Assalamu'alaikum. Apa khabar semua?
Hari ini kita cerita sedikit tentang meja kerja. Tidak kira sama ada meja kerja di ruangan pejabat ataupun meja kerja yang kalian adakan sendiri di rumah. Maklumlah, semenjak kita dilanda pandemik Covid-19 ini, belajar dan bekerja dari rumah merupakan antara norma baharu yang perlu diterapkan dalam aspek kehidupan harian kita.
Saya sendiri, walaupun selama ini boleh dianggap bekerja dari rumah (sebab kelas tuisyen saya sepelaung sahaja jaraknya dari kediaman), tidak terfikir sama sekali yang saya kena cipta ruang khusus untuk meja kerja saya di rumah. Selama ini, meja kraf saya itulah yang dianggap sebagai meja kerja.
Tetapi, apabila saya mula kelas secara atas talian, mulalah kelam-kabut siapkan meja kerja sendiri. Yang lapang (bebas dari gunting, gam dan cebisan-cebisan kertas 😅) ada komputer riba, kamera, layar putih dan banyak lagi untuk pastikan kelas atas talian saya berjalan lancar. Jenuh juga saya kena sediakan itu ini.
Satu perkara penting apabila hendak menyusun atur meja kerja, saya kena pastikan persekitaran saya tersusun dan dapat dorong saya untuk bekerja dengan lebih produktif. Bagaimana? Itulah yang saya kongsikan dalam artikel terbaharu saya di Thread by Zalora. Artikel pertama saya di sana untuk tahun ini ditulis dalam bahasa Melayu dan telah diterbitkan pada 18 Februari 2021. Tahun ini, Thread by Zalora akan ada lebih banyak kandungan dalam bahasa Melayu.
Sewaktu sibuk menyediakan meja kerja, bagi saya apa yang paling penting ialah keselesaan. Lagi-lagi kelas saya sekarang kebanyakannya one-to-one dan back-to-back. Boleh leper punggung dibuatnya setelah duduk untuk jangka masa yang lama! 😄
Meskipun terdapat pelbagai idea menarik menyusun meja kerja atau bilik pejabat di luar sana yang boleh dijadikan sumber inspirasi, satu soalan penting yang perlu kita tanya pada diri ialah adakah cara berkenaan sesuai untuk kita? Mungkin penataan ruang dan susun atur meja kerja yang kita lihat sebagai Wowww! Gempak! di Pinterest tidak kena langsung dengan cara kita. Sudahnya, flow kerja kita terganggu!
Ada beberapa tips mudah yang saya anggap berkesan, praktikal untuk saya. Misalnya cara mengemas alat tulis dan peralatan pejabat, mengenal pasti kebiasaan diri dalam melakukan tugasan sehinggalah meletakkan sesuatu yang bersifat personal atau peribadi untuk menghidupkan ruang kerja kita.
Do check this out. Mana tahu ada sesuatu yang sesuai untuk kalian praktikkan. Happy reading and don't forget to send me some 💝💝💝.
Cara Menyusun Meja Kerja Anda untuk Persekitaran yang Lebih Produktif
Cantik workspace tema putih tambah natural light masuk. Terang dan banyak idea dapat tu.
BalasPadamYes, I love natural light! Baru semangat sikit nak buat kerja.
PadamCantik dan kemas. Nampak berangin dan lapang.
BalasPadamBest kan kalau dapat ruang bekerja yang lapang...
Padamkalau workspace kemas dan selelsa, besttt buat kerja
BalasPadamCuba kalau sempit sesak, confirm hati berdongkol je :)
Padamworkspace putih memang cun lah !
BalasPadamTenang dan damai je
PadamTenang dan damai je
Padamcantik. nak buat keje pon tenang. xde serabut2 kann :)
BalasPadamTenang tenang ni...idea lancar je mengalir.
Padambetul kak. xde laaa stress xD
PadamCantik dan tersusun. Tenang.. Duk lama pun tak pe..
BalasPadamBetul, duduk lama pun tak pe :)
Padamzalora pun ada byk2 idea utk dipilih.. semua cantik!
BalasPadamBetul, kat zalora pun macam2 pilihan ada 😊
PadamLama tak baca tulisan kak Farrah di Zalora. Bestnya ada workplace sendiri. Saya tumpang ruang tamu je tapi saya tetap deko sikit supaya hepi bila buat keje
BalasPadamYes, that’s the spirit! Ruang mana pun, luas atau sempit... janji kita rasa selesa dan gembira untuk buat kerja.
PadamBetul kadang cara susunan pun menaikkan mood
BalasPadamKan... baru semangat nak buat kerja.
Padampastikn jg bebas drpd sebrg bunyi-bunyian😊
BalasPadamSemestinya, banyak sangat bunyi-bunyian yang tidak perlu boleh buat hilang fokus 🤪
PadamCantik tema putih dengan hiasan kuning ini.. tenang..
BalasPadamSetuju, putih memang boleh mengundang tenang 😊
Padam