Rabu, Julai 12, 2023

Wordless Wednesday - Ifrit

 

Ifrit - Final Fantasy XVI


Muffin Coklat Tanpa Telur

Assalamualaikum. Resepi yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah resepi mufin coklat yang tidak menggunakan telur. Ini memang antara resepi kegemaran saya. Sedap, lembut dan gebu … semua cukuplah!

Muffin coklat yummy yummm 😋 

Resepi Mufin Coklat Tanpa Guna Telur

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh serbuk soda bicarbonate
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 2 sudu teh Nescafe atau sebarang jenama lain serbuk kopi segera (instant coffee powder). Kopi ini yang akan menyerlahkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam mufin.
  • Secubit garam

Bahan B

  • 1 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan susu. Boleh guna susu cair, susu penuh krim atau susu segar. Terserah pilihan.
  • 1 cawan minyak masak
  • 3 biji telur gred A

Bahan C

  • 3/4 cawan air panas


Bahan D (Optional)

  • Coklat cip
  • Hirisan badam atau kacang walnut 


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Ayak Bahan A kecuali Nescafe dan garam. Satukan kesemuanya di dalam sebuah mangkuk / mixing bowl besar. Campurkan semua bahan B di dalam mangkuk yang lain.
  2. Seterusnya, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk yang mengandungi Bahan A tadi dan kacau sehingga semua bahan rata tergaul sekata. Saya turut masukkan 3/4 cawan coklat cip pada peringkat ini.
  3. Setelah itu, masukkan air panas dan kacau lagi sehingga adunan sebati. *
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang mufin dan bakar di dalam ketuhar pembakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu ketuhar dan masa membakar bergantung kepada oven masing-masing. Saya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.


*Air panas ditambah ke dalam adunan kek atau mufin untuk (1) menjadikan adunan lebih halus dan lembut - gula dan serbuk koko akan lebih larut, (2) menaikkan lagi rasa coklat dan (3) mengaktifkan agen penaik yang digunakan - kek akan naik dengan sempurna.

Jika gemar kekacang, taburkan sedikit kekacang di atas permukaan mufin sebelum dibakar.