NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Ahad, 1 November 2009

Sambal Ikan Bilis + Belimbing Buluh @Sambal Hitam



Ada belimbing buluh tapi tak tahu nak buat apa? Selain masuk dalam gulai atau lauk asam, belimbing ni boleh buat sambal. Sambal ni lebih dikenali sebagai sambal hitam di negeri Pahang. Aku selalu buat setiap kali pokok belimbing buluh belakang rumah nenek berbuah. Biasanya, makan dengan nasi panas/ dengan roti.

Bahan-bahannya:

  • 100 g ikan bilis
  • 10 - 20 cili padi (lebihkan atau kurangkan ikut citarasa)
  • 10 - 15 biji belimbing buluh
  • 1 labu bawang besar - potong dadu/hiris nipis
  • garam
  • minyak secukupnya untuk menumis

*ada juga resepi yang letak sedikit kicap pada sambal ni, tapi biasanya aku tak letak.

Cara-caranya:

  1. Rebus belimbing yang dah dibersihkan hingga empuk + bertukar warna. Hancur@lenyek-lenyekkan.
  2. Tumbuk cili padi hingga lumat. Kemudian tumbuk ikan bilis hingga pecah-pecah.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang dan masukkan cili padi, ikan bilis & belimbing.
  4. Goreng atas api perlahan hingga sambal kering + bertukar warna gelap. Masukkan kicap@ serbuk perasa jika mahu.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
Senangkan? Sambal ni tahan lama. So, bolehlah buat banyak-banyak sekaligus. Rasa-rasa tak habis, simpan dalam peti sejuk. Makan dengan bubur pun sedap nih. Resepi ni dari majalah Rasa, tapi tak ingat keluaran bulan & tahun berapa.

4 ulasan:

  1. Mana gambar sambal nih? Buat untuk aku semangkuk dua....

    BalasPadam
  2. Sambal dah habis masuk perut sebelum sempat capture gambar....hehehehe

    BalasPadam
  3. sis JM suka sgt belimbing buluh ni..masak lemak cili padi letak belimbing buluh ni nyum..nyum..nyumm

    BalasPadam
  4. Ekin buat kerabu akak belimbing buluh aritu... nak share resepi xsempat sokmo

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...