Bagi yang dah jatuh cinta dengan lagu ni :) Hadiah hujung minggu untuk kalian!
Em Am
Tersentak hatiku
D G C
bila kamu luahkan padaku
B A
Hasrat untuk putus
B A
dari terus menyayangi aku
Am D
Kau bilang dah punya insan lain
G C
yang mahu mengganti
B
Memaksa ku tanpa relaku
Em Ab B A
Selepas berpisah
B Abm Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
F#m A B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
A B C Dbm Db
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
F#m B E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
D C B Em
A Em Am
Bagaimana aku
D G C
bisa sembuh dari parah ini?
A B
Ataupun ditakdir sepi
E
hingga hembusan terakhir
C Am D
Moga kau bahagia dengan dia
G C
sepanjang hayatmu
F#m B
Biar aku berselubung pilu
A
Selepas berpisah
B Abm Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
F#m A B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
A B C Dbm F
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Db F#m B Dbm Db
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
F#m B E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah.
Kord Gitar From FAMF Tower |
Kord Gitar dan Lirik Selepas Berpisah - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd
(Intro)
E Em D C BEm Am
Tersentak hatiku
D G C
bila kamu luahkan padaku
B A
Hasrat untuk putus
B A
dari terus menyayangi aku
Am D
Kau bilang dah punya insan lain
G C
yang mahu mengganti
B
Memaksa ku tanpa relaku
Em Ab B A
Selepas berpisah
B Abm Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
F#m A B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
A B C Dbm Db
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
F#m B E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
D C B Em
A Em Am
Bagaimana aku
D G C
bisa sembuh dari parah ini?
A B
Ataupun ditakdir sepi
E
hingga hembusan terakhir
C Am D
Moga kau bahagia dengan dia
G C
sepanjang hayatmu
F#m B
Biar aku berselubung pilu
A
Selepas berpisah
B Abm Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
F#m A B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
A B C Dbm F
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Db F#m B Dbm Db
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
F#m B E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah.
Apa yang dua ratus keping? Ni haa...last week masa Cekebon & Cekengah pergi London, diorang sempat bercuti beberapa hari di Paris. Semasa di Paris, diorang 'terserempak' dengan 200 keping setem ni. Excited si Cekengah dan Dhila. Mengetahui yang Along diorang ni masihhhh kumpul setem, Dhila terus beli buat ole-ole untuk saya. Thanks so much, Dhila!
The best part is, dalam banyak-banyak setem ni, satu pun tak ada yang redundant dengan koleksi saya. Kiranya memang stok bersih yang masuk 200 keping :) Kebanyakannya setem-setem dari Hungary, Poland dan Czechoslovakia. Setem London, UK pun ada. Yang itu, Cekengah belikan. Nanti update lain kali.
Hari ni tak ke mana-mana sebab saya perlu sudahkan tugas editing. So, sebelum tu, layan setem dulu!
Ayuh Tinggalkan Dia - Encik Mimpi (Easy Chords)
Jumaat, Mei 30, 2014
Saya suka dengar lagu ni sebab lagu & liriknya bersahaja. Straight to the point ajak si gadis tinggalkan kekasih hati. Okey, ini kord gitarnya yang dikongsi sendiri oleh Encik Mimpi melalui Facebook page miliknya.
Kord Gitar dan Lirik Lagu Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia
Em Am
Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
D G
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya
C Am
Aku lihat dia taklah sekacak mana
B
Ai geram hati ku rasa
Em Am
Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
D G
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
C Am
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
B
Janganlah tunggu lama-lama
Am
Oh sayang sayang sayang sayang
D
Sejuta kali sayang
G C
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Am B Em E
Sayang ku pada kamu takkan menghilang
Am
Oh rindu rindu rindu rindu
D
Sejuta kali rindu
G C
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Am B Em E
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku
Am
Sayang, ku kan setia
D G
Akan ku pastikan kamu bahagia
C Am
Takkan ku biarkan kamu menderita
B Em E
Tanpa rasa cinta
Am
Sayang ku kan mencinta
D G
Lebih dari apa kau dapat darinya
C Am
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
B Em
Tinggalkan lah dia
B
Ayuh
Em
Tinggalkan lah dia
Em Am
Akan ku binakan mu istana bahagia
D G
Kulantik diriku menjadi panglima cinta
C Am
Yang akan melindungi kamu setiap masa
B
Kerna kamu sang puterinya
Sampai Menutup Mata - Acha Septriasa (OST Heart 2 Series)
Khamis, Mei 29, 2014
Teringin main lagu ini sebab semalam tengok Heart 2 Series di Astro Ria. Lama tak dengar, apabila dengar balik, aish... sedap pulak!
