Sabtu, 9 Mac 2019

Thanks So Much, Sha Mohamed!

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.

OK. Ini merupakan entri penghargaan istimewa buat Sha Mohamed. Entri terima kasih tertunggak. Inilah masalahnya bila dah tak kerap berblogging. Kiriman selamat diterima dah berkurun lama, baru saya terhegeh-hegeh nak tulis entri. Tak apalah ye, Sha. Omputih kata, it's better late than never. Yang penting, the thought that counts.

Adinda yang seorang ini selalu buat kejutan hantar titipan gembira. Sebelum ini saya pernah terima sebuah zine seram daripada Sha. Boleh baca mengenainya di sini.

Pada awal Januari yang lalu, Sha hantar satu lagi 'bungkusan senyum'. Tidak silap saya, pemberian kali ini adalah disebabkan giliran saya terpilih untuk terima buku/hadiah. Sebelum ini Sha pernah adakan giveaway. Saya bukan antara pemenang yang bertuah. Tetapi, apa yang menarik, peserta-peserta giveaway tersebut akan berpeluang untuk turut terima hadiah daripada Sha. Antara cepat dengan lambat je. Pemurah adinda yang seorang ini. Moga Allah kurniakan dengan ganjaran rezeki yang berlipat ganda buat Sha sekeluarga.

OK. Di bawah ini kiriman daripada Sha.




Tersengih sampai telinga tau! Especially buku puisi oleh Nadhira Brundage. Buku nota panda tu pula, anak murid cilik saya sibuk dok kenen. "Cikgu dah besar, kasi sayalah buku budak-budak ni!" 🤣🤣🤣

Sekarang ini, saya memang tengah 'bergelut' belajar puisi, sajak, haiku, senryu semua tu. Asalnya awal tahun dulu nak belajar water colour arts. Ada masalah teknikal, saya asyik ponteng kelas! Tau-tau sangkut dengan kelas puisi pula. So, buku puisi ni datang tepat pada masanyalah. Buat bawa jalan-jalan sambil feeling-feeling ala penyajak penyair gitu. Hahahah! OK Tipu. Selalunya, saya akan selak beberapa halaman, baca dengan Bott dan teruja bila puisi yang dibaca tu macam wowww! 

Terima kasih banyak-banyak, Sha! Love you to the moon and back. Hugs and kisses untuk kedua-dua puteri cilikmu.

Bagi yang sudah mengenali Sha, kalian tentu tahu Sha ni 'ulat buku tegar', rajin blogging, rajin blogwalking dan rajin tinggal komen. Ha, bagi yang belum kenal Sha, cepat-cepatlah terjah blog Sha dan kata Hi!

Sebenarnya, saya tak pandai bab-bab review blog teman-teman blogger sebab saya bimbang I don't do justice in describing their great blogs. Tetapi, saya dan Team LLB pernah review blog Sha dalam novel online kami. Dua kali kami 'jelmakan' Sha dalam LLB. Jika ingin kenal Sha melalui mata dan persepsi saya, jemputlah baca bab-bab di bawah:





Jumpa lagi di lain kesempatan. Enjoy the rest of your weekend!

35 ulasan:

  1. Alahai comelnya hadiah :D

    BalasPadam
  2. bestnya dapat suprise gift dari kaksha! Semoga ukhuwah korang berdua kekal sampai jannah :D

    BalasPadam
  3. Hahaha.. Kak Farah.. u make me cry.. Terharu sangat untuk entry ini.. Terima kasih banyak-banyak ye.. Love You too.. Alhamdulillah suka bila kiriman yang diberi disukai.. 😘😍

    BalasPadam
  4. Seronoknya bila dpt kejutan mcm ni..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki Kak Farrah :) Tahniah!

    BalasPadam
  6. Kak Sha memang rajin blogwalking and tingglkan jejak kasih syg dia :D

    BalasPadam
  7. Uwaah bestnya Farrah. Dapat gifts best2. Jeles I tengok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Aiedah! Great to hear from you. Alhamdulillah. Dapat hadiah tanda ingatan begini memang ecxiting :)

      Padam
  8. Akak pulak dah malas nak buat review fasal buku.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh tak mengapa kak. Entri masak dan berkebun akak dah cukup power dah 😊

      Padam
  9. baca puisi sambil main gitar akak tu.. ada gaya Cinta AADC hehehe..

    BalasPadam
  10. tahniah kak.. rindu kak akak lamanya x singgah sini nak buat busy dengan surirumahtangga nanti ekin boom kemnbali ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekinnn! Thanks sebab datang berkunjung. Tak mengapa, utamakan yang penting dahulu. Maaflah akak pun lama tak blogwalking ke blog Ekin. See you when I see you 😊

      Padam
  11. haluuu kakak.. ada rumah tak ni ? cheq mai jenguk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluuuuu! Ada ni hah. Dah bersarang bersawang dah blog ni baru insaf nak masuk blog

      Padam
  12. tahniah kak farah hihihi.. lama gak tak singgah sini akka sihat ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ekin. Alhamdulillah. Sihat seadanya. Moga Ekin juga begitu 😊

      Padam
  13. comelnyaaa. lama tak singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haiii si cantik manis! Terima kasih sudi singgah.

      Padam
  14. alaaa kiutnye hadiah akak dpt hehe

    BalasPadam
  15. wahhh best nya dapat hadiahhhh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...