Rabu, Februari 24, 2021

Temujanji Mata | Nasi Kerabu Sedap

Assalamu’alaikum.

Kelmarin, saya ada temujanji di klinik pakar mata. Positif je cakap kat Bott, musim-musim Covid ni rasanya tak ramai orang.

Sesampai je di Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh, muka saya macam dah kemek tengok orang yang beratur menunggu di luar. Tak boleh nyanyi lagu Zarul Umbrella macam ni. Ramalanku tidak benar belaka! Ya Allah, ramainya umat manusia! Baru je nak cari telefon untuk call si Bott, dia dah call terlebih dahulu. Dengan jelas dia hantar warning - Jangan terfikir nak lari balik! Saya dah penat pusing-pusing cari parking nih!

Tak proper ambil gambar kat hospital, tunjuk gambar kad appointment je lah 😊

Aisey ... belum sempat apa-apa dia dah baca fikiran saya dulu! Baru nak pakai alasan lapar pagi tadi makan sikit je. Percubaan untuk kabur tidak berjaya! Hahaha! Makanya, bersidailah saya di hadapan klinik pakar tu dalam lebih kurang empat puluh minit. Sepatutnya temujanji pukul sepuluh, tetapi pukul 10. 30 pun masih belum dipanggil untuk daftar, apa lagi masuk ke klinik oftalmologi. 

Bila dah boleh masuk pula, punyalah congested dengan patients kat dalam klinik. Penjarakan sosial dah tak ada jarak dah. Kerusi untuk duduk pun tiada. Jika ada sekalipun, tak sampai hati saya hendak bersenang-lenang duduk apabila ada aunty atau uncle yang lebih berusia turut sama berdiri.

Akhirnya, setelah satu jam dua puluh minit berdiri, goyang-goyang, pusing kiri pusing kanan, luruskan pinggang, saya dapat masuk jumpa doktor. Tujuh minit dalam bilik doktor dah selesai. Mujurlah selepas itu, saya tidak perlu ambil sebarang ubat. Jika tidak, kena beratur di farmasi pula.

Masa ni, saya rasa saya dah drained out dah. Keluar hospital dengan sunglasses besar persis primadona pencen sebab tadi kena pakai ubat titis untuk dilate mata, so urat mata akan jadi  kembang, alah kepada cahaya. Masuk je kereta, terus saya cakap dekat Bott, bawa saya pergi beli makanan. I'm famished. I can eat a horse! Dah tak fikir apa dah! I need to recharge! Recharge! Kalau saya ultraman, rasanya dah berbunyi-bunyi siren merah di dada. 

Kami pun pergilah ke deretan gerai makanan depan KFC di Bandar Baru Sg. Buloh. Kat situ ada banyak pilihan untuk isi perut. Bott beli nasi kandar untuk dia. Untuk saya ...

Nasi kerabu, ayam percik dan petai tempoyak ikan bilis.


Nasi kerabu dan lauk ayam percik ni memang sedap. Jadi berpuluh-puluh kali lebih sedap sebab saya memang lapar dan kepenatan. Nak dijadikan cerita, ada pula petai tempoyak ikan bilis, salah  satu hadiah birthday saya tahun ini. Memang makan tak ingat apa dah! Dalam pada tu, sempat lagi fikir, ini kalau ada jeruk bawang putih dan solok lada lagi terangkat ni. 

Alhamdulillah, kembali bertenaga! Betul-betul nikmat rasa setiap suapan. 

Penat betul trip ke hospital kali ini. Jujur, kagum saya tengok para doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang masih mampu tersenyum, cakap elok-elok, melayan setiap pesakit dengan baik kendatipun terdapat segelintir patients yang tidak semenggah perangainya. Saya terdengar perbualan antara mereka - untuk pagi itu sahaja, ada 100+ pesakit yang perlu berjumpa doktor untuk temujanji mata.