Kord Gitar 'Sampai Menutup Mata' - Acha Septriasa (OST Heart 2 Series)
C G
Embun di pagi buta
Am Em
menebarkan bau asa
F C
detik demi detik ku hitung
D G
inikah saat ku pergi
C G
Oh tuhan ku cinta dia
Am Em
Berikanlah aku hidup
F C
takkan ku sakiti dia
D G
hukum aku bila terjadi
(Chorus)
Am Dm
aku tak mudah untuk mencintai
G C
aku tak mudah mangaku ku cinta
F B7
aku tak mudah mengatakan
E
aku jatuh cinta
Am Dm
Senandungku hanya untuk cinta
G C
tirakatku hanya untuk engkau
F Dm
tiada dusta sumpah ku cinta
E Am G F
sampai ku menutup mata
Dm G C
Cintaku sampai ku menutup mata
Jagung 4 Minit!
Selasa, Mei 27, 2014
Selalunya apabila saya seorang diri di rumah dan teringin nak kunyah something, saya memang akan buat 'Jagung 4 Minit' nih. It's kind of an instant fix untuk sindrom 'gatal gigi' saya. Apa yang menariknya, untuk sediakan jagung ni mudah dan sekejap sahaja! Hanya perlu setongkol jagung, microwave dan masa 4 minit! Tak percaya? Tengok siri gambar di bawah yang saya sediakan :)
Simple je kan?! Tak perlu susah-susah cari periuk, isi air dan terkial-kial nak rebus jagung. Saya paling suka betapa senangnya kita nak buang kulit dan rambut-rambut jagung tu setelah dimasak dalam microwave. Sekiranya inginkan rasa lebih sedap, sapukan dengan mentega dan sedikit garam. Saya suka makan macam tu je.
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah (Easy Guitar Chords)
Sabtu, Mei 24, 2014
Hehehe personally, saya biasa-biasa je dengan lagu OST Ariana Rose but my Cekengah loves this song very much! Suka sangat-sangat! Sebenarnya, ni kes rindu adik lah ni. Since Cekengah dan Cekebon tiada dek kerana pergi bercuti, saya kebuntuan kat rumah tiada ada orang nak dikacau. Masa inilah terngiang-ngiang suara Cekengah nyanyi lagu ni. Itu yang tak pasal-pasal belajar main 'Di Pintu Syurga'.
Miss you, Gennn!
Kord Gitar & Lirik Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
(OST Ariana Rose)
(Intro)
C Am D Dm E Am
G F E Am F Am
Dm E
Segalanya kaku
Am
Hati terus menangis
Dm G
Bila mengenangkan
C
Dirimu telah tiada
D Dm
Kau pergi tanpa pesan
E Am
Tinggal aku sendiri
D Dm
Menghitung hari
E Am
Tiada daya meneman sepi
(Chorus)
A D Dm
Duhai kekasih hati
G C
Katakanlah padaku
Am Dm
Bahawa semua ini
G C
Hanya igauan mimpi
A Dm
Aku tak sanggup kasih
E Am
Kehilangan dirimu
Dm E
Walau sedetik rindu mencengkam
Am
Terasa pedih
(Ulang Chorus)
Dm E
Doaku kasih kita bersua
Am
Di pintu syurga
Lagu Best 'Selepas Berpisah' - Fitri Hakim (OST Fajar Aiman)
Khamis, Mei 22, 2014
Baru hari ini saya tonton drama Fajar Aiman di TV3. Jalan cerita macam menarik je. Lagu-lagunya pun boleh tahan. Antara lagu yang memancing perhatian saya ialah 'Selepas Berpisah' nyanyian Fitri Hakim. Syahdunya lenggok suara dia mendendangkan lagu nukilan Edry KRU ni.
Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd
Dapatkan kord gitar 'Selepas Berpisah' di sini.
Tersentak hatiku bila kamu luahkan padaku
Hasrat untuk putus dari terus menyayangi aku
Kau bilang dah punya insan lain yang mahu mengganti
Memaksa ku tanpa relaku
Selepas berpisah
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
Bagaimana aku bisa sembuh dari parah ini?
Ataupun ditakdir sepi hingga hembusan terakhir
Moga kau bahagia dengan dia sepanjang hayatmu
Biar aku berselubung pilu
Kebelakangan ini, saya memang suka lirik lagu-lagu Edry. Tanpa perlu menggunakan bahasa yang terlalu puitis & berbunga-bunga, Edry berjaya meninggalkan impak melalui bait-bait lirik yang dihasilkan. Seperti 'Andai Ku Bercinta Lagi' dan 'Romancinta', 'Selepas Berpisah' berjaya sampai ke hati pendengar melalui terjemahan rasa dan bahasa yang tidak 'complicated'. Kita digambarkan dengan perasaan lara si pemuda yang memohon agar dia dapat meneruskan hidup sesudah ditinggalkan cinta hati. So touching! Saya kongsikan liriknya di sini ye,...
Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd
Dapatkan kord gitar 'Selepas Berpisah' di sini.
Tersentak hatiku bila kamu luahkan padaku
Hasrat untuk putus dari terus menyayangi aku
Kau bilang dah punya insan lain yang mahu mengganti
Memaksa ku tanpa relaku
Selepas berpisah
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
Bagaimana aku bisa sembuh dari parah ini?
Ataupun ditakdir sepi hingga hembusan terakhir
Moga kau bahagia dengan dia sepanjang hayatmu
Biar aku berselubung pilu
Nak layan lagu ni? Cari di youtube, channel rasmi KRU Music. Kalau dah terpaut, boleh juga dapatkannya di i-tunes.
Lagu-lagu lain drama Fajar & Aiman
DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
Ingat lagi tak pembalut hadiah yang saya cerita semalam? Sebenarnya, saya dah 'korbankan' untuk buat kad. Cekengah saya minta saya tolong buatkan belated birthday card for our sister-in-law sebab dia nak bagi sendiri by hand.
Sebelum
Selepas
Memandangkan adik ipar kami suka travel dan sekarang berada di London, sesuai sangatlah bahagian bendera tu dijadikan tema kad. Istimewanya, ini bukan sebarang kad. This is an endless card atau turut dikenali sebagai never ending card. Apa tu? Nanti saya terangkan dalam kesempatan lain ye.
Elsa (Frozen) Muncul dalam Once Upon A Time
Rabu, Mei 21, 2014
Siapa tengok TV show ni? Once Upon A Time dah sampai musim ke-3 dah. (Baca mengenainya di sini) Baru beberapa minggu lepas aired season finale. Saya suka tonton cerita ni sebab jalan ceritanya banyak sangat twists. Apa sahaja watak fairy tales yang dimasukkan ke dalam cerita, pasti ada kaitannya dengan Regina (The Evil Queen) atau Rumplestiltskin.
Menariknya, cerita yang penuh dengan watak-watak yang kita kenal dan familiar (Belle Beauty & The Beast, Red Riding Hood, Captain Hook, Snow White & Prince Charming) akan 'import' Elsa. Yes. Elsa dari animasi popular Frozen yang cipta fenomena tu!
Ini kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio. Berkenan betul saya! Saya beli sebab sesuai untuk buat kad@scrap page yang bertemakan travel. Warnanya rich! Kertasnya pun agak tebal. Cantik kan? Ada gambar bendera, gambar tiket, gambar cop/stamping pasport. So, sesuailah guna untuk projek kraf kertas. Menurut pendapat peribadi saya, kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio semuanya berkualiti terutama sekali yang jenis depan bercorak dan bahagian dalamnya berwarna. Macam kertas di bawah ini. Hadapan gambar-gambar berkaitan travel, manakala bahagian belakangnya berwarna coklat cair. Dua-dua belah boleh guna. Kalau nak balut hadiah style lipat-lipat macam kipas tu jadi cantiklah sebab ada kontra.
