak suapkan dak?

      Padam
  4. amboi pejam mata leh buat...kalau saya pejam mata mmg x trbuat la..
    kak farah cikgu ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha akak cikgu tuisyen cabuk kat kampung je, Zarul.
      Orang malas kerja memang cenggini ;)

      Padam
    2. cabut apa..ok dh tu.. ckgu tuisyen pon gaji ok kan.. dpt gak sebarkan ilmu kt budak...

      Padam
    3. Hehehe bolehlah buat tampung-tampung hidup, bayar ptptn masa study dulu ;)

      Padam
  5. wahhh nmpk mcm sedap jew....tp wajib letak bawang ke...hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib letak bawang putih kalau nak buat garlic bread. Kalau nur ikaa nak buat toast biasa, sapukan butter je then bakar. Nak extra yummy, tabur sikit cheese atas tu :)

      Padam
  6. maksudnya kita goreng bawang putih then sapu kat roti ker? maaf la yew kita nie tak pandai masak. kena bg details baru fhm. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak. Bawang putih tak perlu goreng. Lepas tumbuk lumat garlic tu, masukkan sedikit minyak & garam. Gaul sekata then sapu pada permukaan roti. Kemudian bakar. Nak resepi lengkapnya intai di sini ye Resepi Garlic Bread Mudah

      Padam
  7. kalau pejam mata terbakar tangan tak pun tertumbuk jari jemari dengan batu lesung kak farah oi..hihihi... senang je cara buat.. krup krap tu yang buat lapo..ngehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe memang memang. Nanti ada yang melecur ke bengkak tangan ke...Lapor ye..apa lagi, pi buat roti pejam mata nih :)

      Padam
  8. Yes, my feveret too! Azie suka letak serbuk blackpepper juga sebelum bakar. Cicah dengan sup cendawan. Minum air kopi secawan. Nyuummm :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah cuba letak blackpepper, Azie. Nanti nak cuba lah :)
      Thanks ye...

      Padam
  9. Lahhh senang je rupanyaaa.. boleh lah mintak tolong ummi buat nanti.. ^^

    BalasPadam
  10. eh lupa nk tnya roti perancis roti apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguette - roti panjang yang kat luar tu keras sikit

      Padam
  11. Hehehe..akak tu nak pejam mata?
    Nampak sangat senang ea.
    Langkah kanan dia kan..
    Kalau lah saya boleh krup krap skali kan best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh sini. Kita krup krap nyum nyum om nom nomm.. :)

      Padam
  12. sedapnyee kalau makan roti dengan air teh panas2....hmmm.terus lapar bila membayangkannye...ihihihhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak yang baca ni pun lapar sama. Padahal tadi dah makan dah :)

      Padam
  13. patut laa nama resepi pun pejam mata.. hehehe.. memang mudah betul resepinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh quote balik kata-kata Kak Wa - pejam mata pun boleh buat! ;)

      Padam
  14. Pernah bukak puasa dengan garlic bread and muchromm soup ni masa duduk dkt Klang dulu.. housemate tanya, diet ke..?? hehe.. tak lah.. teringin.. hek2.. tapi FIrah guna roti Gardenia je.. ngeh2

    BalasPadam
  15. nak lagi senang sapu ja garlic spread buttercup kat roti. pastu bakar. makan cicah dengan mushroom soup pun sedap. hehe ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang senang tahap paling senang, Cik Fafa. Dulu akak selalu pastikan ada stok garlic spread kat rumah. Skrg, dah ada masa ni baru rajin buat sendiri :)

      Padam
  16. kalau makan waktu panas2 memang sedap, dah sejuk lemau ja.. hehehe.. roti masin2 saya panggil garlic bread

    BalasPadam
  17. ni kalau cicah dengan sup mushroom pun mantap jugak ni. boleh la try ni nanti. thank sis!

    BalasPadam
  18. heheheh... dulu time bbq , memang wajib roti garlic ni.. sedap sangat!!!! alamak, terlapar balik..

    BalasPadam
  19. Ok tinggal beli roti je. Roti biasa boleh kan kak. Roti potong? Hehe. Tapi kalo bakar dalam oven boleh? Akak guna pembakar roti yg camne? Saya ada yg menegak tu je. Boleh ke guna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau budak ada pembakar roti menegak tu, guna roti potong la senang. Sapukan nipis2 pada permukaan roti, then bakar sampai jadi toast.
      Akak selalu bakar dalam oven biasa/ toaster oven. Oven ni kecil je berbanding oven biasa. Just untuk bakar makanan yang simple2.

      Padam
  20. bahahha cakap kat Kak Wa.. kalau malas bebenor boleh beli aje garlic spread sapu then bakar.. terus ngap. lagi pejam mata boleh tido terus while bakar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang,...selagi tak de bau2 hangit, selagi tu boleh pejam mata :)

      Padam
  21. ahaha..pejam mata pun boleh buat? mudah sgt lah tu bila kak Wa cakap camtu..no wonder lah nama resipi nya camtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih saya kalau pejam mata, terus ZzzzZzzz :)

      Padam
  22. Ayu sllu bt pakai roti buku je.. pakai roti ni jadi keras la kak... hahahahha sdp cicah nga sup panas2 tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau nak keras suhu oven biar tinggi sikit, dalam 200 darjah celcius, then bakar sekejap je. Akak suka pakai roti ni sebab teksturnya jadi crunchy sikit :)

      Padam
  23. Ros pun ingat susahlah nak membuatnya. rupanya itu je bahan dia kak..

    BalasPadam
  24. ingatkan sambil buat pejam mata.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishhh kalau buat sambil pejam mata, tangan yang jadi roti kang :)

      Padam
  25. untung ada kelebihan mencipta resepi baru. kena buka kedai maakn kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi setakat menu roti garlic,..sehari setengah je kedai makan akak buka aRz :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.