Jumaat, September 30, 2022

Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Entri selongkar pantri lagi. 😊 Kali ini, cari-cari barang untuk dimakan, saya terjumpa Tim Hortons French Vanilla Cappucino. Tidak silap, kopi ini pemberian adik saya. Saya jarang-jarang beli minuman pracampur atau kopi sedia dibancuh.

Tim Hortons merupakan jenama dari Kanada. Saya belum pernah cuba mana-mana produk kopi Tim Hortons. Terujalah juga ingin tahu bagaimana rasanya. Okey, jom kita bancuh secawan!


Tim Hortons French Vanilla Cappuccino

Khamis, September 29, 2022

Tart Nanas Keju Cheddar

Assalamualaikum. Hujung minggu lepas saya buat kuih tart nanas. Versi yang dohnya letak keju. Biar lemak berganda rasanya. Sudah lama teringin hendak makan tart nanas berkeju. Kebetulan beberapa hari sebelum itu ada singgah kedai jual bahan buat kuih dan kek. Saya beli sekali jem nanas satu pek kecil.


Tart nanas berkeju

Selasa, September 27, 2022

Resepi Sos Cajun Sos Pencecah yang Enak

Assalamualaikum. Apa khabar semua? 

Dahulu saya pernah tulis entri mengenai resepi Roti Sardin Gulung Air Fryer dengan sos cajun sebagai sos pencecah. Hari ini saya akan kongsi resepi sos cajun yang amat mudah untuk dibuat. Dah senang buat tu, bolehlah dijadikan sos pilihan untuk cecah snek kegemaran atau makanan cekut seperti nuget dan kentang goreng. Asyik lawan dengan sos cili, sos BBQ atau sos keju sahaja ... kali ini ada pilihan yang berbeza, kita nikmati dengan sos cajun.




Resepi Sos Cajun Mudah

Khamis, September 15, 2022

Kenyang Makan Supreme Stuffed Chicken

Assalamualaikum. Selamat hari Khamis! Bersedia untuk cuti lama sedikit hujung minggu ini? 😊

Entri saya hari ini kisah makan-makan hujung minggu.  Hujung minggu lepas saya habiskan masa dengan Cekebon  (bonda kesayangan) dan Cekengah. Cekengah kata ibu kami tiba-tiba bosan duduk rumah. Nak keluar makan-makan. 😁 

Pada asalnya, kami rancang keluar untuk makan tengah hari. Memandangkan masing-masing dah lapar, seawal pukul 10 lebih, kami tiba di The Starling untuk sarapan tengah hari (brunch).

Lokasi yang dituju tentunya Two Sons Bistro. Cekengah teringin hendak makan mussels di sana. Two Sons Bistro memang terkenal dengan hidangan kepah dan kupangnya. Kalau pergi sini, wajib pesan hidangan berkenaan tidak kiralah small pot atau big pot.

Two Sons Bistro (Kredit Imej: The Starling)

Rabu, September 07, 2022

Resepi Paprik Tauhu Telur dan Kedondong

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi resepi hidangan menggunakan tauhu telur dan kedondong. Kelmarin, sewaktu buka peti sejuk, tengok ada beberapa tiub tauhu telur. Macam-macam resepi menggunakan tauhu telur yang boleh disediakan sebenarnya tetapi tiba-tiba pula jadi buntu tidak pasti hendak masak apa. 😂

Pada mulanya saya berhasrat buat egg drop soup letak tauhu telur. Tetapi, tekak tak rasa macam nak makan sup pula. Pandang-pandang keliling, nampak kedondong muda yang beli di Econsave. Banyak saya beli hari tu. Maklumlah, datang fasa craving nak cecah kedondong dengan cuka dan cili api. Ting! 💡 Kita buat paprik. Sedap masam-masam manis makan dengan nasi panas!



Wordless Wednesday - Refill

 

Single Origin Coffee Columbia, Single Origin Coffee Sumatra, House Blend Lungo 😊