Ahad, November 29, 2009

Mesej dalam Papadom

Satu lagi hasil sentuhan Afdlin Shauki untuk tahun ini. Aku baru berpeluang tonton cerita ini beberapa hari yang lepas. Secara jujur, aku memang meminati filem-filem Afdlin. Setiap naskhahnya akan mengangkat mesej-mesej tertentu tentang kemelut atau persoalan yang sinonim dalam kehidupan harian kita.

Papadom mengisahkan kehidupan Saadom (lakonan Afdlin) yang bekerja keras mengembangkan perniagaan Nasi Kandarnya di Pulau Pinang demi memberikan kesenangan buat anak, Miasara (Liyana Jasmay) dan isterinya, Munira (Noorkhiriah). Dalam kesibukannya mencari duit siang malam, Saadom mempunyai masa yang terhad untuk keluarga dan seringkali tiada di sisi keluarganya termasuklah ketika isteri dan anaknya terlibat dalam sebuah kemalangan.

Kematian isterinya memberi tamparan hebat pada Saadom dan sejak itu dia bertekad untuk menjaga anaknya sebaik mungkin. Filem ini menunjukkan 'usaha keras' Saadom dalam memastikan setiap satu kebajikan anak tunggalnya terpelihara. Bayangkan, Saadom akan datang membawa makanan setiap kali waktu rehat dan menghadiri setiap aktiviti luar Miasara! Miasara yang mula menginjak dewasa mula rasa terkongkong dan peluang keemasan untuk hidup bebas (berjauhan dari papanya) muncul apabila dia ditawarkan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Saadom yang bimbang akan keselamatan anaknya, dalam diam memohon untuk bekerja sebagai tukang kebun di universiti tersebut.

Aku suka jalan ceritanya yang bersahaja. Satu lagi yang menarik adalah kemunculan Munira sebagai watak jelmaan minda Saadom yang setia menemani Saadom dalam memastikan Miasara selamat dan tidak terluka. Banyak adegan mencuit hati yang menghiburkan termasuklah watak Que Haidar (Mat@Wajib Tayang) sebagai teman kuliah yang meminati Miasara.

Antar mesej penting dalam cerita ini :
  1. Kita perlu hargai insan yang ada di sekeliling kita atau kita akan merasakan kehilangan yang besar apabila mereka sudah tiada.
  2. Kita tidak dapat melindungi anak/ahli keluarga yang lain setiap masa. Kadang-kala, mereka perlu belajar melalui pengalaman (apa yang mereka lalui sendiri tanpa perlindungan kita) walaupun impaknya melukakan mereka.

Papadom diumumkan sebagai Filem Terbaik 2009 di FFM22. Anugerah-anugerah yang dibolot Papadom:
  • Filem Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik (Afdlin Shauki)
  • Pelakon Wanita Terbaik (Papadom)
  • Cerita Asal Terbaik (Afdlin Shauki)

Isnin, November 09, 2009

Aku & Beg Tesco

Sekarang ini mana-mana kita pergi, kita akan nampak pelbagai cara yang diambil oleh badan/pihak tertentu untuk wujudkan 'awareness' dalam kalangan masyarakat supaya cintakan alam sekitar (atau lebih tepat lagi selamatkan bumi!). Salah satu daripadanya - guna semula. Misalnya di hospital, (di bahagian Farmasi khususnya), para pesakit tidak lagi dibekalkan dengan plastik untuk mengisi ubat-ubatan mereka sebaliknya digalakkan untuk bawa beg plastik@beg sendiri dari rumah. Hehehe ibu ada beberapa beg sederhana kecil yang dikhususkan untuk 'transport' ubat-ubat balik dari farmasi :) selalu bila nak ambil ubat, dia hulur je kat pharmacist bertugas untuk masukkan ubat-ubat dia.

Pusat-pusat membeli belah pula muncul dengan aneka 'design' beg pakai semula (reusable shopping bag) untuk menanam 'semangat hijau' dalam diri pengguna. Macam-macam jenis + kualiti. Cuma perlu pilih mana yang berkenan di hati! Dalam banyak-banyak beg guna semula, aku paling suka dengan beg Tesco. Beg ni 'spacious' (boleh letak BANYAK barang), dibuat daripada tali jut dan tahan lama. Design comel+cute sangat! Harganya pun murah - RM6.99. Then, kalau pergi shopping kat Tesco dan kita bawa beg ni, kita akan dapat 2 green points untuk Clubcard (ala - ala insentif sebab bawak beg sendiri so kita tak perlu guna plastik).

Ini dia beg aku, yang ada kumbang-kumbang merayap tuh. Comel kan?
Gambar diambil dari laman web rasmi Tesco Malaysia :) .

Sejak aku beli beg ni, aku dah angkut banyak benda. Buku-buku, baju, barang-barang rumah. Semua benda yang muat aku 'pundatkan' dalam beg tu. Chucky selalu pelik,"Mana barang-barang awak?" Sumbat dalam beg Tesco! Yang menarik tentang beg ini, tali pemegangnya selesa untuk dipakai walaupun ketika tu kita bawa barang yang banyak+berat!

