Sabtu, Disember 27, 2014

DIY - Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur

Hujung tahun ni kan sana-sini ada kenduri. Sure dapat banyak doorgifts dan bunga telur kan?! Haa,..containers tu jangan buang begitu sahaja. Ada yang boleh diguna semula. Cuba tengok gambar di bawah ni. Saya ada beberapa bekas bunga telur yang cantik design dan warnanya. Kita nak transform bekas-bekas ni jadi pelita comel.


Apa yang diperlukan hanyalah 'tea candles'. Tidak kiralah apa jenis, yang ada pewangi atau tidak. Even yang plain dan putih biasa tu pun OK. Kebetulan, saya memang ada tea candle bau epal ni. Ngam-ngam je saiznya muat dalam bekas-bekas tu. Masukkan tea candle ke dalam setiap bekas. Nyalakan.

Walllllahhhhhhhhh!
Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur
Cantik tak? Efek cahaya yang indah akan terbentuk mengikut corak atau reka bentuk bekas. Bolehlah dijadikan sebagai penyeri di taman anda. Tak pun, sesuai juga untuk hiasan meja time nak buat candle light dinner. Romantik sikit =)

Di rumah saya ni ada 2 orang yang achluophobia (takut/fobia dengan gelap). Kalau tiba-tiba tak ada elektrik, spontan dua-dua kejung jadi batu. Saya je macam murai tercabut ekor, masih nak berborak bercerita. Jadi, pelita-pelita comel ini khusus untuk mereka. Sekurang-kurangnya, efek lampu yang cantik ni bolehlah tenangkan sedikit rasa takut gelap tu (I really hope so.)

Mudah kan? Selamat Mencuba!


31 ulasan:

  1. memang kalau dapat terus campak. mak jenis yang tak berkenan nak simpan simpan. lepas makan isinya konpem kena buang hahaha.. tapi ini sangat cantik ^^ Kak Farrah memang ada aja ideanya kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus prinsip mak CT tu,...mmg tak patut simpan2. Nanti jafi hoarders. Jenuh nak kemas :) hihihi akak ni sebab kebetulan bekas tu cantikkkk...lilin pulak mmg dah ada :)

      Padam
  2. Wahh cantekk.. nice idea.. boleh cuba nieee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila...lagi cantik corak bekas tu, lagi menarik efek cahayanya.

      Padam
  3. Cantik.... romantik sangat... sesuai untuk candle light dinner.. hehe..

    kalau time tak dak current, guna yang ini, tak payah ada current pun tak pe.. omey angat ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulllll. Ada pelita camni,..feeling2 seorang sambil dok berehat pun ok gak :)

      Padam
  4. comei2...kat rumah byk ja bekas ni..simpan lgi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,...boleh buat dah,..cari tea candles ye..

      Padam
  5. tengah mencuba DIY baru nih. kalau menjadi inshaa Allah akan share kat blog nanti..heheh

    BalasPadam
  6. Comel pelita tu.
    Hehe..sape 2 orang tu?
    Cekengah & Cekebon ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha cekebon & someone else yg segan kena mention dlm blog ni ;)

      Padam
  7. cantiknyaaa. heeee. memang kreatif :)

    BalasPadam
  8. wah,menarik. tapi sekarang dok pi kenduri jarang dah dapat bekas bunga telur camni. banyak dapat sweets ja. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kalau nak buat juga Cik Fafa boleh guna balang kaca,..hiaskan balang tu biar bercorak :)

      Padam
  9. betul tu kak,dah jarang bagi bekas macm ni.. huhu.. saya jenis tak suka simpan benda2 mcm ni, sbb takut nanti makan ruang..yg lilin sya akan simpan la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..kalau simpan buat semak je,...baiklah dibuang :)

      Padam
  10. cantik sgt!!!! kreatif betul dak Farrah sorang ni

    BalasPadam
  11. cantik menarik dan kreatifnya akak..bagus betul idea ni..bleh buat nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa nanti rajin2 boleh cuba buat. Tak semestinya bekas telur, jar jernih yang orang buat isi kek tu ke,..gelas panjang ke...tapi kena hiaslah bahagian yang jernih tu supaya bercorak.

      Padam
  12. tips yang menarik... jimat guna masa raya nanti... hahhahahahah a

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi boleh susun cantik-cantik kat beranda, Cik Ash :)

      Padam
  13. cantikk laa.. bekas telur antik.. :)

    BalasPadam
  14. ala, cantiknya..tpi mmg sampai ke sudah xboleh buat kt umah ni..bhya, byk tucen2 yg mnyibuk..kang terbako umah..hehe..

    BalasPadam
  15. Kt umah ayu byk btl lilin2 ni... suke beli tp xpenh pon nk bakar... heheheh bt hiasan je..

    BalasPadam
  16. Pasni boleh la org kawen tmbh lilin dlm goodies bag dorg. Hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.