Saya bercadang menggunakan kertas pembalut hadiah ini untuk buat kad hari lahir. Selebihnya nak buat penanda buku dan dijadikan hiasan untuk scrap page. Tentulah temanya ala ala travel/kembara. Nanti saya kongsikan hasilnya.
Guna Semula Tag Roti
Ahad, Mei 18, 2014
Bott selalu pelik setiap kali saya ambil tag roti dan simpan dalam kotak kecil. "Nak buat apa? Recycle?"
Heheheh kali ini bukan recycle, tapi reuse. Kita nak guna semula tag roti kat atas untuk cantikkan 'party favours' yang nak diberikan kepada budak-budak.
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
- Tag roti (kena kumpul dululah ye...)
- Permanent Colour Pen/Marker seperti Sharpie
Cara-cara:
- Terbalikkan tag roti.
- Lukis mata, hidung dan mulut dengan pen/marker. (Boleh ajak anak-anak untuk lukis bersama anda. Guna kreativiti untuk lukis bulu mata, kening, pipi dan hidung.)
- Biarkan beberapa minit hingga kering.
Haaa,..apabila dah kering, boleh digunakan untuk ikat pek gula-gula seperti dalam gambar di bawah.
The kids will be very excited to get this. Ada kelainan sikitlah,...selalu kita guna reben, kali ni guna tag roti. Selamat Mencuba!!!
Dah lama nak belajar main lagu ni. Suka bahagian chorus. As usual, easy chords :)
Lirik dan Kord Gitar Ku Tiba Lagi - Hyper Act (Easy Chords)
*5th fret
C Am G E
(Verse 1)
Am C
Menanti bicaramu menyambut kataku
G F
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku
Am C
Hadir cahayamu menari dimataku
G
Lembut jiwa menyambutku
F
Mimpi kita bersatu
(Bridge i)
Dm
Dan ku mengharap
F G
Sinar hatiku bertemu
(Chorus)
C
Kutiba lagi
E
bersama rasa rindu datang bertamu
Am
Di ruang hati kecil yang berbicara
F
Ingatilah diriku ini bersama
G
Kenangan itu
C E
Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan
Am
Gugurnya ke bumi menjadi impian
F
Takkan ku lepas apa yang ku harapkan
G C
Kerna ku untuk mu
Am G E
(Verse 2)
Am C
Apa mungkinku melakari memorimu
G
Di wajah langit membiru
F
Awan putih tintaku
Am C
Bersama kita mengejar rasa sempurna
G
Walau hakikat ku tahu
F
Mimpi tiada bersatu
(Ulang Bridge i & Chorus)
(Bridge ii)
Am C G
Takkan lena walau seketika
E
Bisikan mimpi pasti berbicara
Am C G
Tak pernah jemu menanti dirimu
E
Hingga kau menjelma
(Ulang Bridge i & Chorus)
Tajalah Sepohon Pokok - Program Go Green! Tesco
Jumaat, Mei 16, 2014
Dengan perlaksanaan kempen ini, matlamat TESCO adalah untuk menanam 500 ribu pokok dalam masa tiga tahun. Demi mencapai misi menghijaukan bumi ini, kita boleh mengambil bahagian dengan menaja sebatang pokok. Bagaimana? Mudah saja iaitu melalui pembelian 'fridge magnet' (seperti di dalam gambar di atas). Jadi, sekiranya ada peruntukan bajet, bolehlah beli 'fridge magnet' yang comel-comel ini. It's a good way untuk beri exposure pada anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Let's Go Green!
Kad Penghargaan Buat Pahlawan-pahlawan Tanpa Tanda Jasa
Khamis, Mei 15, 2014
Sebenarnya saya dah siapkan semua tempahan Kad Hari Guru dari minggu lepas lagi. Alhamdulillah, tiba-tiba semalam dapat 'last minute order' daripada colleagues Cekengah. Untuk diberikan kepada guru-guru anak-anak mereka sempena Hari Guru Jumaat ini.
