Wordless Wednesday - Durian Runtuh

Rabu, Jun 29, 2022

 

Dapat si raja buah, durian runtuh jiran bagi ๐Ÿ˜‚

Secangkir Teh Pudina

Ahad, Jun 26, 2022

Semalam untuk makan tengah hari saya pesan makanan dari luar sahaja. Teringin nasi Arab. Hendak keluar cari makan malas, jadi kita Grab sahaja. Set nasi Arab yang saya beli siap ada minuman. Bott pilih teh lemon ais. Saya tak mahu air sebenarnya tetapi dah alang-alang termasuk sekali dalam set, saya pilih teh pudina panas.

Setelah makanan sampai, kami berdua terus makan tidak pandang kiri kanan. Kelaparan. Lupa terus tentang teh pudina saya. Minuman saya disediakan di dalam cawan kertas, cukup semua - teh uncang, gula dan daun pudina. Tinggal masukkan air panas sahaja. 

Disebabkan belum lagi dibancuh, saya letakkan cawan teh saya di sebelah mesin kopi. Ingat nak buat untuk minum petang. Lupa! 

Hari ini semasa hendak bancuh kopi baru perasan teh pudina saya yang belum dikacuk. Mujurlah daun pudinanya tidak berair. Masih ada rupa daun pudina. Saya keluarkan gula dari cawan, tambah beberapa biji bunga cengkih, tuang air panas dan biarkan teh dan bahan-bahan tu terendam buat seketika.

Inilah teh pudina saya! Bott kata teh Arab saya ni teh pandai sebab dah graduate! Tengok uncang teh tu ada gambar orang pakai jubah graduasi dan mortar board. ๐Ÿ˜‚

Teh pudina

Tempe Mendoan Cecah Sos Keju

Jumaat, Jun 24, 2022

Petang semalam di kawasan saya hujan lebat. Mulalah perut rasa berlubang dan minta diisi. Tercari-cari apa yang boleh disediakan sebagai hidangan ringkas, akhirnya saya goreng tempe salut tepung ala-ala tempe mendoan. Bukan untuk dijadikan lauk. Lebih kepada kudapan ringan untuk kunyah-kunyah semasa minum petang.


Tempe mendoan garing di luar, lembut di dalam ๐Ÿ˜Š

You Made My Day, Sha Mohamed

Khamis, Jun 23, 2022

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Hari ini gigihkan juga masuk blog yang sekian lama terabai. Dua bulan belakangan ini memang agak stressful bagi saya. Selain sibuk dengan rutin harian, banyak perkara tidak terduga berlaku. Dah stress tak cukup rehat, hormon tiroid saya pun tiba-tiba buat keputusan nak mengganas. Disebabkan saya hidap penyakit ini dah lama, doktor bimbang banyak kesan sampingan lain pada tubuh. Kenalah pantau rapat-rapat. ๐Ÿ˜

Maka, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) jadi playground saya semenjak dua menjak ni. Bulan 6 nilah paling busy. Setiap Selasa dan hampir setiap Khamis kena ke hospital. Kena buat ujian ini, kena buat ujian itu. Saya ada asma, tambah lagi test ini, tambah lagi scan itu, ambil sampel darah, ambil sampel tisu.... Sampai rumah, selalu jadi cendawan benyeh sebab kepenatan. Mana ada masa nak intai blog!

Alhamdulillah, things are getting better! Sepatutnya saya gembiralah, kan? Tetapi, kelmarin di PKKN  punyalah ramai orang. Kelelahan menunggu giliran jadi gembira tertangguh sebab badan dan minda penat (Nervous tau tunggu doktor review keputusan ujian tu semua ๐Ÿ˜‚). Sampai rumah bersihkan diri terus naik katil dan Zzz ... Zzz. 


Terima Kiriman Istimewa daripada Sha Mohamed

Bangun tidur, periksa telefon ada Whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali. Dalam mamai tu, jenuh juga saya nak memahami apa yang ditulis. Bla bla bla bli blu ... Sha Mohamed ... Akta .... bla bla bla ... tindakan bakal diambil.



Eh, Sha? Saya yang tadi kemamar, terus celik mata! Sengih sampai telinga! Rupa-rupanya penulis Ayumi (atau wakilnya) hantar e-book yang Sha belikan untuk saya. Tidak lama kemudian, menyusul mesej daripada Sha. 

A gift to brighten your day.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ Happy Reading..

