Assalamu'alaikum,
1 Disember 2018. Selamat datang, Disember! Ada 30 hari lagi sebelum kita masuk ke fasa baharu 2019. Cepatnya masa berlalu! Semoga bulan terakhir ini dapat kita penuhi dengan macam-macam perkara bermanfaat. Saya tengah semangat ni. Saya nak jadikan Disember ini sebagai bulan produktif saya. Siapa nak join?
Seperti biasalah, bila sampai hujung-hujung tahun begini, mulalah kita berkira-kira sejauh mana azam 2018 dah tercapai. Kalian bagaimana? Alhamdulillah, jika tengok checklist saya untuk tahun ini banyak jugalah yang bertanda 'tick'. Target saya, kalau 75 peratus tercapai dah kira OK lah kan.
Bulan ini akan jadi bulan hobi. Banyak aktiviti yang saya rancang berkait dengan minat-minat saya. Akan attend several crafts classes, akan sambung belajar buat hand lettering (yang tertangguh dari tahun lepas),..dan oh,saya akan belajar lebih mendalam teknik colouring menggunakan water colour. Nak tambah skill untuk cardmaking dan scrapbook. Doakan semua berjalan lancar ye! Jangan saya hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Bahan-bahan semua dah beli dah.
Baca Lelaki Langit Bumi di Wattpad
Bagi yang tahu mengenai projek Lelaki Langit Bumi saya dan team, projek berkenaan masih berjalan. Cuma, kami ada masalah untuk akses ke Portal Ilham. Masalah teknikal kot. Dah sebulan (dan setiap hari) kami cuba log masuk tetapi tidak lepas jugak. Itu yang tak dapat nak muat naik bab baharu. Tetapi, alhamdulillah, terima kasih buat yang sudi baca. Dalam pada kami tak update sebarang bab terkini, views tetap naik. Love you all-lah!
Memandangkan ada masalah dengan Portal Ilham, jadi kami berhijrah ke Wattpad pulalah. Sekarang tengah perlahan-lahan muat naik bab demi bab di sana. Disebabkan kekangan masa, lambat sikitlah prosesnya. Lagipun, kami masih terkial-kial nak belajar guna features Wattpad ni. Hahaha. So, kalau nak sambung baca Lelaki Langit Bumi, jemputlah ke Wattpad ye. Follow akaun Girang Fashali.
Siapa-siapa yang ada akaun Wattpad tu, bolehlah tinggalkan nama kalian di ruangan komen. Nanti saya follow.
craft classes..mesti menarik..
BalasPadamBest, kak! Buat isi-isi masa,..
Padambelum ada lagi akaun wattpad sebab tu tak baca lagi karya awak. Anyway goodluck ya untuk colouring skills and craft classes :)
BalasPadamThanks so much, Farhanna 😘
PadamNaik semangat nak membaca apa azam teman blogger lain ni Farrah..good luck ya. Aktif menulis rupannya farrah ni
BalasPadamTerima kasih, cikgu. Tak pandai sangat tetapi hanya suka-suka menulis untuk isi masa.
PadamOwh.. tak boleh akses eh Portal Ilham tu.. patutlah cam tak ada update.. Ingatkan team busy.. huhuhu.. Sha ada akaun Wattpad, tapi jarang buka..
BalasPadamLupa lak.. Akaun Wattpad saya sha_mohamed.. sha dah follow..
BalasPadamNanti nak buat juga la akaun Wattpad tu
BalasPadamsy igt kaler pink tu rose petal hehehe
BalasPadamAkaun Wattpad? sekejap jer nak habis dah bulan Disember, kurang dari 2 minggu nak ke tahun 2019.
BalasPadamcepat sangat masa berlalu kan kak.. dah nak bertukar tahun..
BalasPadamkita bila nak jumpa ? hehe..