Saya sentiasa cari cara untuk manfaatkan sebaiknya material kraf yang ada dalam stok saya. Yalah, asyik beli beli dan beli... nampak cantik beli... berkenan beli.... Kadang-kadang barang seperti kertas, kad, hiasan kraf, pelekat dan macam-macam lagi menimbun begitu sahaja tanpa dibuat apa-apa. Rugi je kan?
Jadi, setiap kali saya berkesempatan luangkan masa di bilik kraf, saya akan pastikan saya hasilkan sesuatu menggunakan barang dan peralatan kraf yang saya ada. Siap buat larangan pada diri sendiri buat kesekian kalinya, selagi barang-barang yang ada tidak digunakan, tak boleh beli craft supply yang baharu.
Selain daripada merealisasikan 'cabaran upcycle' Bott (cerita lanjut di sini), sekarang saya kerap buat penanda buku bermagnet menggunakan kertas-kertas skrap yang saya ada. I loveeee bookmarks! Suka sangat-sangat. Saya memang ada banyak penanda buku. Setiap kali nak baca buku baharu mesti akan belek koleksi penanda buku saya, pilih mana satu yang hendak diguna.
Saya juga gunakan penanda buku bermagnet untuk tanda halaman-halaman penting pada planner saya. Senang nak selak dan disebabkan cirinya yang bermagnet, penanda halaman tidak akan mudah terlucut. Selain untuk kegunaan sendiri, penanda-penanda buku ini juga saya beri pada rakan atau kenalan yang gemar membaca. Selebihnya, dijual dan hasil jualan goes to charity.
Di bawah ini antara penanda-penanda buku bermagnet yang saya buat.
Simple words tetapi mendalam maksudnya, kan? Penanda buku ini saya beri sebagai hadiah percuma kepada pembeli buku preloved saya di Carousell.
More bookmarks with inspiring words. Sesuai dijadikan sebagai gift set istimewa buat si ulat buku :)
Travel theme...sebab apabila kita baca buku, kita kind of mengembara juga kan?
Sebelum ini, saya sudah kongsi cara-cara membuat penanda buku bermagnet sebegini. Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak pun dan mudah dicari. Lihat tutorialnya di sini. Nanti kalau ada pelekat, kertas atau gambar cantik, bolehlah cuba buat penanda buku bermagnet ini.
WHOAAAAAAA LAWA LAWANYAAAAA bookmarks semuaa! Rasa nak curi satu je kihkihhh.
BalasPadamBagusnyaaa tips & cara nii. Tenkiuu for sharing kak! :D
You are most welcome. Nanti boleh cuba buat, beri pada rakan-rakan blogger :)
Padammenarik!
BalasPadamhai farrah. lama aida x jejak sini :)
Hai, Aida. Apa khabar? Terima kasih sudi berkunjung ke mari :)
PadamCantik sangat penanda buku 😍. Suka sangat semuanyaaaa. Nanti kalau giveaway hadiah ni nak sangat join 😉
BalasPadamTerima kasih, Sha. Sha pun boleh cuba buat ni. Mudah je.
Padamcantik!!! bersinar mata sy tgok.. haha
BalasPadamEzy cakap bersinar mata terus akak terbayang mata bulat besar bercahaya anime tu :D
PadamCantik-cantik dan mengancam penanda buku ini..
BalasPadamMengancam tu... :) :) :)
Padamulat2 buku suka ni.. depa rajin membaca =)
BalasPadamMemang sesuai untuk ulat-ulat buku kan...
Padam