Resepi Kerabu Kedondong

Selasa, Februari 11, 2020

Ini antara entri resepi peram saya. Buat resepi ni tahun lepas, baru sekarang dapat terbit sebagai entri. Susulan beli Kedondong Reduced to Clear dari Tesco (maaf, ini juga kisah 2019), banyak jugalah resepi berasaskan kedondong yang saya olah untuk santapan diri dan keluarga. Antaranya ialah kerabu kedondong.


Beginilah rupa paras kerabu kedondong saya.


Resepi Kerabu Kedondong

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6-8 biji buah kedondong (isi dihiris memanjang). Jika nak guna lebih banyak pun boleh.
  • beberapa biji bawang merah atau sebiji bawang holland (dihiris halus) 
  • segenggam kecil ikan bilis (disangrai/disangai - goreng tanpa minyak). Kalau nak goreng seperti biasa dengan minyak pun boleh, asalkan ikan bilis tu garing.
  • beberapa helai daun limau (dihiris halus)
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • air perahan limau kasturi (secukupnya)
  • garam secukup rasa
Langkah-langkah:
  1. Satukan isi kedondong, bawang, daun limau, serai di dalam sebuah mangkuk.
  2. Tumbuk kasar ikan bilis yang telah disangai. Masukkan juga ke dalam mangkuk tadi.
  3. Seterusnya, masukkan air perahan limau kasturi dan hirisan daun limau. Gaul sekata semua bahan.
  4. Imbangkan rasa dengan garam.
  5. Sedia untuk dihidangkan.


Bagi yang suka makan pedas, masukkanlah hirisan cili padi. Lagi kawwwww! Nak lebih wangi dan beraroma, letak hirisan bunga kantan. Saya tak letak sebab masa buat ni tak ada rezeki jumpa bunga kantan. Pergi tiga kedai runcit, tiga-tiga tak ada bunga kantan. Kerabu kedondong ni super yummy sebab teksturnya yang crunchy, sedap diratah dan makan begitu sahaja. Bagi yang kurang gemar makan kerabu mangga dek rasanya yang agak masam, saya sarankan kalian cuba kerabu kedondong. Masamnya manja-manja sahaja.


Selamat Mencuba!


Pernah makan kerabu jeruk buah pala sagat tak? Saya buat guna jeruk buah pala sagat keluaran Pak Ali. Boleh cuba intai olahan resepi saya di sini.


12 ulasan

  1. Kedondong ni macam gantikan epal.
    Mesti sedap ni dengan kemasaman buah kedondong.
    Blogwalking sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungan. Betul, masam-masam kedondong tu yang sedap tuh :)

      Padam
  2. oh belum pernah makan dan belum pernah jumpa juga kerabu kedondong. huhu

    BalasPadam
  3. timbul selera nampak ..hehehe

    BalasPadam
  4. Tak pernah cuba. One day Insha Allah. Tapi akak pernah makan kari buah kedondong, mak mertua masak long time ago. Sampai lupa dah kari apa, ikan ke ayam ke tak ingat dah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Puan Hazel. Uishh...memang sedap tu kari buah kedondong. Saya pula meleleh air liur dibuatnya!

      Padam
  5. kerabu ni kadang2 sy suka makan gitu je macam jeruk asam..
    dengna nasi kureng sket hehe..

    kecuali krabu perot =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh my...kerabu perut! Tiba-tiba akak jadi teringin....

      Padam
  6. Ok. Kerabu kedondong saya tak pernah cuba lagi. Rasanya tak masam kan?

    BalasPadam
  7. Selalu makan mangga.. Kedondong pun boleh ye kak.. menarik nie untuk dicuba..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.