One man's trash,..

Rabu, Julai 11, 2018


...is another man's treasure!

One man's trash is another man's treasure. Haaa, pernah dengar tak? Samalah juga macam one man's meat is another man's poison. Maknanya kalau sesuatu itu dianggap sebagai sampah atau tidak berharga bagi seseorang, mungkin ada individu lain bertanggapan sebaliknya (yang menganggap benda tu bernilai). Jika sesuatu jadi kesukaan seseorang, mungkin jadi kebencian (racun) buat orang lain. Yelah, cita rasa kita kan berbeza-beza.

Saja je nak kongsi dua english expressions di atas. Tengah kemas botol-botol terpakai sebenarnya. Saya rajin kitar semula tetapi botol-botol plastik lazimnya saya asingkan dan beri pada orang lain. Jika nak dihimpun semuanya di rumah, makan ruang. Kalau kertas dan kotak lebih mudah untuk kita stack berbanding botol-botol plastik.

Apa yang saya lakukan ialah saya kumpul botol-botol di dalam bakul. Penuh je bakul, Bott akan masukkan kesemuanya ke dalam plastik hitam dan letak di tepi tong sampah. Tak campur dengan sampah lain tau. Satu plastik hitam tu memang botol-botol sahaja. Di kawasan rumah saya, selalu ada orang yang kumpul botol-botol ni untuk dijual. Pekerja lori sampah pun rajin asingkan. Jadi, tidak perlulah mereka selongkar sampah semata-mata nak keluarkan botol. Satu plastik tu memang boleh terus diangkut tanpa ragu. 

Tidakpun, buat seperti Bott. Kadang-kadang, botol-botol ni dia masukkan dalam bonet kereta. Nanti, apabila terserempak dengan orang yang tengah cari barang-barang untuk recycle di tong-tong sampah besar, dia akan turun kereta dan beri pada mereka. Tak sampai hati tengok mereka tertonggeng-tonggeng dekat tong sampah. Ada yang warga tua, ada yang kudung dan hidup gelandangan. Bila dapat satu plastik besar, punyalah bercahaya muka! Tak dapat tolong banyak, tolong buat mereka senyum lebar pun OK kan?

Jom kita kitar semula. Pilihlah mana-mana cara yang convenient. Janji, kita cuba uruskan sampah-sarap kita dengan bijak. Mana boleh recycle, kita recycle. Budaya ni kena perlahan-lahan terap dalam diri. 

Bukan itu sahaja, kalau tak kitar semula, kita boleh guna semula. Sekarang dah ada banyak idea untuk buat DIY menggunakan bahan terpakai atau terbuang. Jimat pun jimat! Tandus idea? Cari je kat Pinterest. Macam-macam ada!


Intai idea DIY bahan terpakai di bawah:


Ingin mulakan gaya hidup hijau dan kurangkan penggunaan plastik? Baca artikel saya di bawah:



Let's Go Green!





Bagi yang suka baca novel online, baca Lelaki Langit Bumi (LLB) (klik pada banner di atas) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab Lelaki Langit Bumi (LLB). Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dan menjadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak.

#lelakilangitbumi #NovelLLB #girangfashali

19 ulasan

  1. idea yg bagus..mesti gembira mereka yg berkenaan..

    BalasPadam
  2. rajinnya kumpul2 plastik. kalau nina tak rajin. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikutkan memang tak rajin, Nina. Tapi sekarang dah terbiasa. Plastik je campak dalam stor.

      Padam
  3. I suka juga kumpul dan jual kotak and kertas. Botol memang cukup satu guni bagi kat orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Botol2 ni makan ruang kan,..susah nak kumpul lama2 kat rumah.

      Padam
  4. botol2 plastik terpakai ni buleh dijadikan kraftangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, cikgu. Banyak kraf yang kita boleh hasilkan.

      Padam
  5. kak farah, jom join ga.. wawa ada tag akak..:)

    BalasPadam
  6. samalah macam rumah saya. nak hantar ke pusat kitar semula malas, so asingkan saja dan letak di tepi tong sampah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu pun dah ok kan,...kadang2 nak ke pusat kitar semula jauh bebenor. Eh, Dal udah muncul! Hehehe been missing you!

      Padam
  7. sy buat pengasingan plastik.. at the end org lain g cmpr dgn sampah lain grrrr menyirap dibuatnya!

    BalasPadam
  8. Selalu sha guna semula mana yang boleh guna.. Takpun asingkan dan letak je dekat tong sampah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.