Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi hidangan menggunakan tauhu telur dan kedondong. Kelmarin, sewaktu buka peti sejuk, tengok ada beberapa tiub tauhu telur. Macam-macam resepi menggunakan tauhu telur yang boleh disediakan sebenarnya tetapi tiba-tiba pula jadi buntu tidak pasti hendak masak apa. 😂
Pada mulanya saya berhasrat buat egg drop soup letak tauhu telur. Tetapi, tekak tak rasa macam nak makan sup pula. Pandang-pandang keliling, nampak kedondong muda yang beli di Econsave. Banyak saya beli hari tu. Maklumlah, datang fasa craving nak cecah kedondong dengan cuka dan cili api. Ting! 💡 Kita buat paprik. Sedap masam-masam manis makan dengan nasi panas!
Resepi Paprik Tauhu Telur dan Kedondong
Bahan-bahan yang diperlukan:
A.
- 3 batang tauhu telur
- sedikit tepung beras untuk salut potongan tauhu
- minyak masak secukupnya untuk menggoreng tauhu
B.
- 1 labu bawang besar (dihiris atau dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 5 sudu besar sos cili
- 4 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- beberapa tangkai cili api (diketuk)
- beberapa sudu besar mixed vegetables
- 1 batang serai (diketuk)
- air secukupnya
- minyak masak untuk menumis
C.
- 3 biji buah kedondong muda (dihiris memanjang)
- 2 - 3 biji limau kasturi (diperah jusnya)
- beberapa helai daun limau purut
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan minyak. Potong tauhu telur kepada 6 bahagian. Goreng. Untuk memudahkan proses memasak (tauhu tidak meletup-letup dan cantik gorengan), salut dahulu potongan tauhu dengan tepung beras sebelum digoreng.
- Angkat gorengan dan tuskan.
- Keluarkan lebihan minyak. Tinggalkan cukup-cukup untuk menumis. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan cilu api sehingga naik bau.
- Masukkan mixed vegetables, sos cili, sos tomato, sos tiram dan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan potongan tauhu, hirisan buah kedondong dan daun limau purut. Kacau sekata. Biarkan seketika sehingga kuah memekat sedikit.
- Masukkan perahan jus limau kasturi dan perasakan dengan garam jika perlu.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips:
(1) Hirisan cili api boleh digantikan dengan cili merah atau cili hijau jika inginkan paprik yang tidak begitu pedas.
(2) Penggunaan sos tiram boleh ditambah atau dikurangkan sesuai cita rasa.
(3) Kuah paprik saya versi mudah. Sos cili + sos tomato -+ sos tiram. Penggunaan sos cili boleh juga digantikan dengan beberapa sudu cili giling. Tumis cili giling hingga pecah minyak sebelum masukkan sos-sos lain.
Selamat mencuba!
Pernah makan kerabu kedondong? Lihat resepinya di sini.
saya tak pernah masak kedondong. tahu makan gitu je. unik resepi kak Farrah
BalasPadamMakan begitu je pun sudah cukup menggugat selera. Akak suka cecah dengan cuka, garam dan cili api. Yummeh!
PadamMemang sangat rare la resepi ni . Diolah-olah hah jadinya padprik kedondong
BalasPadamAsal ada elemen masam-masam, kita ON 😊
PadamWah.. guna kedondong.. Menarik untuk dicuba nie..
BalasPadamMari cuba guna kedondong hehehe
Padamkat mana laa sy nak cari kedondong niiii
BalasPadam