Kenyang Makan Supreme Stuffed Chicken

Khamis, September 15, 2022

Assalamualaikum. Selamat hari Khamis! Bersedia untuk cuti lama sedikit hujung minggu ini? 😊

Entri saya hari ini kisah makan-makan hujung minggu.  Hujung minggu lepas saya habiskan masa dengan Cekebon  (bonda kesayangan) dan Cekengah. Cekengah kata ibu kami tiba-tiba bosan duduk rumah. Nak keluar makan-makan. 😁 

Pada asalnya, kami rancang keluar untuk makan tengah hari. Memandangkan masing-masing dah lapar, seawal pukul 10 lebih, kami tiba di The Starling untuk sarapan tengah hari (brunch).

Lokasi yang dituju tentunya Two Sons Bistro. Cekengah teringin hendak makan mussels di sana. Two Sons Bistro memang terkenal dengan hidangan kepah dan kupangnya. Kalau pergi sini, wajib pesan hidangan berkenaan tidak kiralah small pot atau big pot.

Two Sons Bistro (Kredit Imej: The Starling)

Kopi Badam untuk Mulakan Hari

My almond coffee. Mini love cacat sebab jari pun dah lapar 😂

Sebelum apa-apa, kita pekena kopi terlebih dahulu! Ini kopi berperasa badam. Saya punya. Love it! Rasa kopi tidak tenggelam dek sirap badam yang digunakan. Just nice untuk tekak saya. Cekengah dan Cekebon masing-masing pesan jus buah. 

Barramundi Fish & Chips

Barramundi Fish & Chips

Barramundi Fish & Chips, hidangan buat Cekebon. Dua ketul ikan, kentang goreng, daun salad dan coleslaw. Ikan tu sedap. Memang apa yang kita jangka untuk fish & chips la. Salutan tepung luarnya rangup, isi ikannya lembut. Bertambah enak apabila dimakan bersama sos Tartar dan cuka yang disediakan. Not bad at all. Cuma portion coleslaw agak sedikit bagi saya. 

Saya tidak berapa ingat Cekengah pesan apa. Gambarnya pun lupa ambil. Ada beberapa hidangan yang dia hendak makan, tetapi tiada pula pada hari itu. Banyak juga menu yang not available. Akhirnya, Cekengah pilih hidangan sarapan macam big platter - ada roti, keju, telur, sayur dan sosej. Lagipun, dah ada mussels small pot (tak ingat dia pilih kuah apa) dan garlic bread sebagai hidangan tambahan.


Supreme Stuffed Chicken

Menu pilihan saya pula ialah Supreme Stuffed Chicken. I am a fan of stuffed chicken. Nak buat malas sebab bagi saya prosesnya remeh. Jadi, kalau pergi mana-mana restoran yang ada stuffed chicken, saya mesti cuba! Baca huraian Supreme Stuffed Chicken pada menu memancing selera sangat! Kebetulan, sewaktu itu saya betul-betul tengah lapar. Dah cakap awal-awal pada Cekengah, along tak heran mussels atau clamps. Along mahu sesuatu yang saiz hidangannya besar.


Nampak tak gelojoh dan tamaknya di situ? 😆


Inilah stuffed chicken saya.

Supreme Stuffed Chicken

Dada ayam panggang yang disarak dengan sundried tomatoes, cili jalapeno dan krim keju. Dicurah pula dengan sos putih berkrim yang mewah dan potongan kentang bakar rosemary. Yummeh!

Saya makan dengan gembiranya. Isi ayam, cili jalapeno, tomato dan krim keju yang dilimpahi sos lemak berkrim dalam satu suapan, memang tunas rasa saya dimanjakan semanja-manjanya. Oh, lupa pula ... sos putih tu sos cendawan porcini tau. Sedap! Kita yang makan ni tak cepat rasa muak sebab ada pedas-pedas dari cili, manis tomato dan lemak masam krim keju.

Nah, kongsi 'keratan rentas' ayam pula.

Sarak ayam saya. Banyak dan padat, kan?


Alhamdulillah, kekenyangan makan Supreme Stuffed Chicken. Puas hatilah. Keluar kedai, perut berat menonong jalan ke depan. 😂

Selamat menikmati hari! Insya-Allah, hujung minggu nanti saya jalan-jalan blogwalking ya. Lama benar tidak berkunjung intai kalian tanya khabar.


14 ulasan

  1. Wah x pernah try menu stuffed chicken.. Nampak menarik la.. Harap klu ada peluang nak try jgk la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak. Suatu hari kalau ada rezeki kena cuba tau. 😊

      Padam
  2. emm..dapnye kopi & menu pun..wow.. yummy!! have a great weekend!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Memang dap dap dap, Ayu! Have a great weekend to you toooo! 😘

      Padam
  3. sedapnya...ayam bakar layan dgn sos keju yg pedas2 & masam2..nikmatnya..

    BalasPadam
  4. pegi two sons mmg nk mkn menu clams yg signature dish tp aritu pi frust abis dh....padahal pi time lunch..bkn lewat pn..mayb dkt klcc kot hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Starling ni pun limited benar pilihannya. Banyak tak ada...

      Padam
  5. Lapar pula perut datang malam-malam ke sini. Barramudi Fish & Chips tu menggoda selera kita pula!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak.Lagi-lagi masa dihidangkan tu ikannya masih panas.

      Padam
  6. wahhh sedapnyaaaa! tgk gmbr pon tergoda dh ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada kesempatan boleh cuba stuffed chicken :)

      Padam
  7. okkkkk supreme stuffed chicken tu mmg nampak best...sbb ammi memang bukan penggemar fish & chips.

    BalasPadam
  8. sy lagi tak? sy nk terjah ni hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.