Allahu Rabbi, you really made my day! Hilang terus penat akak dapat buku. Bukan setakat brighten my day, duniaku bertukar indah berwarna-warni gitu! Ingin tahu buku apa yang Sha hadiahkan?


When The Clock Strikes Midnight - Ayumi Syafiqah

When The Clock Strikes Midnight karya Ayumi Syafiqah


Terima kasih banyak-banyak, Sha! Akak gembira sangat terima hadiah kiriman Sha ni. To be honest, akak dah lama tak membaca karya baharu. Sibuk ke hulu ke hilir. Tak sempat nak ber-Me Time! Dapat When The Clock Strikes Midnight buah pena Ayumi Syafiqah rasa macam nak lompat bintang! Terima kasih sebab selalu ingat akak. ๐Ÿ˜˜ Buku-buku pemberian Sha sebelum ini memang jadi koleksi peribadi istimewa. Antaranya, Himpunan Puisi Sofa Biru Nadhira Brundage, Kisah Seram Siri 1 dan Evasif.

Akak doakan semoga Sha, suami dan anak-anak sentiada berada dalam dakapan kasih Allah. Moga kalian sentiasa sihat, terhindar dari wabak dan penyakit. Moga rezeki kalian sentiasa mencurah-curah. Suatu hari nanti, kita rancang betul-betul ya supaya dapat jumpa.

Haa, siapa-siapa yang sedang mencari bahan bacaan baharu, bolehlah dapatkan When The Clock Strikes Midnight oleh Ayumi Syafiqah. Saya belum mula baca, jadi tak boleh nak share apa-apa lagi hehehe.


Pstt! Jeritan ceria Amani dan Imani ucap Selamat Hari Raya, Acik malam raya dulu akak masih simpan tau. Too adorable and cute untuk dipadam. ๐Ÿ˜„

Wordless Wednesday - Terjebak Torku

Rabu, Jun 22, 2022

 

Torku ๐Ÿ˜‹

Di bawah ini kord gitar mudah lagu nyanyian Hakiem Rusli yang digunakan sebagai salah satu lagu runut untuk Setelah Terlafaznya Akad 2. 


Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Aku, Hati dan Perasaan - Hakiem Rusli (Easy chords)


G G C C
Hu uhhh uhh haa ahhhh
G G C C
Hu uhhh uhh haa aahhh

E

G D Em
Kau yang ada di situ
E Am D
dan aku yang selalu merindu
C
kerana tawamu
G
yang akan menjadi sedihku
Am
jadi dengarkanlah lagu
D
luahan hatiku

Boleh Kita Kawal Di Luar Kawalan Kita

Khamis, Jun 09, 2022

Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Lama benar saya tidak menulis entri di blog ini. Dari bulan 5, hasrat hendak rajin dan aktif berblogging hanya tinggal hasrat. Tahu-tahu sudah bertukar bulan! Masuk bulan Jun, mood blogging masih sesat tidak jumpa jalan pulang. 

Hari ini barulah berpeluang masuk intai blog semula. ๐Ÿ˜ Maaf ya belum sempat balas komen-komen yang kalian tinggalkan dan blogwalking.

Entri untuk panaskan enjin - sesuatu yang saya kira menarik untuk dikongsi. Selain kesihatan fizikal, keadaan kesihatan mental kita juga harus dititikberatkan. Tidak boleh pandang enteng. Untuk memastikan kesejahteraan minda kita, penting untuk kita sedar yang tidak semua perkara boleh kita kawal. Ada sesetengah keadaan, kita kena bersedia untuk lepaskan kerana bukan berada dalam kawalan kita.

Saya jumpa bahan grafik ini di Instagram. This is something interesting to ponder.

Kredit - by mellow doodles

Kord Gitar Maaf - Izmir Fareez

Lagu Maaf ini merupakan single nyanyian Izmir Fareez yang juga merupakan seorang pendakwah bebas, dikeluarkan sekitar bulan April yang lalu. Lirik Maaf ditulis oleh Izmir Fareez sendiri manakala melodinya gubahan Akmalul Azmi.

Maaf berkisar tentang isu kekeluargaan, lebih tepat lagi mengenai hubungan sepasang suami isteri. Si suami jenis yang tidak pandai hargai isteri akhirnya menyesal kerana tidak sempat meminta maaf setelah ketiaadaan isterinya.

Kord gitar Maaf dalam kord mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Wordless Wednesday - Kirana Jun

Rabu, Jun 01, 2022

0622