Rabu, Julai 31, 2019

Kedondong Cicah Cuka Cili Api

Ini antara stok gatal gigi kegemaran saya. Saya memang suka makan buah kedondong - yang muda, yang masak dan yang dibuat jeruk semua ON. Jus kedondong je jarang minum. Selalu jika pergi beli-belah di Tesco dan ada pek kedondong yang reduced to clear, memang akan saya beli. Harganya dalam seringgit lebih sahaja satu pek. Dapatlah dalam 10 - 13 biji jika tidak silap. 

Kalau harga biasa (dalam RM2.++), saya tak beli. Konon-kononnya, itu cara saya nak menahan diri daripada jadikan kedondong stok berterusan tak putus di dapur. Tak berhenti mengunyah pula nanti.

So, kalau ada pek reduced to clear, it's a sign - rezeki makan kedondong hehehe. Once sampai rumah, Bott akan sibuk urus barang-barang dapur dan kemas peti sejuk. Saya terus kupas kulit kedondong. Selepas tu, buat kuah cuka cili api. Beberapa sudu cuka makan, garam, gula secukup rasa dan hirisan cili api. Kacau sekata hingga gula dan garam larut. Sedia untuk jadi cecahan kedondong.



Rabu, Julai 24, 2019

Kecintaan pada si Flamingo

Belakangan ini, saya perasan yang saya kerap beli bahan-bahan untuk buat kraf bertemakan flamingo. Entah kenapa entah...berkenan pula dengan rupa paras burung merah jambu yang comel ini. Cuba tengok pelekat-pelekat di bawah. They are so adorable!


Set pelekat sebelah kiri tu ada ciri-ciri 3D. Saya beli di kedai buku di Bukit Rahman Putra. Timbul dan berlapis pelekatnya. Cantik untuk dibuat sebagai hiasan utama kad atau scrapbook page. Sebelah kanan pula, pelekat-pelekatnya lebih kecil dan latar belakang pelekat jenis transparent. Set ini dibeli di Mr. DIY. Tidak silap saya, 5 keping tu harganya di bawah RM2.50. Buat background cantik ni. Dahlah siap ada ciri-ciri tropika gitu. Berkenan betul saya!

Selasa, Julai 16, 2019

Jumpa Jalan Pulang

Assalamu 'alaikum. Hai semua! Akhirnya, setelah hampir sebulan lebih, saya jumpa juga jalan pulang ke tower ini. Dah berhabuk bersawang! Kasihan blog terabai lama.

Semenjak raya, sehinggalah ke hari ini masih sibuk tidak bertepi. Kebetulan sepanjang tempoh ini keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Ibu jari tangan kanan under repair. (Yang ini cerita nanti ye). Jadi, banyak kerja yang terbengkalai termasuklah kemas kini blog. Kasi can lah saya guna alasan sakit untuk jadi si grumpy and grouchy yang malas nak buat apa-apa melainkan makan dan shopping. Heheh jangan salah anggap, shopping kat Eco, Mr. DIY, DAISO dan kedai jual barang kraf je. Konon-kononnya terapi buat diri.