Kejutan Istimewa daripada Sha Mohamed

Jumaat, Ogos 17, 2018

Kelmarin saya dapat notifikasi melalui sms yang menyatakan parcel saya sudah berada 'dalam perjalanan'. Terpinga-pinga saya dibuatnya sebab saya memang tidak expect sebarang parcel. Baik penghantaran barangan yang dibeli secara online ataupun dokumen kerja. Lagipun alamat surat-menyurat yang saya gunakan sekarang, saya tahu saya beri pada siapa.

Semalam, seawal pagi adik kurier hubungi saya bertanyakan lokasi rumah. Sepanjang menunggu kedatangan mereka, puas jugalah saya berfikir. Kebetulan saya memang ada di rumah, jadi sayalah yang menyambut parcel tu. Tengok nama pengirim - Tulip Press. Nama tu dah familiar tapi tak berjaya recall apa-apa. 


Buka je bungkusan,...



Kisah Seram?! OK, joining the dots...saya tahu ini zine terbaharu keluaran Tulip Press. Tetapi saya tak beli! Terus saya teringat pada Sha Mohamed. Tak silap saya Sha ada berkongsi mengenai pre-order zine ni di Facebook. Plus, baru-baru ini Sha memang ada minta alamat saya.

Apa lagi, terus saya Whatsapp adinda yang seorang ini. Sah, memang 'angkara' ShaSha kata nak buat suprise. Menurutnya, dia selalu pilih kawan-kawan blogger secara rawak untuk hadiahkan buku. Alhamdulillah, kali ini rezeki saya. Amalan Sha ni menarik kan? Nanti saya nak buat projek beri buku macam Sha jugalah!


Khusus buat Sha, terima kasih banyak-banyak atas kejutan ini. So thoughtful of you! Akak rasa terharu + teruja + gembira terima pemberian Sha ini. Moga Allah balas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Terima kasih juga sebab secara tidak langsung bantu akak laksanakan misi cuba baca cerita seram. Selama ni cerita seram yang akak berjaya baca semua yang jenis romantik manja-manja je 😉 Salam peluk cium buat kedua-dua puteri Sha.


Bagi yang sudah mengenali Sha, pasti kalian tahu blog Sha berkisar tentang apa and what's her favourite pastime. Tetapi, buat yang belum kenal lagi, jom tambah kawan baru! Saya jemput kalian baca review mengenai Sha dan blognya di Lelaki Langit BumiSpecial sedikit sebab kita review via online novel. Baca di sini ye.


Nanti jangan lupa berkunjung ke blog Sha. Selamat berhujung minggu! Enjoy your weekend!

6 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.