Kisah tahun lepas lagi. Siapa di sini guna aplikasi BookDoc? Saya sudah guna aplikasi kesihatan ini beberapa tahun dah. Itupun Cekengah yang sarankan untuk guna supaya dapat keep track of daily steps saya. Aplikasi BookDoc ini antara aplikasi kesihatan yang sangat bermanfaat. Ingin tahu lebih lanjut? cubalah muat turun ye.
Salah satu ciri utama BookDoc ialah BookDoc Activ. Kita boleh sync dengan fitness watch atau fitness app yang lain jumlah tapak harian kita. Di penghujung bulan, andai kita dapat capai target tapak yang ditetapkan, kita boleh tebus pelbagai rewards. Misalnya potongan diskaun untuk pembelian di Secret Recipe, MPH, Caring Pharmacy, Komugi dan banyak lagilah. Macam-macam rewards ada!
Selain itu, setiap minggu, BookDoc akan pilih Mystery Gift Winners. Gembiranya saya apabila dihubungi oleh pihak BookDoc.
Sebenarnya, jika dikira, sepanjang beberapa tahun menggunakan BookDoc, ini merupakan kali keempat saya terpilih sebagai salah seorang Weekly Mystery Gift Winner. Kali pertama dapat baucar Old Town White Coffee RM20, kali kedua dan ketiga dapat baucar Secret Recipe RM20. Yang terkini, berpeluang merasa dapat baucar Guardian RM20 pula. Alhamdulillah!
Baucar Guardian sampai! RM10 x 2. Dah selamat digunakan! :)
Melalui BookDoc juga, kita berpeluang sertai virtual run/s yang dianjurkan. Bagi saya benda ni interesting sebab secara tidak langsung akan motivate kita untuk lebih aktif dan lebih banyak bergerak demi mencapai sasaran tapak yang telah ditetapkan. Nak harap saya pergi join run yang betul-betul, tak tahulah bila heheheh. Join virtual run pun jadilah!
tahniah
BalasPadamThanks, Rabia
PadamTahniah :)
BalasPadamThanks, Ejulz
Padamtahniah tahniah!!
BalasPadamDomo arigato!
PadamUwahhh you're so lucky. I haven't logged in to my bookdoc for quite a while.
BalasPadamSha ada juga guna cuma tak adalah dapat lagi gift.. hehehe..
BalasPadamalhamdulillah tahniah. bestnya ^_^
BalasPadamvirtual run tu kalo saya gerak2 kaki atas katil je dia jalan x ?
BalasPadamtahniah kak...rajinnya akk
BalasPadam