Dua tiga minggu ini saya sibuk mengemas bilik kraf. Jenuh juga nak clear-kan barang-barang, buang apa yang tidak pakai, donate apa yang masih boleh dipakai dan jual semula material atau peralatan kraf yang saya tidak gunakan lagi di Carousell.
Masalah terbesar saya ialah mengasingkan kertas-kertas. Kusmangat! Bila tengok stok kertas saya, saya sendiri rasa nak pengsan! Sampai terlintaslah di kepala...terpakai ke semua kertas ni?! Pantang ada kertas yang cantik designnya, saya beli. Last-last selambak depan mata tak tahu nak buat apa.
Saya juga ada beberapa folder besar yang berisi kad jemputan kahwin, kotak bahulu, sampul duit raya dan kertas-kertas terpakai yang saya simpan sebab saya rasa cantik. Sayang nak buang! Bab-bab mengemas kertas, saya memang gagal! Setiap kali nak sort mesti tidak akan ke mana sebab akhirnya saya simpan semua semula.
Jadi, perlu campur tangan Bott di sini. Bott nampak folders kertas terpakai saya dan dia bagi ultimatum - do something with it atau dengan folder-folder sekali masuk kotak recycle! Katanya there's a very thin line yang membezakan antara saya dengan seorang hoarder! Huhuhuhu. Nampak tak kena guna kekerasan pada saya yang pantang tengok kertas cantik ni.
Menyahut cabaran Bott, saya pun duduk diam-diam dalam bilik kraf dan mula hasilkan sesuatu daripada kertas-kertas yang saya sayang sangat tu. Di bawah ini antara 'kejayaan' saya 😆
Katalog raya tahun 2018. Saya suka dengan warnanya yang rich, bunga-bunganya nampak meriah. Tekstur kertas keras pula tu.
Hasilnya....
Disebabkan tema bunga-bungaan ala-ala hutan tropika, saya buat kad bertemakan flamingo. Kad pula jenis bridge card. In shaa Allah, nanti saya tulis entri lain untuk cerita lebih lanjut tentang kad ini.
#2 Sampul Duit Raya
Kad mini ini tidak dapat dipastikan daripada sampul duit agensi/badan yang mana satu. Sampulnya dah koyak dan lunyai. Tetapi, saya tetap simpan bahagian yang bersisa sebab lukisan bunga tu cantik!
#3 Kad Raya Habib Jewels
Ini pula kad raya Habib Jewels. Usah ditanya tahun berapa tetapi yang masa ni Elfira Roy dah jadi salah seorang dutanya. Saya berkenan dengan corak geometri seakan-akan anyaman. Gabungan warna ungu dan merah jambu pun sangat sweet.
Hasilnya....
Penanda buku bermagnet (2 di sebelah kanan). Oh, ini satu lagi kegilaan saya buat masa ini. Buat penanda buku bermagnet banyak-banyak. Asal ada masa lapang atau time nak release stress, saya akan guna barang-barang kraf yang saya ada untuk buat magnetic bookmark dan hadiahkan pada orang yang suka membaca. Ada sebahagiannya saya jual dan hasil jualan disalurkan untuk good cause. Bukan main eksyen saya lagi berlagak depan Bott, konon dapat buat sesuatu yang bermanfaat menggunakan 'khazanah kraf'' saya 🤣🤣🤣
Rasa-rasa berjaya tak saya dengan misi 'selamatkan dan guna semula kertas terpakai' ni? Heheheh pada saat entri ini ditulis, ada beberapa lagi kad dan penanda buku yang saya dah buat menggunakan sampul duit dan kertas-kertas lain termasuklah kotak kek. Itu saya share kemudianlah ye.
Psstt! In shaa Allah, hujung minggu ni saya blogwalking dan balas komen.
alolo comel nya design akak semua. padahal recyle je kan ^^
BalasPadamKertas-kertas tu yang comel tak boleh bawa bincang, Nad :)
PadamCreativenya!
BalasPadamThanks, Puan Hazel :)
PadamWow..tapi akak hoarder pun at least tersimpan kemas. Tapi betul jugak cakap Bott. Dia takut mengundang lipas agaknya.
BalasPadamp/s: saya pun hoarder jugak pastu bila mengemas pura-pura terperanjat. Haha
Hahaha bab bila mengemas pura-pura terperanjat tu kelakar!
Padamnice gila koleksi yang ada
BalasPadamjom singgah www.hellokerja.com
Thanks so much :)
Padamuntungnya kreatif. kad raya dari habib tak pernah tak lawa. selalu simpan. nak bagi orang pun sayang. :)
BalasPadamBetul. Kad raya Habib memang cantik-cantik, kan? Akak paling excited kalau diorang bermurah hati bagi sampul raya sekali :)
PadamKalau kreatif memang banyaklah yang boleh dihasilkan.. Cantik2 pula tu..
BalasPadamHihihi tak adalah kreatif mana, Sha. Tapi, geram + sayang kalau buang benda-benda cantik ni
PadamLahai kalau tak kreatif bukan Farah la namanya..hehehe Cantik!
BalasPadamAlahai Mummy...biasa-biasa jelah. Dah benda tu memang sedia cantik hehehe
Padambagus juga aktiviti kemas mengemas ini..
BalasPadamotak boleh lapamg bila melihat keladaan yang kemas
Setuju. Baru nampak jelas semuanya :)
Padamorg kalau tangan berseni buat apa apa pun tetap menjadi ;-)
BalasPadamKihkihkih tak tengok benda yang tak jadi lagi...saya sendiri ngeri ;)
PadamBoleh jadikan projek penanda buku & give as giveaway 😊. Cantik-cantik koleksi kertasnya. Rugi juga kalau tak buat apa-apa hehe.
BalasPadamItulah...rugi kan kalau buang macam tu je :)
PadamCaantik semua. Bagi kertas kat saya. Hehe.
BalasPadamSalam perkenalan.