Insya-Allah, we'll catch up later. Bila-bila sempat, saya akan singgah blog, jejak kasih dengan kalian. Till then, take care. In case you need to reach me, kindly drop a note at faidamf[at]gmail.com. ~Farrah, 3 September 2016
-----------------------------------
[Scheduled Post]
Baru-baru ni, dapat banyak buah rambutan. Sampai tak termakan. Dek kerana selalu jamu mata tengok sana-sini orang pos tentang jeruk rambutan asam boi ini, tiba-tiba pula tekak rasa teringin nak buat. Ada banyak version resepi jeruk rambutan. Ada yang kena masak, tambah gula tambah garam tetapi saya buat yang paling mudah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Rambutan (dikopek kulit)
- Hirisan cili api
- Asam boi biji (boleh guna sama ada asam boi yang putih atau merah)
- Perahan jus limau nipis/limau kasturi secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:
- Masukkan rambutan yang telah dikopek kulitnya ke dalam sebuah mangkuk atau balang kecil.
- Setelah itu, masukkan beberapa biji asam boi, hirisan cili api dan sedikit perahan jus limau.
- Kacau sehingga semuanya sekata. Sejukkan di dalam peti sejuk.
Makan apabila teringin atau sambil buat kerja ;) |
Psstt! Jika tiada asam boi biji, boleh juga gunakan serbuk asam boi.
Lama tak lawat sini
BalasPadamTerima kasih sudi melawat, KC! :)
Padammasing masing ada komitmen masing masing kan
PadamSedapnyaa lahai. Nani ni nak buat tapi rambutan dekat sini menghijau lagi. Hehehe
BalasPadamHaaaaa,...book siap2 rambutan atas pokok tu utk buat jeruk! ;)
PadamWah..ni versi paling unik tau kak farrah..versi guna buah rambutan ni sangat rare dan menarik..kalau ada buah rambutan nak try buat juga la
BalasPadamKalau tak ada rambutan, boleh guna buah lain juga, Wana. Akak kadang-kadang buat guna hirisan epal hijau dan merah. Sedap gak!
PadamAsalam FF macam tu rambutan asam boi ya..sedap nampak
BalasPadamW/salam, Cikgu. Memang sedap! Rasanya masam-masam manis dan pedas sedikit.
PadamSemoga kembali dengan selamat ya. Amiin
BalasPadamAminnn. Mudah-mudahan begitulah. Terima kasih, cikgu. :)
PadamKak Farah's back ! Yeayyy !!
BalasPadamBelum lagi, dik Firah. Ni masih bersepah di sana sini,..tapi sempatlah intai blog kejap :)
Padamteringin nak buat, tapi tak berkesempatan lagi.. tahun ni tak balik kg pulak kalau tak boleh ke dusun.. aduh
BalasPadamTak de rezeki ke dusun ye tahun ni...oh bestnya ada dusun!
Padammasamnya....
BalasPadamMasam-masam manis pedasss.... makan memang tak ingat! :)
Padamwahh.. bestnye.. nak sikit.. hehe...
BalasPadamjom jenguk sini ya.. hehe
Sorry, dah abisla, mat din :)
PadamAkak baru je kopek rambutan semalam. Dapat satu besen. Rasa macam nak buat jugak jeruk macam Farah buat ni tapi tu la, tang cili padi tu yang tak tahan tu. Hehe.
BalasPadamKalau tak mau pedas, abaikan cili padi tu, kak. Asalkan ada asam boi dan jus limau. Best juga. Budak-budak pun boleh makan.
Padamperghh..jeruk rambutan..masa kecik2 dulu ada species rambutan masam, dah lama tak jumpa..
BalasPadamBetul,..betul. Saya pun pernah rasa. Tapi sekarang memang susah nak jumpa.
PadamApa khabar orang Bandung? We miss u so much!
BalasPadamAishhhhh! Belum jadi orang bandung la....rindu ye? Nak apa? Brownies kartika sari? Ke nak kek lapis?
Padamerrmmmm
BalasPadamApa yang ermmm ermmmm tu? :)
Padamsaya tak suka makan jeruk rambutan. suka makan buah rambutan jer
BalasPadamOhhh, agar2 rambutan,...jem rambutan suka tak?
Padamfuh fuh ada je akak kan
BalasPadamKalau bab mende nak masuk tekak,... Hihihi
Padamwah rambutan asam boi...
BalasPadamrambutan baru ni pun dapat banyak kupas bubuh dalam peti ais...makan sejuk-sejuk yeahhhh
Fuhhh kalau dah siap kupas, masuk peti ais,..memang laku laris :)
PadamHuh! Biasa nampak orang buat mangga... Ni rambutan lak...
BalasPadamHihihi buah rambutan tu dah manis, gatal nak dimasamkan 😊
PadamMeleleh dah air liur... Adehhhh...
BalasPadamIshhhh meh sini saya tolong lap mulut tu,...meleleh-leleh air liurnya haaa :)
PadamSejukkan di dalam peti sejuk? Adehhh... Ngilu gigi....
BalasPadamFuh, kecur air liur. Kesan sampingan yg sudah dijangka. Ahaks! Cik Farah, tak boleh makan banyak-banyak tau. Batuk nanti.. >,<
BalasPadamWahh biasa saya tengok orang buat guna mangga je. Rambutan pun nampak menarik jugak!
BalasPadamrambutan jeruk? menarik
BalasPadambiasa beli rambutan 3 kilo RM10..x sempat nk buat jeruk..2 hari je habis huhu
BalasPadamtelan air liur ni
BalasPadamkalau gantikan dengan pulasa pun sedap ni..masam2 manis
BalasPadamhehhe rambutan pon bt jeruk
BalasPadamtapi ayu igt dulu nenek suke simpan rambutan yang da kupas dgn buang biji
simpan dlm peti
makan sejuk2 mmg nyaman kak farrah
heavean je rasa