Assalamualaikum. Apa khabar semua?
Hari ini gigihkan juga masuk blog yang sekian lama terabai. Dua bulan belakangan ini memang agak stressful bagi saya. Selain sibuk dengan rutin harian, banyak perkara tidak terduga berlaku. Dah stress tak cukup rehat, hormon tiroid saya pun tiba-tiba buat keputusan nak mengganas. Disebabkan saya hidap penyakit ini dah lama, doktor bimbang banyak kesan sampingan lain pada tubuh. Kenalah pantau rapat-rapat. 😁
Maka, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) jadi playground saya semenjak dua menjak ni. Bulan 6 nilah paling busy. Setiap Selasa dan hampir setiap Khamis kena ke hospital. Kena buat ujian ini, kena buat ujian itu. Saya ada asma, tambah lagi test ini, tambah lagi scan itu, ambil sampel darah, ambil sampel tisu.... Sampai rumah, selalu jadi cendawan benyeh sebab kepenatan. Mana ada masa nak intai blog!
Alhamdulillah, things are getting better! Sepatutnya saya gembiralah, kan? Tetapi, kelmarin di PKKN punyalah ramai orang. Kelelahan menunggu giliran jadi gembira tertangguh sebab badan dan minda penat (Nervous tau tunggu doktor review keputusan ujian tu semua 😂). Sampai rumah bersihkan diri terus naik katil dan Zzz ... Zzz.
Terima Kiriman Istimewa daripada Sha Mohamed
Bangun tidur, periksa telefon ada Whatsapp daripada nombor yang tidak dikenali. Dalam mamai tu, jenuh juga saya nak memahami apa yang ditulis. Bla bla bla bli blu ...
Sha Mohamed ... Akta .... bla bla bla ... tindakan bakal diambil.
Eh, Sha? Saya yang tadi kemamar, terus celik mata! Sengih sampai telinga! Rupa-rupanya penulis Ayumi (atau wakilnya) hantar e-book yang Sha belikan untuk saya. Tidak lama kemudian, menyusul mesej daripada Sha.
A gift to brighten your day.. 😘😘 Happy Reading..
Allahu Rabbi, you really made my day! Hilang terus penat akak dapat buku. Bukan setakat brighten my day, duniaku bertukar indah berwarna-warni gitu! Ingin tahu buku apa yang Sha hadiahkan?
When The Clock Strikes Midnight - Ayumi Syafiqah
|
When The Clock Strikes Midnight karya Ayumi Syafiqah |
Terima kasih banyak-banyak, Sha! Akak gembira sangat terima hadiah kiriman Sha ni.
To be honest, akak dah lama tak membaca karya baharu. Sibuk ke hulu ke hilir. Tak sempat nak ber-
Me Time! Dapat
When The Clock Strikes Midnight buah pena Ayumi Syafiqah rasa macam nak lompat bintang! Terima kasih sebab selalu ingat akak. 😘 Buku-buku pemberian Sha sebelum ini memang jadi koleksi peribadi istimewa. Antaranya,
Himpunan Puisi Sofa Biru Nadhira Brundage, Kisah Seram Siri 1 dan
Evasif.
Akak doakan semoga Sha, suami dan anak-anak sentiada berada dalam dakapan kasih Allah. Moga kalian sentiasa sihat, terhindar dari wabak dan penyakit. Moga rezeki kalian sentiasa mencurah-curah. Suatu hari nanti, kita rancang betul-betul ya supaya dapat jumpa.
Haa, siapa-siapa yang sedang mencari bahan bacaan baharu, bolehlah dapatkan When The Clock Strikes Midnight oleh Ayumi Syafiqah. Saya belum mula baca, jadi tak boleh nak share apa-apa lagi hehehe.
Pstt! Jeritan ceria Amani dan Imani ucap Selamat Hari Raya, Acik malam raya dulu akak masih simpan tau. Too adorable and cute untuk dipadam. 😄
alhamdulillah....seronok bila terima hadiah kan, tambah2 lagi bila surprise mcm ni..rasa dihargai sgt..happy reading key!
BalasPadamHehehe alhamdulillah. Seronok dapat surpise, lagi-lagi buku memang sukar digambarkan! 😊
Padamsemoga baik2 je utk kak farah.. semoga sentiasa sihat hendaknya.. =)
BalasPadamalhamdulillah.. seronok dpt adiah ebook!
selamat membaca kak farah.. =)
Allahu Akbar. Aamiin YRA. Terima kasih banyak-banyak atas doanya, ezy 😘
PadamMemang seronok! Sampai ke hari seronok tak habis lagi hahaha
Semoga baik baik aje kak farah sekeluarga.. Selamat membaca buku baru..
BalasPadamTerima kasih banyak-banyak, OB 😘
Padamwahh bestnyer dpt hadiiah ebook dari blogger tuuuh., ;p
BalasPadamMemang best, wak! Tanda ingatan tu yang mahal 😊
Padamhadiah sememangnya mampu gembirakan seseorang... bukan hilai harga yg jadi ukuran.. tp ingatan dan keikhlasan tu yg utama
BalasPadamSetuju sangat-sangat, MY. Bak kata pepatah omputeh, the thought that counts gitu 😊
Padamfarrah, moga da sihat ye sekarang.
BalasPadamjika tidak, aida doakan farrah segera pulih.
aida pun 2-3 bulan tinggalkan blogging.
tidak la kerana kesihatan, tapi kerana tugas hakiki.
rezeki thn ni, dinaikkan pangkat and stay di tempat yg sama.
cuma bertukar dept. tu yg agak kelam-kabut :)
Semoga terus sihat dan ceria ye kak Farah.. Sha pun belum mula membaca ebook ini..
BalasPadamInsyaAllah.. Ada rezeki pasti berjumpa..