Selasa, Disember 24, 2019

Hitung Hari 2020 - Tak Sabarnya!

Assalamu'alaikum. Hi semua!
Lamanya saya tidak berblogging. Sibuk menguruskan urusan hakiki, tidak sempat langsung jengah blog. Bulan lepas, hanya mampu tulis satu entri sahaja. Alahai....teruk bebenar tahap sendunya! Ni baru nak aktif balik. Semangat berkobar-kobar sedikit sebab laptop saya sudah kembali ke pangkuan saya. Sebelum ini lama dia bermalam di kedai baiki komputer. Hanged, jammed...macam-macam masalah. Putus angin dibuatnya nak menulis entri blog.

Apapun, terima kasih pada rakan-rakan yang masih sudi datang melawat tower saya ini. Walaupun saya tiada, blog ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan dan komen-komen kalian. Saya amat hargainya.


So, bersedia nak sambut 2020? I am super excited! Tahun ini agak stressful buat saya dari pelbagai aspek. Macam-macam benda yang tidak dijangka berlaku namun berjaya buka mata saya untuk lihat banyak perkara melalui perspektif yang berbeza. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya kan?

Alhamdulillah, despite all that, I am back on my feet. Dua bulan ini saya bercuti, rehat puas-puas dan tidak usik langsung sebarang perkara yang dinamakan 'kerja'.Dua bulan ini jugalah saya banyak habiskan masa cuba perkara-perkara baharu. Nanti ada peluang saya kongsikan di sini. Kira badan dan minda dah fully charged. Bersedia untuk launch kehidupan yang lebih baik 2020 nanti. In shaa Allah.


Saya baru sahaja belek halaman-halaman akhir planner saya untuk tahun ini. Ada satu halaman ini,  sebelum kita wrap up 2019, kita kena senaraikan 5 ciri-ciri diri kita yang DAHULU (Past You) dan 5 ciri-ciri diri kita yang AKAN DATANG (Future You). Menarik kan? Well, something for us to ponder sebelum melangkah ke tahun baharu.


Saya belum isi apa-apa lagi. Nak duduk fikirlah kejap-kejap lagi. Till then. Jumpa lagi nanti. Selamat bercuti!





12 ulasan:

  1. Hmmmm....menarik ni. Saya nak kena fikir apa 5 dulu dan 5 skang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 kan? Okes past me - boooros+pesimis+introvert+ocd+maaalaaas nak senyum. Future me - nak menabung setinggi bukit+optimis+nak keluar 'kotak selamat'+kikis ocd+banyakkan senyuuuum :)
      Selamat menyambut 2020 Farrah!

      Padam
  2. selamat menghadapi tahun baru lembaran baru cerita baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Cikgu Etuza. Selamat tahun baru untuk cikgu dan keluarga juga.

      Padam
  3. few days lagi ke 2020 :)
    moga semuanya baik2 jer utk kita, negara, agama, bangsa... semuanya, kan.

    BalasPadam
  4. Sha list down all the thing yg tak sempat buat semasa 2019, carry forward to 2020. Turns out panjang pula listnya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe list carry forward memang takkan pernah habis ;)

      Padam
  5. Waalaikumussalam Kak Farah MF.

    Tq tau singgah ke blog Ruby yang tak seberapa tu. Hehehe.

    Tak yah dikenang dah yang sendu2 tu, buat comeback balik nanti 2020. Yeahh 💪

    Samalah Kak, macam² yang terjadi sepanjang tahun 2019 ni pada family kecil ruby.

    Apapun kena lihat dari sudut yang positif. Tiap aturan dan perancangan dari DIA lebih baik untuk kita, dan ada hikmah 💜

    Semoga tahun 2020 ni lebih baik untuk akak ya. Ruby doakan 😘

    BalasPadam
  6. Sehari je lagi, 2020 dah makin dekat.. sekolah pun dah nak mula..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.