Assalamu’alaikum.
Kelmarin, saya ada temujanji di klinik pakar mata. Positif je cakap kat Bott, musim-musim Covid ni rasanya tak ramai orang.
Sesampai je di Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh, muka saya macam dah kemek tengok orang yang beratur menunggu di luar. Tak boleh nyanyi lagu Zarul Umbrella macam ni. Ramalanku tidak benar belaka! Ya Allah, ramainya umat manusia! Baru je nak cari telefon untuk call si Bott, dia dah call terlebih dahulu. Dengan jelas dia hantar warning - Jangan terfikir nak lari balik! Saya dah penat pusing-pusing cari parking nih!
Bila dah boleh masuk pula, punyalah congested dengan patients kat dalam klinik. Penjarakan sosial dah tak ada jarak dah. Kerusi untuk duduk pun tiada. Jika ada sekalipun, tak sampai hati saya hendak bersenang-lenang duduk apabila ada aunty atau uncle yang lebih berusia turut sama berdiri.
Akhirnya, setelah satu jam dua puluh minit berdiri, goyang-goyang, pusing kiri pusing kanan, luruskan pinggang, saya dapat masuk jumpa doktor. Tujuh minit dalam bilik doktor dah selesai. Mujurlah selepas itu, saya tidak perlu ambil sebarang ubat. Jika tidak, kena beratur di farmasi pula.
Masa ni, saya rasa saya dah drained out dah. Keluar hospital dengan sunglasses besar persis primadona pencen sebab tadi kena pakai ubat titis untuk dilate mata, so urat mata akan jadi kembang, alah kepada cahaya. Masuk je kereta, terus saya cakap dekat Bott, bawa saya pergi beli makanan. I'm famished. I can eat a horse! Dah tak fikir apa dah! I need to recharge! Recharge! Kalau saya ultraman, rasanya dah berbunyi-bunyi siren merah di dada.
Kami pun pergilah ke deretan gerai makanan depan KFC di Bandar Baru Sg. Buloh. Kat situ ada banyak pilihan untuk isi perut. Bott beli nasi kandar untuk dia. Untuk saya ...
betul kadang2 muka tu nampak penat tp boleh layan pesakit2 lg.. nasi kerabu mengancam
BalasPadamRasa pun mengancam, dik! Alamak, andai akak buat bakal ibu yang seorang ini teringin, maaf ya.
Padamhahaha.. tak kempunan teruk sgt. no worries akak
PadamAlhamdulillah. Mujurlah. Kang tak pasal2 your encik suami kena round cari nasi kerabu pula. Jaga diri baik-baik ye, Nina 😘
Padamayah ana pun bakal pegi appointment pakar mata (30 mac nanti).. respect sungguh pada nurse doktor yg masih mampu tersenyum & melayan baik beratus pesakit dlm satu hari kan..
BalasPadamalamak nasi kerabu! favorito nih! kalau ana suka lauk ayam bakar dgn solok lada wahhhhhh meleleh air lior hahaha
Kagum kan... moga urusan ayah ana hujung Mac nanti dipermudah Allah dan berjalan lancar. Jangan lupa makan kenyang-kenyang siap-siap dari rumah hahaha
Padamserious, me too kagum kalau tgk semua front liners still senyum and ckp elok2..
BalasPadamMemang boleh tabik spring pada mereka :)
PadamSuka nasi kerabu dengan solok lada, telur masin.
BalasPadamBelum pernah makan nasi kerabu dengan ayam percik. Selalu ikan goreng atau daging bakar.
Hehe tengok gambar baru ingat lama tidak makan nasi kerabu.
Solok lada dan telur masin memang kombo terbaik untuk nasi kerabu kan... apa lagi, NA. Dah lama tak makan tu, bolehlah ber-nasi kerabu :)
Padamuish teringin la pula nasi kerabu :)
BalasPadamJom cari nasi kerabu!
Padamtime giniii memang kat klinik ramai orang jaaa. beratur kat luar pulak tuu.. kene sabar banyak2 jaaa. hehe
BalasPadamuishhhh sedap tuuu kak nasi kerabu xD
Huhuhu memang kena didik sabar menunggu.
PadamApa lagi, Nad. Jomlah nasi kerabu!
iyaaaa kesabaran diperlukan tuk saat ini.hehe
Padamkene tunggu hari sabtu baru boleh pekena nasi kerabu kak.haha
Nasi kerabu suka makan dengan daging bakar dan solok lada. Mencabar jugak beratur lama-lama demi nak jumpa doktor. Lagi mencabar jadi doktor dan nurse yang melayan pesakit. Patut tangkap gambar perimadona pencen tu tayang kat sini. Hehe
BalasPadamHahaha gambar primadona pencen tak boleh tayang sini. Nanti yang tengok boleh murung, silap-silap nak pencen berjemaah pulak!
PadamIngatkan musim COVID-19 ni tak ramai orang kan. Sekali pergi memang tersalah ramalan. Bertabahlah menunggu. Syukur dapat makanan sedap lepas tu :)
BalasPadamItulah. Jangkaan meleset betul! Mujur terubat dengan makanan sedap lepas tu 😊
Padammungkin ramai jg yg fikir begitu. time covid x ramai padahal....
BalasPadamfav sy nasi kerabu mesti daging bakar. ada org jual dktt rumah lama dulu. tp dia menjual on off. atau kdg sy singgah baru nk nyalakan api... sedih betul... kempunan kejap...
Ok, lepas ni kalau jumpa kita gi cari nasi kerabu daging bakar yang best!
PadamTak reti sangat makan nasi kerabu walaupun orang kelantan. Baru je belajar makan 2 tahun lepas. So far baru 4 kali makan.
BalasPadamnasi kerabu best pair dengan daging bakar n telur masin..
Oh, Naniey asal Kelantan rupanya. Nasi dagang suka tak? 😊
Padamnasi kerabu ayam percik fav...
BalasPadamMemang best kan....
PadamSedapnya ada sambal petai lagi..
BalasPadamKalau Sha suka nasi kerabu lauk daging dan wajib ada telur masin serta solok lada..
Solok lada tu yang win kan...
Padam