Kebetulan semalam saya memang free. So, this is the last batch of my Teacher's Day Cards for this year :) 8 keping. Semuanya personalised, letak nama guru berkenaan. On short notice, ini yang terbaik dapat saya hasilkan. Harap mereka akan berpuas hati.
Fresh from the oven... |
Tutorial Kraf - Cara Buat Sampul Surat Mini daripada Bentuk Hati
Selasa, Mei 13, 2014
Sampul surat kecil daripada bentuk 'love' ni sangat mudah dibuat. Saiz sampul surat bergantung kepada besar atau kecilnya bentuk 'love' yang kita potong. Apa yang penting, potongan 'love' tu biar simetri. Jangan pula buat sebelah lengkung besar dan sebelah lagi lengkung kecil :)
Nak buat apa sampul kecil comel sebegini? Hehehe cuba lihat di sini.
Mahukan 'Email Me' Button seperti ini dalam blog anda?
Ikut langkah-langkah mudah di bawah:
'Email Me' Button di Crafts Belvedere |
- Pilih imej yang sesuai. Boleh gunakan imej anda sendiri atau google imej 'Email Me'. Muat turun yang berkenan di hati & save ke dalam komputer.
- Masuk ke akaun blogger anda.
- Pilih 'Layout'.
- Pilih 'Add A Gadget'
- Pilih 'Image'. Anda akan lihat paparan ini.
- Isikan 'Title' dengan tajuk yang anda mahukan seperti 'Emel Saya' atau 'Hubungi Saya'
- Jika ingin tulis pesanan tambahan, isikan di 'Caption'
- Pada bahagian 'Link', padam http:// dan gantikan dengan mailto:alamat email anda
- Jika imej yang dipilih berada dalam komputer anda, browse imej tersebut. Jika tidak, pilih 'From The Web' dan letakkan URL imej yang dikehendaki. Pilih 'Shrink to fit' sekiranya perlu.
- Tekan butang 'Save'. Kemudian, bolehlah alih kedudukan 'gadget' ini di 'Layout'.
Selamat Hari Wesak! Selamat Bercuti! Cuti-cuti begini saya lebih selesa menghabiskan masa di bilik kraf saya :) Nak pergi jalan-jalan takut penat hihihi. Oh, hari ini saya nak tunjuk 'mini envelopes', sampul surat mini yang kecil & comel,...sesuai untuk kita jadikan hiasan (embellishment) pada kad ucapan atau projek kraf yang lain.
Di bawah ini pula, contoh penggunaan 'mini envelopes' pada kad ucapan sempena Hari Ibu yang saya hasilkan baru-baru ini.
Comel kan?! |
'There is no doubt,..I just love you!' |
Perkongsian untuk hari ini.
Sebelum mula bersolat, bacalah:
1. Surah Al-Mukminun, Ayat 96-98
Terjemahan Ayat:
2. Surah An-Nas
Laksanakan amalan ini dengan istiqamah. Insya-Allah, mudah-mudahan hati dan minda akan lebih tenang dan khusyuk ketika beribadat.
Sebelum mula bersolat, bacalah:
1. Surah Al-Mukminun, Ayat 96-98
Terjemahan Ayat:
Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu (96)
Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. (97)
"Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (98)
2. Surah An-Nas
Laksanakan amalan ini dengan istiqamah. Insya-Allah, mudah-mudahan hati dan minda akan lebih tenang dan khusyuk ketika beribadat.
Sangat suka lagu ini! First time dengar kat radio, terus terlintas di kepala saya, "I need the chords!" Sekarang memang jadi lagu pilihan utama untuk strum petang-petang ;)
(Intro)
Em C G D
(Verse 1)
Em C G
What would I do without your smart mouth?
