Semalam untuk makan tengah hari saya pesan makanan dari luar sahaja. Teringin nasi Arab. Hendak keluar cari makan malas, jadi kita Grab sahaja. Set nasi Arab yang saya beli siap ada minuman. Bott pilih teh lemon ais. Saya tak mahu air sebenarnya tetapi dah alang-alang termasuk sekali dalam set, saya pilih teh pudina panas.
Setelah makanan sampai, kami berdua terus makan tidak pandang kiri kanan. Kelaparan. Lupa terus tentang teh pudina saya. Minuman saya disediakan di dalam cawan kertas, cukup semua - teh uncang, gula dan daun pudina. Tinggal masukkan air panas sahaja.
Disebabkan belum lagi dibancuh, saya letakkan cawan teh saya di sebelah mesin kopi. Ingat nak buat untuk minum petang. Lupa!
Hari ini semasa hendak bancuh kopi baru perasan teh pudina saya yang belum dikacuk. Mujurlah daun pudinanya tidak berair. Masih ada rupa daun pudina. Saya keluarkan gula dari cawan, tambah beberapa biji bunga cengkih, tuang air panas dan biarkan teh dan bahan-bahan tu terendam buat seketika.
Inilah teh pudina saya! Bott kata teh Arab saya ni teh pandai sebab dah graduate! Tengok uncang teh tu ada gambar orang pakai jubah graduasi dan mortar board. 😂
Teh pudina |
Doh cakoi saya 😊 |
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat sambung santai Ahad! Selamat beristirahat.
Saya pun gemar minum teh arab.
BalasPadamNasi arab memang sedapkan Farah.
Memang sedap, kak! Saya memang tidak akan tolak nasi arab walaupun dah kenyang 😂
PadamAroma pudina tu bila masuk hidung dan tekak.. nikmat.
BalasPadamMemang nikmat! 😊
Padamnice nyer, farrah :)
BalasPadamlove love sgt. aida penggemar!
Bila sekali-sekala ada own me-time dengan tea memang love sangat!
Padamminum petang cakoi goreng eh?? sedap nyaaaa
BalasPadamLama dah tak makan, kak. Tiba-tiba teringin pula 😆
PadamBau pudina.segarr terasa.
BalasPadampokok.pudina baru nk naik semula yg lama.dah kena potong
Memang segar terasa! Sekejap je tu naik pokok pudina Cik Nur 😊
Padamdoh cakoi tu ..gebooo.....teh pudina pernh minum dkt spa
BalasPadamDamai dan menyegarkan je kan lalu kat anak tekak :)
Padamterasa kesegaran daun pudina lalu kat tekak.. haha..
BalasPadamnsb baik daun pudina masih ok.. kalo dh rosak xmerasa la teh pudina yg dh graduate tu.. kehkehkeh
Hahah alhamdulillah ada rezeki lagu merasa teh pudina lepasan universiti :D
PadamTeh panas memang menenangkan. Nanti Lady Dini boleh cuba teh hijau letak daun pudina pula. Double refreshing gitu! 😊
BalasPadamammi suka je minum teh pudina tu..
BalasPadamtp kalau kat rumah minum green tea je sbb tak suka sgt after taste teh yg akan buat mulut rasa kelat
Green tea pun sedap gak :)
PadamSha suka teh arab tapi tak pandai nak bancuh.. Kalau dapat minum memang habis seteko..
BalasPadamAkak kalau teringin kan, main bancuh ikut sedap tekak je hahaha
Padam