Sekarang ni aku tengah sibuk cari beg Tesco yang didesign oleh Rizalman Ibrahim pula. Katanya bulan Oktober dah jual. Tak nampak pun! Ke aku yang tak perasan? Semalam pergi Tesco, tergesa-gesa nak pergi toilet lupa pulak nak cari beg tesco tu. Cari lain kali lah.

Ahad, November 08, 2009

Cuti Mengada-ngada

Sebenarnya aku sekarang dalam 'cuti mode'. Kalau ikutkan aku start cuti hari Khamis lepas (5/11) dan dijangka akan terus bercuti hingga (15/11). Ni lah yang dinamakan cuti mengada-ngada! Kebetulan aku belum diassign apa-apa projek research bulan ni (bolehlah lupakan legal websites buat sementara waktu) so, aku decide nak cuti. Lagipun tempahan cookies+gifts untuk November ni rata-rata dah aku uruskan.

"Cheh, tiap hari duduk rumah pun nak cuti gak ke?" Itu remarks salah seorang member semasa aku nyatakan yang aku akan 'off' lebih kurang seminggu. Heheheh jangan mare....memanglah aku ni kerja 'homebase' (kalau dimelayukan 'bertapak di rumah'), tapi aku tetap kerja. Bezanya tang time- management tu je lain. Korang mungkin akan kerja ikut office hours (yang mana masa tu aku mungkin di shopping complex membeli belah atau Zzzz...Zzz...Zzzz), tapi time korang tidur, aku kena bersengkang mata perah idea, baca authorities, prepare outlines. Jadi, aku tetap nak cuti hahaha.

Plan untuk cuti? Belum ada apa-apa yang specific. Setakat ni aku dah kemas rumah+kitchen, kemas wardrobe,...asingkan baju2 mana yang dah tak pakai, kemas kertas-kertas yang dah tak digunakan lagi (untuk tujuan recycle). Baru 'jumpa' balik sebahagian ruang kosong di rumah. Selebihnya aku habiskan masa untuk layan tv shows kegemaran aku. Bayangkanlah sekarang ni Grey's Anatomy, Desperate Housewives, Ghost Whisperer, Two & A Half Men, How I Met Your Mother, CSI Miami Criminal Minds + America's Next Top Model semuanya tengah 'air' dengan season baru! Memang jadi 'couch potato' aku depan laptop.

Ok, time for lunch! Bye!

Ahad, November 01, 2009

Resepi Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh | Sambal Hitam

Saya cukup geram setiap kali melihat pokok belimbing buluh yang lebat berbuah. Dahulu di belakang rumah arwah nenek ada sepohon. Memang penuhlah bakul setiap kali 'menuai' belimbing.

Belimbing buluh


Ada belimbing buluh tetapi tidak tahu hendak buat apa? Selain dimasukkan ke dalam juadah gulai atau lauk asam, belimbing ini sangat sedap dibuat sambal. Ada banyak versi sambal menggunakan belimbing buluh. Salah satu daripadanya sambal hitam, sebuah resepi tradisi dari negeri Pahang.

Jika ikut resepi sambal hitam yang betul-betul autentik, belimbing buluh ini direbus di dalam tin biskut sehingga airnya kering dan buah belimbing bertukar kehitaman. Air belimbing buluh ni tajam, jadi tidak sesuai guna kuali atau periuk kerana akan nanti akan bocor dan berlubang. Setelah itu, belimbing ini boleh disimpan atau dibuat sambal hitam.

Cara Mudah Membuat Sambal Hitam

Di bawah ini dikongsikan cara mudah yang lebih ringkas untuk membuat sambal belimbing buluh.

Bahan-bahannya:

  • 100 g ikan bilis
  • 10 - 20 cili padi (lebihkan atau kurangkan ikut cita rasa)
  • 10 - 15 biji belimbing buluh
  • 1 labu bawang besar - potong dadu/hiris nipis
  • garam
  • minyak secukupnya untuk menumis

*Ada juga resepi yang letak sedikit kicap pada sambal ni, tetapi biasanya saya tidak letak.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Rebus belimbing yang telah dibersihkan hingga empuk dan bertukar warna. Angkat, tuskan dan kemudian tekan atau lenyek belimbing sehingga hancur.
  2. Seterusnya, tumbuk cili padi sehingga lumat. Kemudian, tumbuk ikan bilis hingga pecah-pecah. Tidak perlu terlalu hancur. Tekstur ikan bilis yang kasar-kasar lebih baik.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang dan masukkan cili padi, ikan bilis dan belimbing.
  4. Goreng atas api perlahan hingga sambal mengering, bertukar warna gelap. Masukkan kicap atau serbuk perasa jika mahu.
  5. Perasakan dengan garam.

Senang, bukan? Sambal hitam ini boleh dijadikan pembangkit selera. Bolehlah buat banyak-banyak sekali gus. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama. Selain makan dengan nasi panas, makan dengan bubur pun sedap tau.