Khamis, Januari 30, 2020

Menang BookDoc Weekly Mystery Gift

Kisah tahun lepas lagi. Siapa di sini guna aplikasi BookDoc? Saya sudah guna aplikasi kesihatan ini beberapa tahun dah. Itupun Cekengah yang sarankan untuk guna supaya dapat keep track of daily steps saya. Aplikasi BookDoc ini antara aplikasi kesihatan yang sangat bermanfaat. Ingin tahu lebih lanjut? cubalah muat turun ye.

Salah satu ciri utama BookDoc ialah BookDoc Activ. Kita boleh sync dengan fitness watch atau fitness app yang lain jumlah tapak harian kita. Di penghujung bulan, andai kita dapat capai target tapak yang ditetapkan, kita boleh tebus pelbagai rewards. Misalnya potongan diskaun untuk pembelian di Secret Recipe, MPH, Caring Pharmacy, Komugi dan banyak lagilah. Macam-macam rewards ada!

Selain itu, setiap minggu, BookDoc akan pilih Mystery Gift Winners. Gembiranya saya apabila dihubungi oleh pihak BookDoc.



Sebenarnya, jika dikira, sepanjang beberapa tahun menggunakan BookDoc, ini merupakan kali keempat saya terpilih sebagai salah seorang Weekly Mystery Gift Winner. Kali pertama dapat baucar Old Town White Coffee RM20, kali kedua dan ketiga dapat baucar Secret Recipe RM20. Yang terkini, berpeluang merasa dapat baucar Guardian RM20 pula. Alhamdulillah!




Baucar Guardian sampai! RM10 x 2. Dah selamat digunakan! :)


Melalui BookDoc juga, kita berpeluang sertai virtual run/s yang dianjurkan. Bagi saya benda ni interesting sebab secara tidak langsung akan motivate kita untuk lebih aktif dan lebih banyak bergerak demi mencapai sasaran tapak yang telah ditetapkan. Nak harap saya pergi join run yang betul-betul, tak tahulah bila heheheh. Join virtual run pun jadilah!





11 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.