D Em
Drawing me in, and you kicking me out
C G D Em
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
C G
What's going on in that beautiful mind
D Em
I'm on your magical mystery ride
C G D Am
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright
(Pre-Chorus)
Am Em
My head's under water
D Am
But I'm breathing fine
Em D
You're crazy and I'm out of my mind
(Chorus)
G
'Cause all of me
Em
Loves all of you
Am
Love your curves and all your edges
D
All your perfect imperfections
G
Give your all to me
Em
I'll give my all to you
Am
You're my end and my beginning
D
Even when I lose I'm winning
Em C G D
'Cause I give you all of me
Em C G D
And you give me all of you, oh
(Verse 2)
Em C G
How many times do I have to tell you
D Em
Even when you're crying you're beautiful too
C G D Em
The world is beating you down, I'm around through every mood
C G
You're my downfall, you're my muse
D Em
My worst distraction, my rhythm and blues
C G D Am
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you
(Ulang Pre-Chorus & Chorus)
(Bridge)
Em C G
Give me all of you
Am Em D Am
Cards on the table, we're both showing hearts
Em D
Risking it all, though it's hard
(Ulang Pre-Chorus & Chorus)
Writer(s): Toby Gad, John Stephens
Copyright: Emi April Music Inc., Gad Songs LLC
Kord Gitar From FAMF Tower |
All Of Me - John Legend (Easy Guitar Chords)
(Intro)
Em C G D
(Verse 1)
Em C G
What would I do without your smart mouth?
D Em
Drawing me in, and you kicking me out
C G D Em
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
C G
What's going on in that beautiful mind
D Em
I'm on your magical mystery ride
C G D Am
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright
(Pre-Chorus)
Am Em
My head's under water
D Am
But I'm breathing fine
Em D
You're crazy and I'm out of my mind
(Chorus)
G
'Cause all of me
Em
Loves all of you
Am
Love your curves and all your edges
D
All your perfect imperfections
G
Give your all to me
Em
I'll give my all to you
Am
You're my end and my beginning
D
Even when I lose I'm winning
Em C G D
'Cause I give you all of me
Em C G D
And you give me all of you, oh
(Verse 2)
Em C G
How many times do I have to tell you
D Em
Even when you're crying you're beautiful too
C G D Em
The world is beating you down, I'm around through every mood
C G
You're my downfall, you're my muse
D Em
My worst distraction, my rhythm and blues
C G D Am
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you
(Ulang Pre-Chorus & Chorus)
(Bridge)
Em C G
Give me all of you
Am Em D Am
Cards on the table, we're both showing hearts
Em D
Risking it all, though it's hard
(Ulang Pre-Chorus & Chorus)
Writer(s): Toby Gad, John Stephens
Copyright: Emi April Music Inc., Gad Songs LLC
Fridge Magnet dengan Sticky Notes
Ahad, Mei 11, 2014
Ini 'fridge magnet with sticky notes' (kertas Post-It) yang saya buat untuk dua member kamceng Cekebon. Insya-Allah, esok atau lusa saya akan buat tutorial tunjukkan cara buat 'fridge magnet' yang ini. Masih gunakan 'magnet sheet' tetapi ada beberapa bahan tambahan.
Fridge magnet with sticky notes |
Sementara itu, boleh cuba tengok Tutorial Photo Fridge Magnet untuk hasilkan 'fridge magnet' menggunakan gambar pilihan seperti di bawah.
Photo Fridge Magnet |
Selamat Memulakan Minggu Baharu!
Kenapa Panggil Cekebon?
Sabtu, Mei 10, 2014
"Cekebon?! Kenapa panggil mak kau Cekebon?"
Bukan sekali dua saya ditanya sedemikian. Ramai kenalan yang pelik apabila melihat saya membahasakan ibu saya 'Cekebon'. Panjang cerita asal usul julukan 'Cekebon' ni. Memang dah lama saya panggil ibu begitu. 'Cekebon'. Kadang-kadang 'Bon'.
Asalnya sejak kecil lagi, kami tiga beradik panggil Cekebon - Ibu. Tapi biasalah, masa kecil-kecil, umur pun jarak setahun dua je,...jadi isu siblings rivalry tu memang perkara biasa. Tak pasti idea siapa, antara kami mengusulkan untuk memanggil ibu dengan panggilan lain. Kononnya nak kelainan, asyik panggil ibu je. Dengar rakan-rakan di sekolah ada yang panggil mama, umi, mummy. Teringin jugak!