Berbalik ke nasi kerabu, kalau makan hidangan pantai timur ini, kalian suka lawan dengan lauk apa? Daging bakar? Telur masin? Solok lada? Tinggal komen kat bawah ya.

Semoga hari kalian menyenangkan! Jumpa lagi!



27 ulasan:

  1. betul kadang2 muka tu nampak penat tp boleh layan pesakit2 lg.. nasi kerabu mengancam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa pun mengancam, dik! Alamak, andai akak buat bakal ibu yang seorang ini teringin, maaf ya.

      Padam
    2. hahaha.. tak kempunan teruk sgt. no worries akak

      Padam
    3. Alhamdulillah. Mujurlah. Kang tak pasal2 your encik suami kena round cari nasi kerabu pula. Jaga diri baik-baik ye, Nina 😘

      Padam
  2. ayah ana pun bakal pegi appointment pakar mata (30 mac nanti).. respect sungguh pada nurse doktor yg masih mampu tersenyum & melayan baik beratus pesakit dlm satu hari kan..


    alamak nasi kerabu! favorito nih! kalau ana suka lauk ayam bakar dgn solok lada wahhhhhh meleleh air lior hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kagum kan... moga urusan ayah ana hujung Mac nanti dipermudah Allah dan berjalan lancar. Jangan lupa makan kenyang-kenyang siap-siap dari rumah hahaha

      Padam
  3. serious, me too kagum kalau tgk semua front liners still senyum and ckp elok2..

    BalasPadam
  4. Suka nasi kerabu dengan solok lada, telur masin.
    Belum pernah makan nasi kerabu dengan ayam percik. Selalu ikan goreng atau daging bakar.
    Hehe tengok gambar baru ingat lama tidak makan nasi kerabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Solok lada dan telur masin memang kombo terbaik untuk nasi kerabu kan... apa lagi, NA. Dah lama tak makan tu, bolehlah ber-nasi kerabu :)

      Padam
  5. time giniii memang kat klinik ramai orang jaaa. beratur kat luar pulak tuu.. kene sabar banyak2 jaaa. hehe

    uishhhh sedap tuuu kak nasi kerabu xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu memang kena didik sabar menunggu.
      Apa lagi, Nad. Jomlah nasi kerabu!

      Padam
    2. iyaaaa kesabaran diperlukan tuk saat ini.hehe

      kene tunggu hari sabtu baru boleh pekena nasi kerabu kak.haha

      Padam
  6. Nasi kerabu suka makan dengan daging bakar dan solok lada. Mencabar jugak beratur lama-lama demi nak jumpa doktor. Lagi mencabar jadi doktor dan nurse yang melayan pesakit. Patut tangkap gambar perimadona pencen tu tayang kat sini. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha gambar primadona pencen tak boleh tayang sini. Nanti yang tengok boleh murung, silap-silap nak pencen berjemaah pulak!

      Padam
  7. Ingatkan musim COVID-19 ni tak ramai orang kan. Sekali pergi memang tersalah ramalan. Bertabahlah menunggu. Syukur dapat makanan sedap lepas tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Jangkaan meleset betul! Mujur terubat dengan makanan sedap lepas tu 😊

      Padam
  8. mungkin ramai jg yg fikir begitu. time covid x ramai padahal....

    fav sy nasi kerabu mesti daging bakar. ada org jual dktt rumah lama dulu. tp dia menjual on off. atau kdg sy singgah baru nk nyalakan api... sedih betul... kempunan kejap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, lepas ni kalau jumpa kita gi cari nasi kerabu daging bakar yang best!

      Padam
  9. Tak reti sangat makan nasi kerabu walaupun orang kelantan. Baru je belajar makan 2 tahun lepas. So far baru 4 kali makan.

    nasi kerabu best pair dengan daging bakar n telur masin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Naniey asal Kelantan rupanya. Nasi dagang suka tak? 😊

      Padam
  10. Sedapnya ada sambal petai lagi..
    Kalau Sha suka nasi kerabu lauk daging dan wajib ada telur masin serta solok lada..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.