Rabu, Julai 31, 2019

Kedondong Cicah Cuka Cili Api

Ini antara stok gatal gigi kegemaran saya. Saya memang suka makan buah kedondong - yang muda, yang masak dan yang dibuat jeruk semua ON. Jus kedondong je jarang minum. Selalu jika pergi beli-belah di Tesco dan ada pek kedondong yang reduced to clear, memang akan saya beli. Harganya dalam seringgit lebih sahaja satu pek. Dapatlah dalam 10 - 13 biji jika tidak silap. 

Kalau harga biasa (dalam RM2.++), saya tak beli. Konon-kononnya, itu cara saya nak menahan diri daripada jadikan kedondong stok berterusan tak putus di dapur. Tak berhenti mengunyah pula nanti.

So, kalau ada pek reduced to clear, it's a sign - rezeki makan kedondong hehehe. Once sampai rumah, Bott akan sibuk urus barang-barang dapur dan kemas peti sejuk. Saya terus kupas kulit kedondong. Selepas tu, buat kuah cuka cili api. Beberapa sudu cuka makan, garam, gula secukup rasa dan hirisan cili api. Kacau sekata hingga gula dan garam larut. Sedia untuk jadi cecahan kedondong.



Tergoda tak? Maaf andai ada yang terliur. Saya selalu enjoy makan ni sambil tengok TV pada waktu petang atau sembang-sembang dengan Bott. Rasa masam manis lawan dengan pedas cili api memang terangkat! Lagi-lagi bila time tergigit cili. Asyikkk! Sekejap je boleh habis.

Sesekali, jika hendak tukar cita rasa, saya akan buat jeruk kedondong asam boi pula. Caranya macam saya buat jeruk rambutan asam boi.



Boleh lihat resepi jeruk rambutan asam boi di sini. Selain daripada rambutan, kedondong dan jambu batu, limau bali pun saya buat jadi ala-ala jeruk guna resepi yang sama. Sejukkan dalam peti ais, kemudian nikmati dengan senyuman. 

10 ulasan:

  1. Pn is3 ada buat jeruk rambutan asam boi tu. sedap juga

    BalasPadam
  2. Semuanya buat terliur...rambutan asam boi tu yg rare..manis, masin, masam, pedas..

    BalasPadam
  3. Buah kedondong tak pernah lagi laa cicah dengan cuka cili padi macam tu. Biasa buat cicah dengan cili+garam+gula+belacan+kicap ja

    BalasPadam
  4. Hantu kedondong ni hehe... Akak suka makan gitu je, gigit yang muda-muda. Kalau nak cicah, letak gula & kicap, then cicah kedondong tu. Ngences la pulak :D

    BalasPadam
  5. Telan air liur oii menengoknya.

    Tak teringat pulak nak buat jeruk asam boi rambutan tu padahal rambutan dah masak dan asam boi ada stok di dapur. Nanti nak buat jugak la. Boleh buat kudap-kudapan. Nanti boleh update dalam blog. Haha.

    BalasPadam
  6. Sedap tu kecondong cicah cuka cili api. Nyumm!

    Rambutan asam boi tu. Walahh :)

    BalasPadam
  7. Tak boleh makan cuka.. hehehe.. tapi suka je makan jeruk kedondong cuma tak selalu lah.. perut dah expired.. hehehe..

    BalasPadam
  8. ohsem ni, farrah.
    makanan kampung.
    buah tempatan.
    ohsem xde bandingan lah...

    BalasPadam
  9. terliurrr... hahaha ala nk kena cari ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.