So, setiap seorang came up dengan satu panggilan sendiri dan tengok panggilan mana yang paling 'lekat' dan boleh diterima oleh ibu. Saya yang pada masa itu suka tengok cerita melayu hitam putih tentang raja-raja dan istana memilih BONDA. Angah pilih Bubuhela (ahaks memang tak lekatlah! Ini pengaruh lagu kumpulan A to Z.) Uje, saya tak dapat recall nama apa. At the end of the day, kemenangan mudah di pihak saya!
Rententan daripada permainan-damba-kasih kami bertiga, panggilan 'Bonda' semakin biasa meniti di bibir kami tiga beradik. Semasa di Tingatan Empat, saya bersekolah di sekolah yang sama ibu mengajar (sebelum pindah ke sekolah lain). Bayangkan, dek kerana saya membahasakan ibu dengan panggilan 'Bonda', kawan-kawan dan pelajar lain (termasuk Ketua Pengawas ye) turut terikut-ikut memanggil ibu sedemikian. Sampai ada segelintir guru yang jadikan perkara ini sebagai isu besar- 'Bonda' bukan panggilan yang betul untuk seorang guru hehehe....cerita lama.
Nama 'Cekebon' muncul dalam tahun-tahun pertama saya di IPT. Asalnya saya panggil 'Bon'. Kebetulan masa tu ibu tak dengar, spontan saya panjangkan jadi CEKEBON. Rasa sedap pulak! Manja-manja gitu. Maka, kekallah panggilan 'Cekebon' tu sehingga ke hari ini. Eksklusif pula tu. Hehehe,...itulah cerita di sebalik nama.
My dearest Cekebon,
SELAMAT HARI IBU!
Berikut, ditunjukkan langkah demi langkah cara mudah untuk membuat accordian folded flower.
Potong kertas secara memanjang mengikut ukuran yang dikehendaki. Jika mahu buat bunga yang besar, kita akan perlukan 2 jalur kertas.
Gunakan 'paper scorer' untuk buat kesan lipatan. Jarakkan sekurang-kurangnya 0.5cm. Lipat jalur kertas secara berselang-seli mengikut kesan 'scoring' yang dibuat.
Cantumkan jalur kertas supaya membentuk bulatan dengan corak kertas (corak yang hendak dijadikan bunga) di bahagian luar.
Perlahan-lahan tekan bahagian atas kertas sehingga kertas meleper dan membentuk bunga.
Tampal bahagian belakang bunga dengan secebis kertas keras yang telah diletakkan dengan hot glue supaya bentuk bunga kekal. Boleh juga menggunakan 'mount tape'/ 'dimentional tape'.
Hiaskan bahagian tengah bunga dengan butang atau embellishment lain.
Gunakan untuk menghias scrapbook, kad atau papan notis. Selamat mencuba!
'Accordian folded flowers' adalah antara hiasan/embellishment yang biasa digunakan dalam kraf kertas. Ini contoh 'accordian folded flowers' yang telah saya buat. Bukan sahaja senang untuk dihasilkan, malah cantik diletakkan pada kad atau 'scrap page'.
Kita boleh buat sendiri bunga ni agar bersesuaian dengan tema & warna projek kraf kita. Gunakan butang, reben atau apa sahaja yang menarik (tapi kena pastikan boleh melekat atas permukaan bunga kita) untuk hasilkan 'accordion folded flower' mengikut kreativiti sendiri.
Ingin tahu bagaimana nak buat bunga ini? Ikut tutorial bergambar ini.
Kita boleh buat sendiri bunga ni agar bersesuaian dengan tema & warna projek kraf kita. Gunakan butang, reben atau apa sahaja yang menarik (tapi kena pastikan boleh melekat atas permukaan bunga kita) untuk hasilkan 'accordion folded flower' mengikut kreativiti sendiri.
Ingin tahu bagaimana nak buat bunga ini? Ikut tutorial bergambar ini.
Resepi Stew Ayam Bott
Jumaat, Mei 09, 2014
Ini hidangan kegemaran Bott. Stew ayam yang dimakan dengan nasi panas. Resepi stew ayam ni kami dah modified ikut citarasa kami. Mudah sahaja nak sediakan. Main campak-campak je. Berminat nak cuba? Ikut 3 langkah mudah di bawah (Err,..langkah-langkah tak termasuk penyediaan bahan-bahan tau!)
