Persiapan Menyambut Ramadhan - Menu Planner untuk Ramadhan

Isnin, Jun 23, 2014

Beberapa hari je lagi kita nak sambut ketibaan Ramadhan. Saya pasti dalam kepala ibu-ibu dan isteri-isteri sudah mula berfikir macam-macam. Nak masak apa untuk berbuka puasa? Sahur nanti lauk apa? Biskut raya apa nak cuba buat tahun ni? Bawa bertenang. Jangan berselirat sangat otak tu. Nanti stress! 

Gunakan 'menu planner' di bawah ini untuk rancang lebih awal apa yang hendak dimasak. Ambil masa (disarankan pada hujung minggu/bila free) untuk duduk sekejap dan 'plan ahead' juadah-juadah yang akan disediakan dalam minggu seterusnya. Kemudian, senaraikan terus bahan-bahan yang diperlukan supaya bila pergi shopping barang dapur, kita tahu apa yang nak kena beli :)

Jadi, sepanjang minggu tu kita dah relaks. Dah tahu nak masak apa. Bahan-bahan semua dah ready. Teratur sikit perjalanan Ramadhan kita. Nak buat lebih exciting, letakkan 'Menu Planner' ini di peti sejuk/ notice board keluarga. Biar setiap isi rumah teruja tengok menu yang bakal dihidangkan sepanjang minggu terutamanya si kecil. Apatah lagi kalau makanan kegemaran mereka tersenarai sebagai sajian berbuka puasa hari itu.



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan!


8 ulasan

  1. mcm kami ni kak time weekend je masak kot kak. Hari kerja menu bazar. huhuhuhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe,...menu 'tunjuk-tunjuk' lagi senang. penat2 keje, tak payah stress nak masak :)

      Padam
  2. Haha..siap ada planner lagi. Nasib saya bujang lagi. Hari dok berbuka kat masjid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah,.. senang cerita kan,.. Akak ni kena pakai planner,.. kalau tak 'berlipat-lipat' kepala pikir nak masak apa!

      Padam
  3. Assalam...

    Wah..menarik..siap ada menu planner lagi....sama la juga...saya pun rasanya menu tunjuk je...tk larat nk masak time sarat mcm ni....weekend maybe boleh la kot...time bekerja mmg agak rushing berkejar ke sana ke mari...harap penuh la boleh puasa thn ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Nozi jaga kesihatan dan baby baik-baik ye :) Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ni lebih bermakna buat Nozi & famili :)

      Padam
  4. Jangan sampai membazir di bazar Ramadhan:)

    BalasPadam
  5. Meati masakan lain2 tiap hari lepas ni...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.