Sabtu, 1 Jun 2019

Projek Kad Raya 2019

Assalamu'alaikum. Dah sampai ke hujung-hujung Ramadan dah kita. Syawal pun dah mula melambai-lambai. Ada yang dah sampai ke kampung? Atau ada yang masih bertugas awal minggu hadapan? Apapun, semoga setiap urusan kalian berjalan lancar ye.

Tidak seperti tahun-tahun lepas, Ramadan kali ini saya punyalah sibuk sehingga tidak sempat untuk buat entri tutorial kad hari raya DIY. Jika tengok stats, banyak carian untuk DIY kad raya. Harap entri-entri terdahulu dapatlah membantu kalian, beri idea mana yang patut.

Dalam berkejar ke sana ke mari, saya tetap juga sediakan kad hari raya untuk dikirim pada kenalan dan saudara-mara. Maklumlah, makcik, pakcik, datuk saudara, nenek saudara duduk merata. Jadi, waktu-waktu beginilah titip kad ucapan hari raya sebagai tanda ingatan.

Untuk Syawal 1440, tema kad hari raya saya ialah 'Nutrisi Lebaran'. Dapat idea masa tengah seronok mengunyah snek di hadapan komputer. Syok-syok kunyah, saya tergerak hati nak baca label makanan. Hihihi konon-konon health conscious lah. Tiba-tiba terfikir...eh, buat kad raya menarik juga! 

Kebetulan, saya memang ada template jar/balang kosong. Cetak atas kertas kraf tebal dan potong ikut bentuk balang. Bahagian penutup jar tu saya warnakan sedikit supaya nampak lebih hidup. Tak adalah dull sangat.