- Rebus ketulan ayam dan kaki ayam untuk buat stok. Masukkan hirisan bawang besar/merah, bawang putih, halia, lobak merah, ubi kentang, saderi dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan kicap tiram, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam. Letak sedikit dulu dan modify rasa ikut citarasa. Jika perlu perasakan dengan garam.
- Masukkan 1 - 2 sudu tepung jagung (larutkan dalam sedikit air) untuk pekatkan kuah. Sedia untuk dihidang!
Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.
Khamis, Mei 08, 2014
Sekadar perkongsian ringkas buat hari ini. Untuk mengingatkan diri saya juga. Lazimnya, apabila kalian dipuji, apa reaksi pertama kalian? Apa pula tindak balas atau respons kalian terhadap pujian tersebut?
Common courtesy - kita akan cakap terima kasih, bukan? Tetapi, cukupkah sekadar itu? Ya, mungkin cukup untuk orang yang memuji kita. Untuk diri kita sendiri?
Islam benar-benar sempurna dan cukup indah sehinggakan situaasi kita dipuji pun ada adab dan amalan baik yang wajar kita praktikkan. Yalah, orang puji kualiti yang baik pada kita. Kualiti berkenaan datang dari siapa? Ada baiknya dalam situasi begini, kita tidak terus 'kembang hidung' sebaliknya guna kesempatan yang ada untuk mengingati Sang Pencipta.
Bilamana kita mendapat pujian daripada orang lain atau apabila kita dilimpahi dengan kesenangan dan kebahagiaan, jangan lupa untuk lafazkan:
Hadza min fadhli rabbi
Terjemahan: Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku.
Ini adalah limpah kurniaan Tuhanku. Apa yang baik pada diri kita memang datang daripada-Nya. Jadi, tidak salah untuk kita bersyukur dan mengingatkan diri dari semasa ke semasa.
Ayat Amalan untuk Pesakit Darah Tinggi
Rabu, Mei 07, 2014
Potongan ayat di bawah ini wajar diamalkan oleh pesakit darah tinggi. Insya-Allah dapat mengelak daripada pengsan secara tiba-tiba apabila tekanan darah menjadi tidak terkawal. Letakkan tapak tangan pada dada dan baca setiap kali selepas usai solat.
Surah An-Nisa’, potongan ayat 164
Terjemahan: Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan).
*Ilmu yang dikongsi oleh Ustaz Sharhan melalui salah satu ceramahnya di TV9.
Tutorial Cara Buat Photo Fridge Magnet (1)
Selasa, Mei 06, 2014
Ingat lagi pada entri terdahulu saya mengenai 'photo fridge magnet'? Ok. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:
Langkah-langkah:
- Magnet Sheet
Magnet sheet yang selalu saya beli bersaiz A4. Jadi banyak juga 'fridge magnet' yang boleh kita hasilkan. Boleh dapatkan di kedai menjual barang kraf atau DAISO. |
- Gambar Pilihan
- Art Gum atau Spray Mount (Saya gunakan Art Gum Faber-Castell kerana sisa gam ini mudah dibersihkan dan tidak akan mencacatkan projek kraf kita).
Saya sangat suka guna gam ini. |
- Paper cutter/trimmer/gunting tajam
Langkah-langkah:
- Pastikan gambar yang dipilih dicetak menggunakan kertas yang tahan lama dan tidak mudah rosak andai terkena air. Jika tidak, lekatkan clear packing tape (yang orang selalu guna untuk seal kotak tu) pada permukaan gambar. Dalam erti kata lain, kita seolah-olah laminate gambar tu supaya kalis air.
- Potong magnet sheet mengikut saiz gambar.
Saya sengaja lebihkan sedikit potongan magnet sheet di atas sebab nak buat frame hitam untuk gambar. - Lekatkan gambar pada magnet sheet menggunakan art glue/spray mount. Biarkan kering buat seketika. Pastikan bahagian tepi gambar dan magnet melekat dengan baik.
- Tindan dengan buku tebal selama beberapa jam supaya permukaan magnet yang kita hasilkan betul-betul leper dan rata.
Inilah hasilnya!
Senang, bukan? Selamat Mencuba!
Langgan:
Catatan
(
Atom
)