Singgang Daging Budu

Khamis, Disember 26, 2019

Sebelum kalian teruskan bacaan, ini entri peram ya. Sudah lama tersimpan dalam bahagian draf. Baru sekarang jadi entri. 😉 

Singgang daging ini dah lama dah saya buat. Pembetulan. Bott yang buat. Kalau bab singgang daging, ini memang kepakaran Bott. Saya pakar bab makan dan habiskan je. 

Sebenarnya, daging lembu bukanlah protein pilihan utama dalam menu di rumah. Kami jarang masak lauk daging. Raya haji beberapa bulan lepas, alhamdulillah banyak pula rezeki dapat daging segar. Jadi, macam-macam menu daging yang disediakan.


Antara yang paling dapat sambutan hingga licin periuk ialah singgang daging budu. Beginilah rupanya. Sedap dinikmati panas-panas. Rasa daging yang bergabung dengan masin budu memang sangat awesome!



Tidak perlu lauk lain dah. Makan dengan daun salad dan petai jeruk. Kebetulan pada masa ini saya baru buat beberapa balang petai jeruk. Fuhhhhh! Kalau ikut nafsu, memang boleh berpinggan-pinggan tambah nasi!

Sesiapa yang belum pernah cuba singgang daging budu, bolehlah cuba buat versi Bott ini. Saya pernah tulis resepinya sebelum ini.


20 ulasan

  1. best ni masak singgang, tapi saya tak suka budu. Bolehlah saya tiru resipi ni tapi tak yah letak budu. hehe

    BalasPadam
  2. selalunya ni resepi orang kelantan ni..hehe
    sisyat suka singgang ni..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Selamat mencuba, kak. Nanti share ye suka ke tidak :)

      Padam
  4. Alamakkkk. Terliur Ruby tengok lauk ni, Farah MF.

    Ruby pun suka woihhh 😭😋

    Hirup kuah singgang tu panas². Fuhh nikmat yooo 🤣

    Makan dengan petai jeruk. Budu pulok. Huk aloh, tak cukup sepinggan deh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh! Memang sedap hirup kuah singgang panas-panas! Tak pandang kiri kanan dah :)

      Padam
  5. aduhhhh sedap nya ni. kalau kak, harus bertambah2 nasik. adoi. haha

    BalasPadam
  6. perghhh malam2 bukak entry makanan ni lapar lah pulakkk sedappnyaa..mesti tambah nasi ni

    BalasPadam
  7. wahh sedap kuah sup singgang nih., ;p

    BalasPadam
  8. Wah.. singgang budu.. Tak pernah rasa lagi..

    BalasPadam
  9. kalo tok masak singgang time p rumah dia..
    dia mmg kena ready lauk lain hahaha.. cucu dia reject singgang =P

    BalasPadam
  10. okay im hungry now.

    hi! Iolls singgah and follow sini. #643

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Ray. Akak dah follow Ray dah sebelum ni, cuma sorry tak sempat nak blogwalking sangat.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.